Tuesday, May 26, 2009

Keutamaan Menangais-Imam An-Nawawi

Keutamaan Menangis- Imam an-Nawawi


باب فضل البكاء من خشية الله تَعَالَى وشوقاً إِليه

Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada-Allah Ta'ala Dan Kerana Rindu PadaNya

Allah Ta'ala berfirman:

وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزيدُهُمْ خُشُوعاً

"Dan orang-orang yang beriman itu sama meniarap dengan dagunya sambil menangis dan al-Quran itu menambah ketundukan mereka." (al-lsra' 17: 109)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

أَفَمِنْ هذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ

"Adakah dari pembicaraan - al-Quran – kamu takjub dan ketawa dan tidak menangis?"
(an-Najm 53: 59-60)

وعن ابن مسعود ، قَالَ : قَالَ لِي النَّبيُّ : (( اقْرَأْ عليَّ القُرْآنَ )) قلت : يَا رسول اللهِ ، أقرأُ عَلَيْكَ ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ ؟! قَالَ : (( إِنِّي أُحِبُّ أنْ أسْمَعَهُ مِنْ غَيرِي )) فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سورةَ النِّسَاءِ ، حَتَّى جِئْتُ إِلى هذِهِ الآية : فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هؤُلاءِ شَهيداً [ النساء : 41 ] قَالَ : (( حَسْبُكَ الآنَ )) فَالَتَفَتُّ إِلَيْهِ فإذا عَيْنَاهُ تَذْرِفَان . متفقٌ عَلَيْهِ .

أخرجه : البخاري 6/241 ( 5050 ) ، ومسلم 2/195 ( 800 ) ( 247 )

445. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Bacakanlah al-Quran untukku." Saya berkata: "Ya Rasulullah, apakah saya akan membacakan al-Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?" Baginda s.a.w. bersabda: "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain." Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat- yang ertinya: "Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap ummat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas ummat ini?" - Surat an-Nisa' 41.

Setelah itu Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sudah cukuplah bacaanmu sekarang." Saya menoleh kepada baginda s.a.w., tiba-tiba kedua mata baginda itu meleleh airmatanya." (Muttafaq 'alaih)

وعن أنس ، قَالَ : خطب رسول الله خُطْبَةً مَا سَمِعْتُ مِثْلَهَا قَطُّ ، فقال : (( لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أعْلَمُ ، لَضَحِكْتُمْ قَليلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيراً )) قَالَ : فَغَطَّى أصْحَابُ رسول الله وُجُوهَهُمْ ، وَلَهُمْ خَنِينٌ . متفقٌ عَلَيْهِ . وَسَبقَ بَيَانُهُ في بَابِ الخَوْفِ

446. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Baginda s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak." (Muttafaq 'alaih)

وعن أَبي هريرة ، قَالَ : قَالَ رسول الله : (( لا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ في الضَّرْعِ ، وَلاَ يَجْتَمِعُ غُبَارٌ في سبيلِ اللهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ )) رواه الترمذي ، وقال : (( حديثٌ حَسنٌ صحيحٌ )) .

- أخرجه : ابن ماجه ( 2774 ) ، والترمذي ( 1633 ) . ورواية ابن ماجه اقتصرت على اللفظة الثانية من الحديث

447. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu itu dapat kembali keteteknya - menunjukkan suatu kemustahilan. Tidak akan berkumpullah debu fisabilillah itu dengan asap neraka Jahanam."

Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

وعنه ، قَالَ : قَالَ رسول الله : (( سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللهِ تَعَالَى ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في الله اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقال: إنِّي أَخَافُ الله، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُه مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً ففاضت عَيْنَاهُ )) متفقٌ عَلَيْهِ .

448. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tujuh jenis orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya - yakni hari kiamat, iaitu
1) Imam - kepala atau pemimpin - yang adil.
2) Pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah,
3) Orang yang hatinya tergantung kepada masjid-masjid,
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah,
5) Keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula,
6) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu dia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas),
7) Juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan orang yang mengingati pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu menitislah airmata dari kedua matanya." (Muttafaq 'alaih)

وعن عبد الله بن الشِّخِّير ، قَالَ : أتيتُ رسولَ الله وَهُوَ يُصَلِّي ولِجَوْفِهِ أَزِيزٌ([1]) كَأَزِيزِ المِرْجَلِ([2]) مِنَ البُكَاءِ .

حديث صحيح رواه أَبو داود والترمذي في الشمائل بإسناد صحيح .

- أخرجه : أبو داود ( 904 ) ، والترمذي في " الشمائل " ( 322 ) بتحقيقي ، والنسائي في " الكبرى " ( 545 )

449. Dari Abdullah bin asy-Syikhkhir r.a., katanya: "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. dan baginda sedang bersembahyang dan dari dadanya itu terdengar suara bagaikan mendidihnya cerek kerana baginda sedang menangis."

Hadis hasan shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan at-Tirmizi dalam asy-Syamail dengan isnad yang shahih.

وعن أنس ، قَالَ : قَالَ رسول الله لأُبَي بن كعب : (( إنَّ الله U أَمَرَنِي أنْ أقْرَأَ عَلَيْكَ : لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَروا ... قَالَ : وَسَمَّانِي ؟ قَالَ : (( نَعَمْ )) فَبَكَى أُبَيٌّ . متفقٌ عَلَيْهِ .

وفي رواية : فَجَعَلَ أُبَيٌّ يَبْكِي .

450. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ubay bin Ka'ab r.a., demikian: "Sesungguhnya Allah Azza wajalla menyuruh padaku supaya saya bacakan untukmu ayat ini - ertinya: "Tidaklah akan dapat meninggalkan orang-orang kafir dari ahlul-kitab dan musyrik itu ….” Albayyinah 1-8.

Dia berkata: "Apakah Allah menjelaskan namaku pada Tuan?" Baginda s.a.w. bersabda: "Ya." Kemudian Ubay r.a. menangis." (Muttafaq 'alaih)

Dalam sebuah riwayat lain disebutkan: "Maka Ubay mulai menangis." -

Keterangan:

Sebabnya Ubay r.a. menangis ialah kerana terharu hatinya, gembira bercampur rasa takut kepada Allah Ta'ala, kerana merasa masih kurang kebaktian serta ketaatan yang dilakukan olehnya. Adapun rasa terharunya itu di antaranya disebabkan kerana dalam surat "Albayyinah" bagian terakhir dijelaskan bahawa orang-orang semacam sahabat Ubay r.a. (golongan Muhajirin dan Ansar) itu amat diredhai oleh Allah Ta'ala dan orang itupun benar-benar sudah redha kepadaNya. Manakala seseorang itu telah diredhai oleh Allah, maka tiada lain tempatnya di akhirat nanti, kecuali syurga.

وعنه ، قَالَ : قَالَ أَبو بكر لِعُمَرَ ، رَضِيَ اللهُ عنهما ، بعد وفاة رسول الله : انْطَلِقْ بِنَا إِلى أُمِّ أيْمَنَ رضي الله عنها نَزورُهَا ، كَمَا كَانَ رسول الله يَزُورُها ، فَلَمَّا انْتَهَيَا إِلَيْهَا بَكَتْ ، فقالا لها : مَا يُبْكِيكِ ؟ أمَا تَعْلَمِينَ أنَّ مَا عِنْدَ الله تَعَالَى خَيرٌ لرسولِ الله ! قالت : مَا أبْكِي أَنْ لاَ أَكُونَ أَعْلَمُ أنَّ مَا عِنْدَ اللهِ خَيْرٌ لرسولِ الله ، وَلكِنِّي أبكِي أَنَّ الْوَحْيَ قَد انْقَطَعَ مِنَ السَّمَاءِ ؛ فَهَيَّجَتْهُما عَلَى البُكَاءِ ، فَجَعَلا يَبْكِيَانِ مَعَهَا . رواه مسلم ، وقد سبق في بابِ زِيارَةِ أهلِ الخَيْرِ .

451. Dari Anas r.a. pula, katanya: "Abu Bakar berkata kepada Umar radhiallahu 'anhuma sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w.: "Mari kita bersama-sama berangkat ke tempat Ummu Aiman untuk menziarahinya, sebagaimana halnya Rasulullah s.a.w. juga menziarahinya." Ketika keduanya sampai di tempat Ummu Aiman, lalu wanita ini menangis. Keduanya berkata: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau ketahui bahawasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w."

Ummu Aiman lalu menjawab: "Sesungguhnya saya tidaklah menangis kerana saya tidak mengetahui bahawasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w., tetapi saya menangis ini ialah kerana sesungguhnya wahyu itu telah terputus” (sebab Nabi s.a.w. telah wafat). Maka ucapan Ummu Aiman menggerakkan hati kedua sahabat itu untuk menangis. Kemudian keduanya itupun menangis bersama Ummu Aiman. (HR Muslim)

Hadis di atas sudah disebutkan dalam bab: Menziarahi orang-orang ahli kebaikan - lihat Hadis no. 359.

وعن ابن عمر رضي الله عنهما ، قَالَ : لَمَّا اشْتَدَّ برسول الله وَجَعُهُ ، قِيلَ له في الصَّلاَةِ ، فقال : (( مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ )) فقالت عائشة رضي الله عنها : إنَّ أَبَا بَكْرٍ رَجُلٌ رَقِيقٌ ، إِذَا قَرَأَ القُرْآنَ غَلَبَهُ البُكَاءُ ، فقال : (( مُرُوهُ فَليُصَلِّ )) .

وفي رواية عن عائشة ، رضي الله عنها ، قالت : قلت : إنَّ أَبَا بَكْرٍ إِذَا قَامَ مَقَامَكَ لَمْ يُسْمِعِ النَّاسَ مِنَ البُكَاءِ . متفقٌ عَلَيْهِ .

- أخرجه : البخاري 1/173 ( 682 ) عن ابن عمر .

وأخرجه : البخاري 1/173 ( 679 ) ، ومسلم 2/22 ( 418 ) ( 94 ) عن عائشة

452. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Ketika sudah sangat geringnya Rasulullah s.a.w., lalu ditanyakan padanya siapa yang akan menjadi imam shalat. Baginda s.a.w. lalu bersabda: "Perintahkanlah pada Abu Bakar, supaya dia bersembahyang menjadi imam orang ramai!" Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Sesungguhnya Abu Bakar itu adalah seorang lelaki yang lemah, jikalau membaca al-Quran, maka bacaannya dikalahkan oleh tangisnya (sehingga bacaannya tidak jelas)." Baginda s.a.w. lalu bersabda lagi: "Perintahkanlah pada Abu Bakar supaya bersembahyang sebagai imam!"

Dalam lain riwayat disebutkan: Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Saya berkata: "Sesungguhnya Abu Bakar itu apabila mengganti kedudukan Tuan (sebagai imam), dia tidak dapat memperdengarkan suaranya kepada orang-orang banyak sebab tangisnya." (Muttafaq 'alaih)

وعن إبراهيم بن عبد الرحمان بن عوف : أنَّ عبد الرحمان بن عوف أُتِيَ بطعام وكان صائِماً ، فقال : قُتِلَ مُصْعَبُ بن عُمَيْر ، وَهُوَ خَيْرٌ مِنِّي ، فَلَمْ يوجَدْ له مَا يُكَفَّنُ فيهِ إِلاَّ بُرْدَةٌ([3]) إنْ غُطِّيَ بِهَا رَأسُهُ بَدَتْ رِجْلاهُ ؛ وَإنْ غُطِّيَ بِهَا رِجْلاَهُ بَدَا رَأسُهُ ، ثُمَّ بُسِطَ لَنَا مِنَ الدُّنْيَا مَا بُسِطَ – أَو قَالَ : أُعْطِينَا مِنَ الدُّنْيَا مَا أُعْطِينَا – قَدْ خَشِينا أنْ تَكُونَ حَسَنَاتُنَا عُجِّلَتْ لَنَا ، ثُمَّ جَعَلَ يَبكِي حَتَّى تَرَكَ الطعَام . رواه البخاري .

أخرجه : البخاري 2/98 ( 1275 )


453. Dari Ibrahim bin Abdur Rahman bin 'Auf, bahawasanya Abdur Rahman bin 'Auf r.a. diberi hidangan makanan, sedangkan waktu itu dia berpuasa, lalu dia berkata: "Mus'ab bin Umair itu terbunuh (fi-sabilillah). Dia adalah seorang yang lebih baik daripada-ku, tetapi tidak ada yang digunakan untuk mengafaninya (membungkus janazahnya) kecuali selembar burdah. Jikalau kepalanya ditutup, maka ternampaklah kedua kakinya dan jikalau kedua kakinya ditutup.maka ternampaklah kepalanya.

Selanjutnya untuk kita sekarang ini dunia telah dibeberkan seluas-luasnya (banyak rezeki). Atau ia berkata: "Kita telah dikurniai rezeki dunia sebagaimana yang kita terima ini (amat banyak sekali). Kita benar-benar takut kalau-kalau kebaikan-kebaikan kita ini didahulukan untuk kita sekarang” (sejak kita di dunia ini, sedang di akhirat tidak mendapat bahagian apa-apa). Selanjutnya dia lalu menangis dan makanan itu ditinggalkan. (Riwayat al-Bukhari)

وعن أَبي أُمَامَة صُدَيِّ بن عجلان الباهلي ، عن النبي ، قَالَ : (( لَيْسَ شَيْءٌ أحَبَّ إِلى اللهِ تَعَالَى مِنْ قطْرَتَيْنِ وَأثَرَيْنِ : قَطَرَةُ دُمُوع مِنْ خَشْيَةِ اللهِ ، وَقَطَرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ في سَبيلِ اللهِ. وَأَمَّا الأَثَرَانِ : فَأَثَرٌ في سَبيلِ اللهِ تَعَالَى، وَأَثَرٌ في فَريضةٍ مِنْ فَرائِضِ الله تَعَالَى )) رواه الترمذي ، وقال : (( حديثٌ حسنٌ )) .

- أخرجه : الترمذي ( 1669 ) وقال : (( حديث حسن غريب )) .

454. Dari Abu Umamah, iaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiada sesuatupun yang lebih dicintai oleh Allah Ta'ala daripada dua titisan dan dua bekas. Dua titisan itu ialah titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dialirkan fisabilillah. Adapun dua bekas iaitu bekas luka fi-sabilillah dan bekas dalam mengerjakan kefardhuan daripaca beberapa kefardhuan Allah Ta'ala” (seperti bekas sujud dan lain-lain).

Diriwayatkan Imam at-Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan Gharib

Sumber: Tahqiq Riadussolihin, Dr, Mahir Yasin Fahl dan e-book terjemahan Riadussolihin



([1]) أي : صوت البكاء وهو أن يجيش جوفه ويغلي بالبكاء . النهاية 1/45 .

([2]) أي : الإناء الذي يغلى فيه الماء . النهاية 4/315 .

([3]) أي : الشملة المخططة ، وقيل : كساء أسود مربع فيه صور ، تلبسه الأعراب . النهاية 1/116 .


Sedikit ilmu yg ana ketemui dlm blog halaqah.. mg dpt dimanfaaatkan bersama..

AWARD YG SELAYAK DIMILIKI OLEH ALLAH SWT. ANYWAYS TQ YAN..


ALAMAK ADA AWARD UTK ANA... MCM X CAYA JE..

salam teramat rindu buat adk yg comei, dh lama x usik dia.. yan maaf sgt2.. akak lewat reply tag award ni,..

sghnya laptop akak dh meletop kena serang virus.. huhu.. sedihnya.. skrg dh msk ICU.. :( nasib baik ada hamba ALLAH adk uia yg perihatin bg pinjam sementara dia x guna.. syukran laila...:)

Yan..ya-allah sghnya akak x selayak menerima award ni ALLAH swt yg selayak menerimanya... akak sbg hambanya mnjlnkn tgjwb sbg khalifah & pd adk2 j. anyways syukran jazillan ukhti.. atas award tersebut. cuma 1 permintaan akak yan jgn 10sion2 study, kuatkan smgt yan utk bg kejayaan pd mak ayah.. ingt mrka mcm kt ingt pd ALLAH swt..

Rajin2 qiam k.. rindu, pula bila dh brpa prg yan miss x joint.. teringat2 telatah yan, imah yg nakal2 tp mencuit ht.. hrp kt dpt bersama lagi.. sory masa blk dpd prg tarbiyah org asli tu x jwb call tgh solat.. laila dok cerita yan sedih x dpt ikut prg.. aduhai.. akak masa tu dh terkedu je.. nak telefon x sempat sbb.. nak kejar ke prg forum & ceramah umum dkt tm.. cuma teringat2kan sms.. yan.. maaf sgt2 ye.. dh ada pnykt malas reply sms.. cuma yg pnting2 je trjwb.. anyways moga ukhwwah fillah dibrkati allah.. syukran 4 everything yan..

Ya-ALLAH kuatkan smgt adk2 sepejuanganku.. dlm mnghdpi mehnah mu. kurniakan ilmu yg bermanfaat dan berikan keyakinan dan kejayaan pd mereka.. amiin ya rab:

Sirah Khaulah Al-Azwar.. Mslmt yg ana kagumi..


Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati
Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.

Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azwar. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???

Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura.
Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya:
"Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."
Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.
BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini...

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI