Sunday, January 17, 2010

Pengganti Ezam di Gerak berundur sertai Umno?

PETALING JAYA — Mohd Nazree Mohd Yunus (gambar) , yang menggantikan Ezam Mohd Nor sebagai pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) pada 2008, akan melepaskan jawatan itu hujung bulan ini untuk menyertai parti politik secara sepenuh masa.

Nazree dijangka mengumumkan keputusannya kepada majlis kepimpinan tertinggi Gerak secara rasmi malam ini manakala keputusan menyertai parti politik pilihannya diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Salah satu agenda mesyuarat hari ini ialah memutuskan pengganti Nazree.

Nazree, 26, yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pendirian beliau untuk menyertai parti politik.

“Dalam waktu terdekat saya akan umumkan, mungkin akhir Januari,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan parti yang secocok dengan pendirian beliau.

“Ada beberapa parti yang telah mendekati saya... saya sedang membuat pertimbangan,” kata beliau sambil menafikan akan menubuhkan parti baru.

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan PAS.

Ditanya sama ada parti yang dimaksudkan itu Umno, Nazree berkata, “saya tidak mahu komen... tunggu dulu.”

Ezam yang merupakan pengerusi pertama Gerak telah menyertai Umno pada Jun 2008.

Tempat Ezam digantikan oleh Nazree, bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Ezam merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nazree disifatkan sebagai seorang pemidato yang baik dan iras-iras Anwar.

Beliau yang kini bekerja sendiri sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana.

Bagaimanapun kata Nazree, parti yang bakal disertai harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik.

Mengulas lanjut Nazree memberitahu pihaknya akan membincangkan soal struktur organisasi baru Gerak hari ini dan barisan kepimpinan yang bakal mengambil alih pertubuhan bukan kerajaan itu selepas ini.

Berhubung dengan sebab beliau mahu meninggalkan Gerak, yang sepanjang tahun lalu telah membuat 13 hingga 15 aduan berkaitan rasuah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Nazree memberitahu:

“Selepas menerajui Gerak selama satu tahun dan enam bulan, saya ingin memasuki fasa baru perjuangan.”

Ura-ura mengatakan Nazree akan menyertai politik mula kedengaran dalam lingkungan Umno sejak beberapa bulan yang lalu.

Di bawah kepimpinannya, antara kes yang diadu Gerak kepada SPRM sepanjang tahun lalu ialah dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan berhubung isu banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo serta dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang turut berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Adun meraikan Saudara Baru " YB DHMA"


Gombak - Kedatangan saudara baru ke dalam agama Islam perlu disambut bagi menunjukkan ikatan perpaduan yang utuh di kalangan penduduk berbilang bangsa dan agama di Negara ini.

Justeru, Exco Selangor yang juga ADUN Gombak Setia, YB DHMA telah meraikan 6 orang saudara baru di PASTI Ibnu Sina selepas merasmikan program sumbangan pelajar miskin di PKM DUN Gombak Setia baru-baru ini.

Majlis ini diadakan bagi sama-sama meraikan kedatangan saudara baru, iatitu En. Abd Rahman B. Abdullah, Nortahharwati Bt Abdullah, Mohd Yusof B. Abd. Rahman, Abd Kalam Abd. Rahman, Mohd Ariffin B. Abd. Rahman dan Muhammad Adam Pok Abdullah. Mereka semua tinggal di Tmn Gombak dan Klang.


Walaupun kedatangan YB DHMA di majlis tersebut tidak lama kerana untuk menghadirkan diri dalam program bersama masyarakat india namunpun begitu ia memberi kegembiraan kepada mereka kerana telah bertemu dengan pimpinan yang beribawa. Dan hasrat mereka semoga akan diadakan satu majlis yang memberi mereka peluang untuk bersama YB DHMA.


Mereka ketika ditemubual menyatakan bahawa beliau telah memeluk ISLAM sejak tahun lepas dalam bulan ramadhan. Hidayah ALLAH diberi kepada mereka saat-saat umat ISLAM sedang memburu malam lailatulqadar. Alhamdulilah didalam kuliah yang diberikan oleh seorang ustaz mengenai Neraka dan syurga telah menyentuh hati mereka dan semenjak daripada itu hati mereka berdebar-debar dan telah bertemu dengan ustaz tersebut dengan menyampaikan hasrat mereka untuk memeluk ISLAM. Semoga hidayah yang ALLAH berikan kepada mereka akan kekal dengan bimbingan sahabat semulim yang lain.

Tn Hj Mansor bersama penduduk menyatakan bahawa beliau rasa bertangungjawab untuk membimbing mereka dan membawa mereka mendalami ISLAM lebih dekat lagi. Jesteru itu mereka sering dibawa ke mana-mana majlis ILMU dan akan dibawa ke Perkim agar mereka lebih mengenali ISLAM lebih mendalam agi. Beliau tidak mahu saudara baru ini dibiarkan begitu sahaja tanpa bimbingan bimbang jika iman tidak kuat akan dipengaruhi oleh anasir-anasir yang akan merosakakn akidah mereka kembali. Jesteru itu beliau bersama penduduk di sekitar rumah beliau di tmn gombak membawa mereka di majlis ini dan secara kebetulan PKM Dun Gombak Setia mempunyai program maka semoga diberi peluang utk bertemu dengan YB DHMA untuk meraikan mereka.

Dengan rasa sangat terharu, beliau dan saudara baru mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak PKM DUN Gombak Setia & YB DHMA sudi bersama seketika dengan saudara baru ini walaupun sibuk dengan tugas harian. Majlis tersebut telah bersurai setelah solat zohor berkumandang menyeru umat ISLAM agar mengabdikan diri pada rabbnya dengan meninggalkan seketika urusan dunia.



Editor : Khaulah Azwar

PAS seru rakyat Malaysia bersatu kecam keganasan

Bertempat di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran telah berlangsung Makan Malam Perdana 2010. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Dr. Hassan Bin Mohamed Ali dan Tuan Haji Ismail Bin Arsat.


Di majlis ini, YB Dr. Abd Rani Osman, ADUN Meru turut memberi ucapan. Dan di dalam ucapan beliau sempat menyeru agar penganut agama Islam dan Kristian saling bertoleransi kerana kerjasama antara Islam dan Kristian sudah terjalin sekian lama.

"Orang Yahudi kata, keluarkan orang Islam kami nak bunuh. yang keluar adalah pastur-pastur, father-father, dia kata if you want to kill the muslim, kill us first. Cross our death body. Itu kata paderi-paderi. Bunuh kami dulu sebelum kamu bunuh orang Islam menyebabkan orang-orang Islam itu terselamat. Yang ini kita hendak beritahu dunia bahawa kerjasama ini dah lama, Kita hendaklah bergerak atas benda kita kesamaan, bersifat toleransi."katanya.

Beliau turut mengajak supaya semua penganut agama perlu kembali kepada ajaran agama masing-masing agar keamanan Malaysia terjamin.
"Saya bagitahu dimana-mana, sama ada saya pergi ke kuil, sama ada saya pergi ke tokong cina, sama ada saya pergi ke church, saya ulang balik apa yang Tok Guru sebut tapi saya tambah sikit la, saya kata kalaulah orang-orang India balik pada ajaran agama mereka, kalau orang-orang cina, berbalik balik pada ajaran agama mereka, kalau orang kristian balik balik visit your church, do what the bible told you to do dan kalau orang-orang Islam balik pada ajaran Quran mereka. Malaysia ini InsyaAllah Allah Taala jadikan negara yang cukup aman."ujarnya lagi.
ADUN Pandamaran, YB Ronnie Liu Tian Khiew turut berucap pada majlis tersebut berpendapat tindakan demonstrasi Umno di Shah Alam sedikit sebanyak turut memberi kesan terhadap sensitiviti agama di Malaysia.

"Saya sangat-sangat bersetuju dengan Tok Guru kerana dia katakan apa yang dilakukan oleh Umno apabila pemimpin mereka mengetuai demonstrasi di Shah Alam dimana mereka membawa kepala lembu. Tindakan itu telah menjadikan sensitiviti agama di Malaysia jadi kurang atau hilang. Sebab itu sekarang ada orang yang ekstrimis yang berani menyerang gereja."katanya.
Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Ronnie sempat meminta agar pemimpin Umno tidak memberi sebarang statement sensitif yang boleh menyebabkan kemarahan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Malam ini saya meminta semua pemimpin Umno lebih cermat lebih careful janganlah keluarkan statement yang sensitif yang negatif yang ada unsur menghasut orang yang ekstrimis membuat kelakuan yang jahat. Malaysia ini kita semua faham merupakan satu masyarakat yang majmuk dimana ada bangsa semua. Saya masih ingat Tok Guru beritahu kita jangan memandang rendah apa-apa bangsa kerana walaupun kulit kita berwarna lain, kalau pisau nak bukak, darah samanya merah."ujarnya lagi.

Adun mendekati masyarakat india "YB Dato Hasan Mohamed Ali"


Gombak - Menjadi wakil rakyat adalah satu tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. Sebagai Adun, untuk mendekati rakyat adalah satu tanggungjawab yang harus dilakukan. Tugas yang harus mereka laksanakan dengan turun padang mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling, mengatasi masalah yang dihadapi penduduk dan memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Pelaksanaan tugas tersebut bukanlah harus dilakukan hanya apabila tiba bahang-bahang pilihan raya tetapi harus dilaksanakan apabila diri telah dilantik oleh rakyat dalam pilihan raya yang telah dilalui.


Oleh itu sebagai pimpinan yang beribawa yang telah diberikan amanah dan mandat sepenuhnya oleh rakyat YB DHMA sedaya upaya menyusunkan berbagai program untuk bersama rakyat. Segala perancangan gerak kerja yang telah tersusun rapi bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan semua jentera ahli PAS Kaw. Gombak akan dilakasanakan mengikut jadual yang telah direncanakan. Dengan cara sedemikian hubungan 2 hala antara pimpinan dan rakyat akan terjalin.

Makan pagi bersama masyarakat india yang telah diadakan baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar gombak. Beliau merasa gembira apabila dapat bertemu dengan rakyat secara bersantai lebih-lebih lagi apabila beliau dapat mendengar masalah rakyat ketika makan bersama rakyat.


Beliau telah dikelilingi oleh berbagai peringkat umur untuk mendengar berbagai cadangan dan idea orang muda untuk dilaksanakan bersama, agar rakyat di Kaw. Gombak terutamanya merasa berpuas hati keatas khidmat yang diberikan oleh beliau kepada rakyat. Segala cadangan rakyat telah diambil perhatian oleh YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia serta ahli majlis MPS.

YB DHMA merasa berpuas hati dengan program yang telah berjaya dilaksanakan dan harapan beliau program tersebut harus diadakan setiap bulan bagi mengenal pasti segala masalah penduduk dan memberi peluang kepada rakyat dengan menerima segala cadangan yang bernas agar dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama.

Pertemuan bersama masyarakat india baru-baru ini telah memberi gambaran positif bahawa PRU ke-13, parti PR akan memperolehi kemenangan yang besar dengan membuat persiapan gerak kerja yang dilakukan oleh semua jentera PR. YB DHMA berkata beliau yakin rakyat sudah bersedia untuk memilih parti yang terbaik dalam menghadapi PRU akan datang.


Didalam pertemuan makan bersama masyarakat india YB DHMA telah menerangkan kepada masyarakat india mengenai kelebihan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat di Negeri Selangor. Pemberian tersebut bukan hanya diberi kepada bangsa melayu sahaja tetapi diberi kepada semua bangsa & agama walaupun berbeza pemahaman politik & parti.



Beliau menyeru masyarakat india & cina agar menyertai kelab penyokong PAS yang boleh didaftarkan di PKM DUN Gombak Setia & PKM Sri Gombak. Bagi yang masih tidak mendaftar diri untuk mengundi pada PR 13 boleh berdaftar di PKM yang terhampir dengan segera. Beliau telah menerangkan kepada masyarakat india yang telah hadir ke program tersebut bahawa “apabila menjadi ahli Kelab Penyokong PAS tidak bermakna mereka akan memasuki ISLAM. Tetapi YB DHMA telah menerangkan bahawa jika menyertai kelab penyokong PAS mereka bangsa (India, Cina) akan memberi sokongan kepada Parti PAS & PKR dengan segala cadangan dan kerjasama agar pelaksanaan gerakkerja dalam parti mendapat sambutan yang baik kepada semua masyarakat. Tidak sedikitpun mereka di paksa untuk memeluk ISLAM jika menyertai PAS. Beliau amat berharap agar dengan adanya program ini, masyarakat india & cina mendapat kefahaman yang lebih jelas mengenai Kelab Penyokong PAS dan dapat menerima parti PR sebaiknya.

YB DHMA berkata lagi sebagai Pemimpin harus memikirkan bagaimana untuk memberi berbanding untuk mendapat. Apabila kita berfikir bagaimana untuk memberi, fokus kita ialah peranan bukan ganjaran. Malangnya, ramai yang berfikir secara songsang. Apa yang difokuskan bukan peranan tetapi ganjaran. Jika kita hnaya berfikir tentang ganjaran, maka ini akan menyebabkan kita mengabaikan peranan sebagai pimpinan/Adun. Sebaliknya, apabila seorang pemimpin fokusnya pada peranan maka ganjaran akan datang dengan sendirinya. ALLAH tidak mensia-siakan hambanya yang benar-benar Ikhlas dalam bekerja dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pimpinan. Jika hakikat ini masih diragui, apakah layak kita menjadi pemimpin?

Penulis ingin sekali menyeru kepada semua rakyat untuk berfikir sejenak, masih ada waktu untuk bertindak parti manakah yang terbaik dan memilih pimpinan yang beriman, beribawa untuk menerajui negara dan mempunyai akhlak mulia.

Bagaimanakah barisan kepimpinan kita yang menerajui M’sia pada masa kini?? Sudahkah dilantik orang yang baik-baik yang tidak mengamalkan rasuah, tidak mengutamakan kroni, hanya mementingkan diri mereka sendiri daripada rakyat yang kini dihimpit dengan berbagai tekanan ekonomi?? Itupun sudah terlalu sukar. Dan sudahkah orang yang baik itu telah melaksanakan kebaikannya kepada masyarakat?? Hal yang kedua ini jauh lebih sukar. Semoga kebijaksanaan yang ALLAH berikan kepada kita semua mampu mengubah segalanya.. waallahhualam..

KOLEKSI FOTO





Editor : Khaulah Azwar


Meringankan Beban Rakyat " YBDHA"


Gombak- Meringankan bebanan rakyat adalah salah satu tanggungjawab Adun. Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan skim bantuan pelajar Miskin Negeri Selangor bagi 56 Dun – Dun di Negeri Selangor.


Dibawah Skim Bantuan Pelajar Miskin ini, setiap pelajar miskin yang telah dikenal pasti melalui Pejabat ADUN telah menerima bantuan yuran peperiksaan sebanyak RM90 bagi pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan RM120 bagi pelajar yang menduduki PMR bagi tahun 2009.


Seramai 100 pelajar telah menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali di PKM Dun Gombak Setia pada pagi ini. Turut hadir didalam majlis sumbangan Bantuan Pelajar Miskin adalah Tim. Pengarah PKM Dun Gombak Setia Tn Hj Ezani Mansor, Ahli Majlis MPS, Seluruh Ketua Kg. dan Nazir Masjid Ar-Rahimah.


YB Dato’ telah memaklumkan kepada rakyat yang hadir terdapat berbagai keistimewaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat untuk meringankan bebanan rakyat antaranya membantu ibu tunggal, warga emas, kemasukan bantuan pelajar IPT dengan memperolehi sebanyak RM1000, TAWAS dan lain-lain lagi seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri didalam Manifesto P.Raya lalu kepada rakyat. Sehubungan dengan itu Yb Dato’ telah memaklumkan kepada rakyat sebelum sesi persekolahan dibuka Kerajaan Negeri juga telah memberi sumbangan Beg, Kasut sekolah kepada rakyat yang pendapatan tidak melebihi RM1500 kebawah dan pada hari ini semua rakyat miskin yang telah disenaraikan oleh Pejabat Adun diraikan lagi dengan menerima bantuan kewangan.


Beliau amat berharap para pelajar & keluarga yang telah menerima subangan skim ini agar dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya dan tidak disalah guna. Semoga bantuan diberikan dapat membantu ibubapa membayar yuran sekolah dan melengakapkan peralatan sekolah anak-anak.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI