Wednesday, June 26, 2013

Zikir Menari ?? Allah saja yang tahu :(



Hanya Allah saja yang tahu samada amalan dilakukan ikutan tarikat, syiah dll. apa pun juga sebagai orang yang mengaku islam yang  dilahirkan Islam diazan dan diqamat oleh ayah perlulah rasa bersyukur dengan nikmat iman yang Allah berikan.

Ya-Allah peliharakanlah iman seluruh umatmu, berikan cahaya hidayah kepada mereka yang telah tersasar dalam kehidupan ini. Amiin Ya rab

Penstrukturan semula industri air di Selangor akan selesai pada September, 2013

SHAH ALAM 27 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan penstrukturan semula industri air di Selangor akan selesai pada September tahun ini.


Beliau berkata,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu berkenaan seperti yang dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).



Kesediaannya untuk berbincang dan meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.



“Dalam sepucuk surat bertarikh 19 Jun, Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau sangat terbuka dan bersedia berbincang dengan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.



Dalam pada itu, proses penstrukturan semula industri air dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2011 sebagai usaha mengambilalih operasi bekalan, rawatan dan pengedaran daripada empat syarikat swasta.



Sebelum ini, beberapa siri perbincangan bersama mantan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin serta beberapa pegawai kementerian gagal mencapai persetujuan bersama.


Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri ketika ini sedang menyiapkan deraf pengambilalihan syarikat 

konsesi seperti terma dan syarat yang ditetapkan WSIA 2006.



“Kita juga menyiapkan deraf berkenaan tanggungjawab dan bidang kuasa semua pihak termasuk Perbadanan Kementerian Kewangan (MOFIncorp), Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dan syarikat-syarikat konsesi,” ujarnya lagi.


Abdul Khalid menambah, Najib diharap mendapat mesej jelas tentang kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan penstrukturan semula air demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Editor : Khaulah Azwar

Suruhanjaya Siasat PRU-13 Selangor Buka Ruang Aduan Orang

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI