Sunday, November 28, 2010

Program Konsert Amal GeMS meriah



Bandar Baru Selayang - Tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani masaalah gejala sosial di malaysia khususnya di negeri selangor benar-benar mendapat sokongan rakyat dinegeri ini.
Ini jelas terbukti program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang dianjurkan oeh Kerajaan Negeri tanpa mengira parti dan perkauman telah dihadiri oleh rakyat disitu dan diluar kawasan gombak yang telah diadakan di Dataran Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Di DUN Tmn templer baru-baru ini.
Tn Hj. Mohamad Abd Rahman, Penyelaras DUN Tmn Templer, melahirkan rasa kesyukurannya kerana prgoram yang manfaat ini telah diadakan di kawasan DUN Tmn Templer. Ini merupakan langkah yang sangat positif dan didapati berbagai agensi, ketua-ketua kg. , Nazir -nazir masjid Daerah Gombak telah memberi kerjasama mengatasi masaalah gejala sosial dikalangan beliawanis.
Katanya "Segala perancangan Master Plan/plan induk yang telah diturunkan dari akar umbi oleh Y. B Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor diseluruh kawasan-kawasan begitu cantik dibentangkan dan diharap dapat dijalankan disemua peringkat kawasan negeri selangor ".
GeMS yang telah berjaya diadakan disini didapati begitu meriah sekali, didapati berbagai aktiviti diadakan diantaranya Jom Kerja, Street Soccer, Bola Keranjang, Bicara remaja yang diwakili oleh Wakil GeMS, wakil Jejak Ilmuan, wakil tempatan.
Selain daripada itu terdapat juga Pertandingan gubahan terbuka kepada golongan ibubapa, pertandingan bercerita, mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan motor tercantik, bagi golongan beliawanis dan sembang santai .
Katanya lagi, bukan didakan aktiviti riadah, jualan buku sahaja, malahan pengunjung yang hadir telah dihiburkan dengan silat daripada persatuan Akedemik silat cekak ibrahim, maskot yang dikenali sebagai Arit dan Anis. Program ini juga telah diisikan dengan pengisian Tazkirah selepas solat maghrib berjemaah untuk pengisian dihati mereka agar program ini dimanfaatkan sebaiknya.
Majlis penutup GeMS telah dirasmikan oleh Y.B Dr Halimah Ali. Rakyat di Kawasan Daerah Gombak telah dihiburkan dengan Konsert Amal diiringi dengan nasyid selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw beramai-ramai.
Menurutnya lagi Konsert Amal yang diadakan ini bermotifkan penyebaran dakwah kepada semua golongan terutamanya dikalangan anak-anak remaja yang bersekolah dan beliawanis.
Segala unsur dakwah telah diserapkan oleh artis-artis undangan dalam lawak dan nyanyian nasyid mereka.
Kehadiran bekas artis - artis rockers kini menjadi ustaz seperti Amy search, Blank (Gamma), Akhie Hay, Muadz, Kumpulan As-Saufee, Radzi Kumpulan roskers Mallisa dan lain-lain telah sudi memberi kerjasama untuk menghadirkan diri mereka bagi menjayakan program ini.
Program ini juga telah mencatit sejarah kepada golongan remaja dan beliawanis kerana Briged Amal bagi peringkat Kawasan DUN Tampler templer telah dirasmikan oleh En Zahrin dengan diberikan topi Briged Amal kepada beberapa wakil ahli Briged Amal.
Semoga dengan pertubuhan Briged Amal akan membantu generasi ini ke arah kebaikan, apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Briged Amal Pusat.
Sekiranya ibubapa / penjaga ingin mendaftarkan anak-anak mereka dalam Briged Amal boleh berhubung terus ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer. Malahan PKM DUN Tmn Templer bersedia membantu golongan anak-anak remaja dan beliawanis yang bermasaalah dalam memberi khidmat nasihat, insya-allah ujarnya.
Beliau amat mengharapkan semoga usaha murni yang dibawakan oleh Kerajaan Negeri melalui pendekatan jangka pendek dan pendekatan jangka panjang ini bagi melahirkan Generasi Idaman Selangor bebas dari segala bentuk gejala sosial akan tercapai dengan kerjasama semua pihak.
Semoga akan lahirnya generasi yang sihat, berakhlak mulia yang menjamin keutuhan dan kegemilangan agama, bangsa dan negara, katanya.

Sementara itu, sekumpulan mat rempit yang dikenali sebagai Otai daripada Kumpulan Retro Malaysian Riders yang telah di tubuhkan 3 thn mempunyai 400 keahlian terdiri daripada golongan perempuan dan lelaki sentiasa menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh kerajaan negeri.
Menurutnya lagi, sudah 6 kali kami sertai pertandingan motor dan telah menjadi juara pertandingan. Alhamdulilah ini memberi peluang kepada ahli-ahli kami untuk menyertai aktiviti yang sihat bahkan kami dapat mempeljari sesuatu daripada aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Setiap pertandingan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak dikenakan bayaran amat berbeza jika aktiviti yang dianjurkan oleh Badan-badan berdaftar, atau NGO. Pengisian dalam program ini juga didapati amat bermakna kerana disini kami dideadhkan dengan ilmu agama dalam kuliah yang disampaikan. Sambil berhibur kami mendapat ilmu yang bermakna bagi memperbaiki diri . Semoga usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa, katanya.
Begitu juga Pn Pathmarani bersama keluarganya yang telah menghadirkan diri untuk menyertai program GeMS.
Beliau yang telah mendaftarkan anaknya sneha umur 7thn mengatakan ini merupakan program yang baik kerana didapati berbagai bangsa yang hadir. Terdapat gerai-gerai buku dibuka juga. Dengan diadakan berbagai jualan sempena cuti sekolah ianya memberi peluang kepada anak-anak yang hadir untuk membeli buku sempena cuti sekolah, katanya.

Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI