Tuesday, April 30, 2013

SKIMSEL AKAN TERUS DI LAKSANAKAN BAGI BELA NASIB RAKYAT TAHUN ke2 PR Memerintah


Batu Caves ,  : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves , Amiruddin Shaari ketika bertemu rakyat di Sungai Tua Batu Caves menyarankan agar rakyat sentiasa merebut peluang perniagaan di negeri Selangor.
ADUN Batu Caves Amiruddin Shari edar risalah kepada rakyat
Beliau berkata, pada Ogos 2010 kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sehingga kini telah mengambil langkah proaktif bagi membela nasib rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Selain itu membantu semua peniaga mengembangkan perniagaan mereka melalui SKIMSEL yang telah diilhamkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Alhamdulillah semenjak SEKIMSEL di rasmikan ramai rakyat Selangor telah merebut peluang dan kebanyakkan diantara mereka telah memperolehi bantuan daripada kerajaan negeri Selangor. Peruntukan sebanyak RM50 Juta yang disalurkan oleh kerajaan Negeri (PEMERBADANAN) (MBI) telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurusan SKIMSEL di dalam usaha menaiktaraf hidup rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan isirumah di bawah RM1,500.00 terutama  kawasan luar bandar , katanya”.

Menurut Amiruddin, dengan adanya SKIMSEL seramai 7 ribu rakyat selangor telah menyertai  skim tersebut dengan jumlah pinjaman modal yang di keluarkan menghampiri RM42 Juta.  Jumlah penyertaan di jangka bertambah pada tahun 2013 dengan  SKIMSEL mensasarkan  kemasukan peserta baru seramai  20 ribu peserta menjelang 2015 dengan pinjaman modal sebanyak RM150 Juta. 

Tambah beliau, di DUN Batu Caves  lebih kurang 300 orang yang telah mengambil kesempatan untuk membuka perniagaan mereka dan apa yang kita lihat mereka telah Berjaya dalam perniagaan yang di ceburi. Saya juga di fahamkan rata-rata rakyat selangor yang telah membuat pinjaman ini telah membuat bayaran dengan baik dan ia amat memberangsangkan sebanyak 99% . Dengan bantuan yang diberikan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sekaligus membela nasib rakyat daripada hidup kesusahan, tidak mempunyai peluang pekerjaan dan sebagainya.  

Justeru, insya-Allah  mandat yang diberikan oleh rakyat kepada  kerajaan Selangor (PR) untuk tahun kedua ini kita akan terus membantu rakyat melalui SKIMSEL, katanya.
Salmah Samsuddin, peniaga kecil
Seorang peniaga Salmah Samsuddin, yang mengalami stroke separuh badan  dua tahun lalu dan merupakan ibu tunggal lahir rasa kesal selama beliau memulakan perniagaan tidak siapa yang sudi membantu.

Beliau berkata, saya rasa kesal selama pemerintahan kerajaan UMNO 50 tahun, kebajikan saya tidak di jaga. Saya pernah meminta bantuan daripada bekas ADUN BN, dan badan kebajikan namun permohonan saya tidak dipedulikan.

Ini berbeza dibawah pengurusan kerajaan Selangor (PR) dimana saya dapati ramai nasib wanita, peniaga di bela. Golongan muda yang tidak bekerja diberi peluang untuk membuka perniagaan. Meskipun saya tidak berkesempatan menerima bantuan perniagaan kerana kesihatan tidak mengizinkan namun saya tumpang gembira kaum wanita  disini dan peniaga di negeri Selangor terbela. Saya harap negeri ini akan terus di urus oleh kerajaan PR dibawah pengurusan ekonomi selangor terbaik iaitu Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim, katanya ketika ditemubual oleh wartawan.
Turun padang ziarah pengundi dari pintu ke pintu
Menurut Salmah selama terlibat dalam perniagaan makanan ringan semenjak suaminya telah meninggal beliau sering rasa tertekan melihat kenaikan harga barang yang semakin melonjak.

“Saya menanggung seramai  empat orang anak yang masih kecil.  Dengan pendapatan tidak lebih RM500 kadangkala buat saya menangis untuk membayar yuran sekolah, pakaian dan keperluan anak-anak. Walaupun kesihatan tidak mengizinkan namun keperluan mereka perlu diberi. Justeru untuk ini kali lah saya memberi sokongan penuh kepada ADUN Batu Caves dan kerajaan negeri Selangor,  yang banyak membantu rakyat disini dan memastikan Selangor terus di urus oleh PR”, katanya.

Wartawan di fahamkan penduduk di sekitar Sungai Tua, semenjak terbubarnya parlimen  sehingga menjelang PRU13 wakil  UMNO  tidak  turun padang bertemu dengan rakyat disini.

Editor : Khaulah Azwar
  











Pengundi Tidak Mahu Calon UMNO DUN Batu Caves



Taman Selayang , 29 April : Rata-rata penduduk DUN Batu Caves merasa terharu dan berpuas hati dengan lawatan ziarah yang di lakukan oleh Calon N16, PKR DUN Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Amirudin Shari Calon PKR N16, Batu Caves Prihatin dengar suara rakyat

Seorang pengundi Marina Fakhir Khan yang menerima ziarah daripada calon berkata, kalau boleh saya tidak mahu ADUN Batu Caves yang bakal mengurus kawasan ini di ambil alih oleh UMNO –BN kerana sepanjang mantan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari menjaga kawasan ini beliau banyak membantu rakyat.

Tenaga muda dan sikap keperihatinan beliau sepanjang tempoh lima tahun telah di bukti kepada rakyat bahkan isu-isu di DUN Batu Caves banyak di selesai dengan baik.

Ini tidak berlaku semasa pemerintahan kerajaan UMNO-BN mengurus kawasan ini selama 50 tahun yang lalu, kata Marina kepada pemberita selepas menerima lawatan ziarah daripada Calon PKR DUN Batu caves, Amiruddin Shaari bersama petugas – petugas pilihanraya.

Menurut Marina, semenjak DUN di bubarkan , penamaan calon  dan sehingga hari ini  penduduk di sini tidak menerima lawatan ziarah daripada calon  UMNO- BN samada di peringkat DUN mahupun daripada Parlimen Gombak.
Petugas Pakatan Rakyat DUN Batu Caves mengiringi Calon Rayu Undi

Ujarnya, “tidak-tidak saya sentiasa menanti kedatangan calon ADUN  dan Ahli Parlimen Gombak  daripada UMNO begitu juga petugas UMNO  disini tetapi perkara ini tidak berlaku. Perkara yang berlaku adalah petugas-petugas UMNO –BN telah menampal stiker “Keluarga ku pengundi BN”.

Kami penduduk disini selar tindakan petugas UMNO yang menampal stiker bendera di kawasan perumahan ini kerana stiker yang ditampal telah merosak cat rumah. Kebanyakan pengundi disini yang dulu sokong UMNO telah banyak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Tindakan mereka melekat stiker di kawasan perumahan ini ibarat macam lanun seperti cerita P.Ramlee. Semua rumah di pangkah agar rumah dimasuk pencuri begitulah tindakan UMNO –BN, katanya”.

Tambah Marina lagi,  hanya tinggal seminggu rakyat akan buang undi. Sebelum tiba pilihanraya kami ingin tahu apakah manifesto dan gula-gula pilhanraya yang UMNO ingin beri pada rakyat lagi. Apakah mereka akan bertemu rakyat disini. Manifesto yang diberikan Pakatan Rakyat amat menarik dan pada PRU12 kebanyakan telah di laksanakan. Maka saya yakin PRU13 Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji manifesto mereka.  

Marina yang mengalami diabetis sehingga kaki di potong, sakit jantung  50 tahun lalu berkata “apa yang diberikan UMNO seperti kain batik, tabur duit pada pengundi sebagai rasuah akan kami ambil kerana itu semua hak rakyat tetapi bila tiba pilihanraya kami akan pilih pengurusan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang Berjaya mengurus negeri Selangor dengan telus tanpa rasuah, ”.
Pengundi minta agar dibawa keluar mengundi pada 5 Mei.

Sementara itu, calon PKR Amiruddin Shaari pula berkata, insya-Allah pengundi-pengundi OKU akan saya minta petugas mengambil mereka pada pilihanraya nanti. Keadaan mereka yang tidak berupaya namun semangat wajar yang ada pada mereka untuk buang undi perlu kita bantu. Tidak kira parti apa yang mereka ingin pilih.

Menurut Amiruddin tindakan petugas UMNO yang menampal stiker “Keluarga kami pengundi BN” tidak sepatutnya berlaku. Ini merupakan satu pencerobohan kawasan perumahan sehingga rakyat rasa marah denga menampal stiker yang boleh merosakan cat rumah rakyat”.

Katanya, kita harap petugas-petugas UMNO melakukan kerja pilihanraya dengan professional tanpa merosakan hubungan kekeluargaan. Dengan menampal stiker ada di sebuah keluarga yang ada pengundi UMNO dan ada juga pengundi Pakatan Rakyat. Bila mereka tampal stiker tersebut berlaku pergaduhan antara anak beranak.

Justeru, saya harap perkara ini tidak berulang lagi kata Amiruddin Shaari kepada pemberita selepas mengedar risalah dan lawatan ziarah pengundi awal pagi tadi di kawasan DUN Batu Caves.

Editor : Khaulah Azwar
  

Friday, April 26, 2013

Apa Kata Rakyat Mengenai Status Pengundi Meragukan?

Wajib Baca... Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?




"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini:http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.


Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

- Dato' Seri Anwar Ibrahim
Suka ·  · 

Senarai pengundi diragui: UMNO cuba spin isu [Update]


Pada 24 April 2013 saya bersama Edmund Bon, peguam yang mewakili kes saman Nurul Izzah Anwar terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara telah mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan beberapa isu yang dibangkit pihak tertentu, khususnya Umno Lembah Pantai dan Dato’ Raja Nong Chik.

Isu tersebut – lebih 4,500 nama pengundi di Lembah Pantai yang diragui status mengundinya – telah dimainkan pihak Umno Lembah Pantai untuk mengatakan kononnya Nurul Izzah berusaha untuk membuang nama-nama pengundi Lembah Pantai, khususnya mereka yang dahulu tinggal di kawasan setinggan atau lebih tepat berstatus peneroka bandar.
Beberapa isu yang perlu diperjelas:
1) Nurul Izzah telah memfailkan saman tersebut kerana dalam daftar pemilih Lembah Pantai ada nama-nama pengundi yang:
i. telah meninggal dunia namun masih ada dalam daftar pemilih Lembah Pantai
ii. mempunyai alamat dalam MyKad yang bukan di Lembah Pantai
iii. mempunyai alamat tidak lengkap.

Isu yang ke-3 merupakan isu yang dibangkit pihak UMNO dan Dato’ Raja Nong Chik.
Untuk makluman semua, daftar pemilih yang diperolehi KEADILAN Lembah Pantai secara rasmi dari SPR mengandungi hampir 45% nama-nama yang TIADA ALAMAT LENGKAP. Ini bermakna hampir separuh pengundi yang layak mengundi di Lembah Pantai TIDAK DAPAT DIJUMPAI.
Ini bermakna SPR telah menjual produk yang defektif/rosak kepada KEADILAN Lembah Pantai.
2) Fail saman adalah terhadap SPR dan JPN dan bukannya terhadap pengundi Lembah Pantai.
Rasionalnya adalah kerana SPR dan JPN merupakan badan kerajaan yang sepatutnya memiliki maklumat yang sahih dan benar; jika alamat seorang pengundi dalam pangkalan data SPR itu tidak lengkap, ada satu sistem - ”Agency Link-Up System” (ALIS) – yang sepatutnya memudahkan saluran maklumat (seperti alamat dalam MyKad) di antara SPR dan JPN.
Maka timbul persoalan: Adakah ALIS tidak berfungsi? Jika tidak, saya sarankan Jabatan Audit Negara menyiasat sistem tersebut.
3) Dato’ Raja Nong Chik mengatakan lebih 4,000 pengundi yang disebut dalam kes saman itu adalah pengundi yang tinggal di kawasan setinggan yang telah dipindahkan. Ini tidak benar. Dalam senarai yang dihantar kepada SPR dalam saman tersebut, ada nama-nama mereka yang tinggal di tempat-tempat yang JELAS BUKAN KAWASAN SETINGGAN:
  • Jalan Bangkung, Bangsar: 2 pemilih
  • Jalan Medang Serai, Bangsar: 8 pemilih
  • Jalan Terasek 1: 9 pemilih
  • Jalan Terasek 8: 7 pemilih
  • Lorong Maarof: 17 pemilih
  • Jalan Bangsar: 109 pemilih
Malah ada yang tinggal di flat dan apartmen yang tiada alamat lengkap:
  • Rumah Pangsa Sri Pahang: 73 pemilih
  • Vista Angkasa: 27 pemilih
  • Apartmen Putra Ria: 105 pemilih
  • PPR Sri Pantai (100 & 102): 41 pemilih
  • Kondo Rakyat: 75 pemilih
  • PPR Pantai Permai: 31 pemilih
  • PPR Kerinchi: 46 pemilih
Adakah kesemua mereka ini juga tinggal di kawasan setinggan? Tidak masuk akal tinggal di flat tapi alamat tidak lengkap!
4) Bagaimana Dato’ Raja tahu nama-nama pengundi tersebut, walhal Nurul Izzah sebagai plaintif hanya menghantar senarai tersebut kepada defenden iaitu SPR dan JPN? Dato’ Raja Nong Chik bukan seorang defenden, jadi bagaimana beliau tahu nama-nama ini? Atau, siapakah yang telah memberikan senarai tersebut – yang merupakan dokumen mahkamah – kepada beliau?
5) Bagaimana pengundi-pengundi yang dahulunya peneroka bandar tahu nama-nama mereka ada dalam senarai yang dihantar defenden kepada plaintif-plaintif? Defenden tidak menghantar apa-apa surat atau senarai nama-nama kepada UMNO ataupun pengundi-pengundi tersebut. Dan bagaimana Ketua UMNO Cawangan Kg Kerinchi tahu beliau juga dalam senarai itu?
Siapa yang telah memberikan senarai tersebut kepada UMNO?
Siapa?

Di sebalik Insan Bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim



Tiap kali di pasangkan video kehidupan mama dan papa, air mata sering menjadi teman. Keperitan kezaliman yang di lalui amat perit. Mama, papa dan adik-adik sering di uji sehingga kini. 

Berbagai fitnah di lontarkan kepada mama, papa sekeluarga namun hati mereka begitu kental menghadapinya. 

"Sungguh Allah tidak menguji umatnya melainkan mengikut kemampuan yang ada dalam dirinya". 

Semoga keperitan, kezaliman yang telah di lalui oleh mama papa dan adik2 yang di lakukan oleh pemerintah yang zalim (UMNO-BN) sentiasa jadi pengajaran pada kita semua. 

Dan buat keluarga ku ini, semoga di sebalik sejarah hitam dilalui tidak pernah terpadam dalam hati dan sentiasa jadi pengajaran. Moga ia juga mengajar diri kita apabila berada di atas usah kita bangga diri, sentiasa membantu rakyat tanpa kira perkauman, membela rakyat yang di zalimi dan sentiasa berlaku adil. 

Sikap ini seharusnya menjadi pakaian setiap orang mukmin kerana inilah tuntutan Allah kepada ummatnya. Usah kita menzalimi orang lain, dan ingatlah semua yang kita miliki adalah sementara waktu sahaja. 

Sekilas coretanku buat mama, papa dan adik-adik yang di kasihi. Moga kejayaan dan perlindungan sentiasa diberi kepada kalian.

Aku bangga dengan mama, papa dan adik2.. ya kami anak pejuang.

Anakanda,

Khaulah Azwar

Gred 41 ke bawah tak perlu bayar cukai - Husam


PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.

"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.

"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.

"Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau lagi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.

"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.

"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya.

Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.

"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.



Sebab Abu Bakar Omar Tidak Pilih UMNO

Persembahan Nasyid Guru SERi Al Huda Gombak



http://www.serialhuda.edu.my/v0/index.php

Sunday, April 21, 2013

PRU13 : UMNO -BN Naik harga Barang Macam Toyol, Amiruddin Shari


Calon PKR DUN Baru Caves, Amiruddin Shari
BATU CAVES, 21 APRIL: Tindakan pimpinan UMNO- BN selama  mentadbir negara 50 tahun yang sering menaikkan harga barangan secara senyap sebagai ‘daripada pencuri kepada toyol’, kata Calon PKR DUN Batu caves, Amiruddin Shaari dalam ceramah Amanah dan Calon Pakatan Rakyat malam tadi di Kampung Laksamana.  
Ujarnya, Ini kerana pimpinan BN tidak berani berhadapan rakyat untuk mengumumkan sebarang bentuk perubahan polisi secara terbuka sebaliknya mendiamkannya terlebih dahulu dan kemudiannya baru diketahui rakyat.
Sebagai contoh katanya, beberapa tindakan menaikkan harga minyak sebelum ini hanya diketahui selepas mereka keluar mengisi bahan api petrol dan diesel.
Ini kerana kerajaan BN tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menyelesaikan perkara asas yang menjadi keperluan rakyat.
“Pengagihan yang adil mampu jimat RM500 hingga RM600 sebulan. Boleh simpan.
“Kita tidak ambil jalan pintas untuk rakyat lupa, beri RM500 (BR1M). Selepas itu tidak mengapa diam-diam esok pagi jam 2.30 (pagi) minyak naik 10sen.
Gombak 1
“Dulu mereka curi siang-siang. Menteri buat pengumuman. Daripada pencuri mereka dah jadi toyol sebab diam-diam tiba-tiba minyak kita naik (harga) tanpa sedar sebab tidak mahu bertanggungjawab beritahu rakyat bahawa minyak akan naik atau turun ekoran kegagalan pentadbiran Umno-BN,” 
Tambah Amiruddin lagi, UMNO-BN hanya mampu untuk mencedok idea yang dilakukan pimpinan PR sejak lima tahun lalu demi mendapatkan sokongan sedangkan mereka dahulunya begitu lantang mengkritik cadangan program yang dibentangkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
“Semasa Kerajaan Negeri Selangor cadang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pemimpin Umno kata semua tak logik dan negara akan muflis.
“Alhamdulillah, lepas belanja lebih RM800 juta dan pembangunan, kita tidak muflis.  Rizab simpanan dari RM400 juta sekarang ada RM2.6 bilion
Kawasan larangan. Lanun2 UMNO di larang masuk

“Dalam tempoh lima tahun pentadbiran, RM49.7 bilion jumlah pelaburan masuk serta membuka peluang pekerjaan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Amiruddin juga menegaskan sekali lagi, rakyat perlu bangkit merubah sistem pentadbiran pimpinan negara yang lebih baik selain mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor agar kekayaan hasil negeri terus dinikmati bersama.
Dalam PRU-13, Amirudin selaku penyandang DUN Batu Caves bakal dicabar melalui pertembungan tiga penjuru diantara calon BN, Rawisandran Narayan dan calon bebas Suman a/l Gopal.
Pada tahun 2008, beliau turut berhadapan saingan tiga penjuru dan berjaya memenangi kerusi DUN Batu Caves dengan majoriti 3,639 undi.

Editor : Khaulah Azwar

Saturday, April 20, 2013

8 Kenderaan Mengalami Insiden Semasa Penamaan Calon Gombak

Gombak, 20April : Suasana Penamaan calon yang berlangsung pada 8 pagi tadi di Sekolah Sungai Pusu berjalan dengan  suasana aman  walaupun terdapat provokasi daripada pihak lawan.
Azmin Ali diiringi oleh Azwan Ali serta excord Pakatan Rakyat Gombak

Antara calon daripada Pakatan Rakyat (PR) Gombak terdiri daripada Azmin Ali (Parlimen Gombak), Hasbullah Ridzuan (Calon PAS DUN Gombak Setia), Amiruddin Shaari (Calon PKR, DUN Batu Caves), dan Shaari Sungip (Calon PAS DUN Hulu Klang). 

Kesemua calon selamat tiba di perkarangan Dewan Sekolah Sungai Pusu Jam 8.30 pagi dengan diiringi oleh  ahli keluarga dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dengan iringan bacaan doa Selamat dan Qunut Nazilah. 

Sepanjang proses penamaan calon, terdapat 8 insiden kenderaan pembangkang telah rosak dimana terdapat cermin pecah, kenderaan kemek akibat di baling botol dan dilanggar oleh pihak lawan. 

Salah seorang saksi yang enggan namanya di siarkan berkata, semua penyokong daripada PR telah beratur di tempat yang telah di keluarkan arahan daripada pucuk pimpinan, namun menjadi satu kesalan pada pihak kami apabila sekumpulan motor daripada UMNO yang terdiri daripada remaja membuat provokasi dengan membaling botol pada beberapa kenderaan disini. 
Dimanakah Ibrahim Ali dan Hasan Ali.??

Suasana yang aman menjadi tegang seketika namun dapat di kawal sekumpulan Unit Amal bagi memastikan perkara tak diingini berlaku, katanya.

Hadir sama Azwan Ali, Azman Ali kecuali Ibrahim Ali, Hasan Ali yang tidak dapat hadir. 

Proses Penamaan calon tamat jam 10.30 pagi dengan laungan takbir.


Editor : Khaulah Azwar



Antara kenderaan yang mengalami pecah cermin

Hasbullah, Amiruddin, Shaari Sungip dan Azmin Ali di penamaan calon
224Suka ·  · 


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI