Thursday, October 4, 2012

Seruan Jihad, Bersih : 3 November Pemuda PR Sudah Sedia


Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia menyahut seruan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk bersama-sama menggerakkan anak muda khasnya untuk hadir beramai-ramai ke himpunan yang dirancang oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.


Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata PR terpaksa melakukan himpunan berkenaan kerana usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) masih gagal dilunaskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

“Kami bersama komponen Pemuda PR yakin mampu menggerakkan anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyuarakan hak yang dinafikan oleh kerajaan.

“Walaupun usaha Umno / Barisan Nasional (BN) cuba 'menutup mulut' anak muda dengan perbentangan Bajet 2013 yang lalu, ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda mudah 'dibeli' dengan kebendaan semata-mata.

“Kami juga berkeyakinan bahawa 50 peratus bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan diisi oleh anak muda yang bersama tuntutan BERSIH 3.0.

“Kami, Pemuda PAS yang sudah mula memanaskan gerakan himpunan-himpunan yang bermula dengan 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Alor Setar, Kedah  atas nama 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya' dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya.

“Kami yakin momentum anak muda yang bersama Pemuda PAS sudah bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut. Malah kami juga yakin komponen Pemuda PR turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan PR bagi merealisasikan tuntutan BERSIH 3.0,” katanya.



Bajet 2013 Separuh Hasil Petronas

KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.

Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 bilion daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion.

“Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.

“Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002,” katanya di sini semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik kerajaan pusat.

Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada kerajaan baru.

“Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang pada PRU-13 nanti.

“Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah,” ujarnya.

Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka hati.

Kemenangan Pro Mahasiswa dengan Sujud Syukur



Apabila kemenangan diselari dengan tarbiah Islam. Sujud syukur tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

Walaupun di uji dengan berbagai keadaan, apabila urusan diserah kepada Allah SWT, janji Allah pasti akan berlaku, usaha, doa, yakinlah pertolongan Allah akan bersama kita. 


Tiada apa yang lebih manis di dunia ini - selain dari kemenangan Islam.

Di mana-mana pun kini tatkala kumpulan yang memperjuangkan Islam diberikan kemenangan, kita dapat menyaksikan umat Islam bersujud syukur...

Bukan disambut dengan berpesta-pestaan yang menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan dan kehancuran.

Tahniah semua  adik2 ku Pro-M UIAM, kepenatan kita semua telah pun dibayar dengan kemenangan namun teruskan usaha bagi memastikan kemenangan terus untuk selama-lamanya.. 
Pahit manis dalam perjuangan telah kita lalui semua, dan jadikan pengajaran..

Doakan kemenangan perjuangan PAKATAN RAKYAT pula untuk hadapi PRU13..

Ya-Allah terima kasih atas pertolonganmu, amiin ya rab:)

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI