Wednesday, May 22, 2013

Adam Adli: We must unite & topple BN to regain democracy

Ucapan Suara Hati Ayah Adam Adli.




Berjuang tidak ada masa untuk berehat. Mari bersama berjuang tegakkan Syiar ISLAM, hapuskan segala keganasan dan kezaliman. 

Laporan sepanjang perhimpunan #Bebaskan Adam Adli... Halim Hamid (ayah Adam Adli) turut sama tampil memberi ucapan ringkas kepada peserta - " Matinya sebuah Demokrasi Malaysia ".......

Adakah anda bersetuju jika admin tegaskan bahawa amat sukar untuk kita memperkatakan mengenai jangka hayat demokrasi di Malaysia ini. Mana tidaknya disuatu pihak (rakyat) amat menyanjung tinggi demokrasi berperlembagaan yg mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlembangaan, namun disuatu pihak lagi (penguasa) nampaknya bersungguh-sungguh bersiap siaga melacurkan demokrasi demi kepentingan tembolok dan kuasa yg ada....

Adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Polis dan pelbagai akta-akta lain disalahertikan utk digunapakai demi utk menyekat maklumat drp sampai kepada pengetahuan rakyat marhaen. Ianya diguna demi utk menyelamatkan pemerintah drp digulingkan oleh rakyat setelah rakyat mendapati bahawa pemerintah telah menyalahgunakan kuasa....

Take Note !!! : Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, tidak ada walau sekalipun Kerajaan yang memerintah    (UMNO-BN ) membenarkan rakyat mengkritik dasar-dasar dan tindakan yang dibuat.... Setiap kritik itu pastinya dibalas dgn cara ditangkap dibawah beberapa akta "Draconian" yang pada penyokong BN adalah amat bersesuaian.....


[ Bersihkan Pilihanraya Halatuju Negara Demokrasi ] ... ALLAHU AKBAR !!!


Suara Editor : Saya bersama rakyat malaysia akan teruskan perjuangan ini menuntut hak demokrasi malaysia yang telus. Jangan sekali pandang  serong terhadap kami orang muda yang menegakkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat malaysia.. Free Adam Ali. 

Adam Adli Di Dakwa Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, 24, mengaku tidak bersalah selepas dituduh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana menghasut di dalam sebuah ucapannya pada forum Pidato Rakyat 13 Mei lepas.


Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan 1948 ekoran ucapannya pada malam 13 Mei di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor baru-baru ini.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksima selama tiga tahun, atau didenda RM 5,000 atau kedua duanya sekali.
Hakim Norsharidah Awang, membenarkan Adam Adli dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM 5,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 2 Julai 2013 untuk sebutan kes.
Dalam penghujahan peguam belanya N Surendran, Adam sepatutnya dibebaskan tanpa ikat jamin memandangkan beliau adalah seorang pelajar manakala bapanya adalah bekas pesara kerajaan.
Menurut Surendran, sebagai anak muda yang lantang menyuarakan suara rakyat, dakwaan yang dikenakan terhadap beliau perlu dibatalkan kerana tidak mempunyai asas.
“Dakwaan telah dibuat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Kita beritahu mahkamah ini merupakan dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas langsung.
“Bekas Hakim Mahkamah Rayuan (Datuk Mohd Noor Abdullah) yang mengeluarkan kenyataan memecahkan perkauman tidak ada tindakan yang diambil.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kata Akta Hasutan ini dimansuhkan  tetapi ianya masih digunakan Akta Hasutan yang zalim dan jahat.
“Jadi kita tolak salah guna kuasa seperti ini dan kita akan failkan permohonan membatalkan dakwaan ini di Mahkamah Tinggi,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Selain N Surendran, Adam Adli turut diwakili empat peguam lain iaitu Datuk S Ambiga, Michelle Yesudass, Muhammad Afiq M Noor dan Shamsul Iskandar Mat Akin.
Sementara itu, Ambiga melontarkan persoalan kepada Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara mengapa menjadikan Adam Adli sebagai sasaran semata-mata.
“Kenapa sengaja mensasarkan Adam Adli sedangkan orang lain telah membuat kenyataan lebih parah tetapi dilepaskan dan tidak disiasat.

“Ini adalah dakwaan terpilih dan penyalahgunaan sistem mahkamah. Untuk menggunakan undang-undang, seharusnya dilaksanakan sama rata.
“Akta Hasutan seharusnya dimansuhkan dan tiada sesiapa pun patut didakwa dibawah akta ini,” jelasnya lagi.
Adam Adli meninggalkan perkarangan mahkamah sekitar jam 11.40 pagi selepas bayaran ikat jamin dibuat sambil diiringi hampir 50 orang penyokong beliau.
Sebelum ini, Adam ditahan reman selama lima hari sejak 18 Mei lalu selepas ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya itu yang dianjurkan Suara Anak Muda Malaysia (SAMM).

KAMIL MAMPU CUNGKIL BAKAT PELAJAR



Gombak,  23 Mei : Guru Besar Seri Al Huda (SERIAHG), Hajah Surayah Sarin merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta (SERIAHG) yang berjaya dalam pertandingan Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL)  anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.

Beliau berkata, alhamdulilah setiap tahun JAIS telah mengambil inisatif bagi mencungkil bakat semua pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR), KAFAI di seluruh negeri Selangor. 

Apa yang kita dapati semua pelajar begitu berminat dengan acara yang disediakan antaranya Tilawah Al-Quran, Hafazan,Tafsir dan Terjemahan Quran, Menulis Khat, Bercerita, Rawi, Marhaban, Pidato, Nasyid, Khutbah Jumaat, Azan  dan Iqamah, Pengurusan Jenazah dan sebagainya.

Menurut Surayah, setiap kali pertandingan ini diadakan ramai pelajar di (SERIAHG) terutamanya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya dan mereka telah berjaya dalam pertandingan.

Katanya, di kesempatan ini saya merakamkan tahniah  kepada semua pelajar yang telah berjaya  dalam pertandingan. Alhamdulilah segala usaha mereka dan semua guru-guru yang terlibat dalam membantu pelajar telah membuahkan hasil.

Walaubagaimanapun bagi pelajar yang tidak berjaya mereka tidak seharusnya menyerah kalah dan sewajarnya mempertingkatkan usaha  untuk tahun hadapan. Terima kasih kepada semua guru-guru pembimbing dan guru-guru pengiring yang telah berusaha melatih mempersiapkan diri pelajar yang terlibat dalam pertandingan KAMIL mengikut acara masing-masing. Insya-Allah tahun hadapan kita harap mereka akan memperlipatgandakan usaha.

Sementara itu, Ustazah Sapurah Abdullah GPK  Kokurikulum pula berkata, alhamdulilah syukur kepada Allah SWT kerana pelajar-pelajar yang telah melibatkan diri semenjak KAMIL berlangsung pada 7 April 2013 di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Tua sehingga peringkat Daerah dan Kebangsaan telah menunjukkan prestasi persembahan yang sangat cemerlang. Segala usaha mereka tidak sia-sia.

Menurut Sapura semasa pertandingan KAMIL  peringkat Zon Selayang, pelajar (SERIAHG) telah memenangi beberapa acara antaranya Johan Tilawah Al_Quran (L), Syarahan Bahasa Arab (L) dan Hafazan Terjemahan (L). Manakala Syarahan Bahasa Arab (P) (SERIAHG)sebagai Naib Johan , Pidato Bahasa Melayu (P) dan Bercerita Kisah Al-Quran (L). Sementara itu, bagi acara Rawi, Marhaban (P), Menulis Khat Tahap 1 (L) dan Menulis Khat Tahap 1 (P) (SERIAHG) mendapat tempat ketiga.  

Bagi Peringkat Daerah  yang di adakan di Kepong pula (SERIAHG)  telah berjaya memenangi beberapa acara   antaranya Johan Syarahan B. Arab (L),  Naib Johan Syarahan Bahasa Arab (P). Bagi Acara Rawi, Marhaban (P) (SERIAHG) mendapat tempat ketiga, dan bagi acara Menulis Khat Tahap  1 (L) (SERIAHG) mendapat ketiga juga.

Dengan kejayaan di perolehi pelajar (SERIAHG) sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memasuki ke peringkat Negeri. Mereka  yang terlibat dalam acara Syarahan Bahasa Arab (L) di Peringkat Daerah dengan memperolehi Johan telah mendapat tempat ketiga di peringkat Negeri yang berlangsung   pada 11 Mei, 2013 di Sekolah Agama Menengah Salak Tinggi, Nilai Negeri Sembilan.

Semua pelajar  yang  berjaya telah menerima buku cenderahati yang disediakan oleh JAIS. Beliau kata demikian di Pejabat Sekolah SERI AL Huda, hari ini ketika di temubual oleh wartawan. 

Editor :Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI