Wednesday, March 18, 2015

PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan.



Apakah Umno cuba alih isu dengan tangkapan Nurul Izzah dan pembangkang?PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan.


PAS mengingatkan kerajaan BN bahawa tindakan dan penyalahgunaan akta zalim ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat. Apakah ini Operasi Lalang versi Najib?

Hentikan budaya membuli pimpinan pembangkang dengan segera! PAS percaya penahanan Nurul Izzah dan juga barisan pembangkang atas alasan terlibat dengan perhimpunan #‎KitaLawan semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kemelut di dalam Umno kerana isu 1MDB dan salahguna dana kerajaan yang tidak bertempat.

Pakatan Rakyat mesti teruskan kerja mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam BN, dan yakin bahawa kedua-dua isu ini adalah hujah utama yang akan membawa rakyat bersama PR untuk menumbangkan BN. Pakatan Rakyat mesti terus bersatu dan jangan berpecah walau apa isu perbezaan pendapat yang sedang dialami.

 Perbezaan antara kita hanyalah isu kecil yang tidak perlu ditakutkan dan dibesarkan. Besarkan isu penyelewengan dan salahgunakuasa BN dan kecilkan perbezaan di antara kita. Kita perlu bersatu menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman. PAS doakan Datin Seri Wan Azizah terus diberi kekuatan dan bertabah dengan cabaran yang menimpa keluarganya daripada tindakan zalim kerajaan BN.
 

Tuesday, March 17, 2015

Kerajaan BN Boros Tidak cekap Mengapa Pula Rakyat Tanggung GST-Tengku Razaleigh Hamzah



Ucapan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang mengkritik Putrajaya hanya beri sedikit kesan atau tiada langsung terhadap Barisan Nasional (BN) kerana tiada perkara baru dalam kenyataannya dan kerajaan memerintah sudah terlalu biasa dengan cara mereka, kata penganalisis beberapa jam selepas putera Kelantan itu menggesa rakan sekerjanya meletakkan kepentingan rakyat berbanding parti.


Dinamik dalaman Umno akan memastikan ahli Parlimen mereka berterusan menjaga penyokong sendiri terlebih dulu supaya dapat kekal berkuasa, kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider. "Ahli politik Umno bimbangkan bukan saja rakyat, tetapi juga politik dalaman parti yang melibatkan mengekalkan atau kenaikan pangkat. Ini menyebabkan perlunya mengekalkan atau menjaga hubungan dalam parti.

"Jadi memandangkan pilihan raya umum masih jauh lagi, kepentingan utama mereka kini mengekalkan rasa puas hati ahli parti, kerana kemungkinan pemilihan parti akan berlaku sebelum pilihan raya umum,” katanya.

Ibrahim berkata, ramai pemimpin dalam Umno terikat dengan pengundi bagi kedudukan sedia ada, jadi mereka tidak terburu-buru membuat apa-apa perubahan besar yang mengganggu status quo. Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr Lim Teck Ghee berkata ucapan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, hanyalah "ucapan Parlimen" dan akan dilayan sebegitu oleh BN dan kerajaan. "Perubahan (dalam BN) tidak akan berlaku daripada ucapan, tetapi tekanan rakyat. Jadi saya tidak fikir BN atau perdana menteri akan terlalu bimbang," kata penganalisis itu.

"Malah saya yakin perdana menteri dan BN tidak terganggu dengan ucapannya. Saya akan terkejut sekiranya ada ahli Parlimen lain yang akan menyokongnya dan bercakap secara umum,” katanya. Dr Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik dari institut pemikir Penang Institute juga bersetuju dan menambah tiada ahli Parlimen yang akan berani bersetuju dengan Ku Li kerana mereka dilihat seperti bersedia untuk menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli Umno akan melihatnya sebagai serangan yang dirancang terhadap Najib dan akan mengendahkannya. Jadi saya tidak rasa akan ada perubahan di dalam kerajaan atau tingkah laku ahli Parlimen, tetapi ini mungkin akan menguatkan lagi kritikan rakyat terhadap pentadbiran Najib," katanya.

Membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, ahli Parlimen Gua Musang itu menggesa rakan sejawatnya dalam Dewan Rakyat membuat keputusan sama ada mereka akan ingat kepada sumpah untuk berkhidmat kepada rakyat atau menyerah diri kepada kuasa luar daripada Parlimen dengan meletakkan kepentingan parti terlebih dulu. Beliau juga menggesa menteri dan ahli Parlimen mengisytiharkan aset mereka untuk mengelak percanggahan konflik kepentingan dan menambah baik pentadbiran, dan mengkritik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bulan depan. Namun penganalisis yang ditemu ramah The Malaysian Insider menganggap kata-kata beliau sebagai "terlalu lambat" dan mengatakan Ku Li hanya mengulang kata-kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun menimbulkan isu tersebut tetapi masih gagal. "Isu yang ditimbulkan tentang GST ialah sesuatu yang orang ramai banyak bincangkan, jadi agak lambat baginya untuk mempersoalkannya," kata Ibrahim.

Lim berkata kerajaan sudah pun membuat keputusan tentang GST dan untuk membatalkannya sekarang hanya kerana ucapan Ku Li, mungkin akan menyebabkan lebih buruk padahnya kepada negara. "Semuanya terlalu lambat tentang isu yang ditimbulkannya, termasuk kegunaan hasil kutipan GST dan pengisytiharan aset. Pihak pembangkang menimbulkan perkara sama dengan lebih kerap dan kritikal berbanding apa yang dilakukannya di Parlimen,” katanya. Lim berkata, jika perdana menteri berjaya tidak mengendahkan kritikan kedua-dua PR dan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang GST, kemungkinan baginya untuk memberi perhatian kepada Ku Li adalah terlalu kecil.
 

Nik Omar Nik Abd Aziz - Mana-mana parti yang keluar Pakatan Akan Rugi



Nik Omar berkata arwah bapanya bekas Mursyidul Am PAS sering menasihati anak-anak supaya mendidik dan bukan melawan apabila menerangkan mengenai agama Islam dan hudud. KOTA BHARU, 17 Mac: Ia mungkin PAS ataupun DAP, tetapi mana-mana parti yang meninggalkan Pakatan Rakyat, maka mereka yang rugi, kata anak sulung Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu The Rakyat Post, menyertai pakatan pembangkang merupakan cara yang paling baik untuk semua komponen parti membantu rakyat tidak kira bangsa, seperti yang diidamkan oleh bapanya. “Arwah bapa saya selalu berkata dengan terus bersama Pakatan Rakyat, ia memberi kita (PAS) peluang untuk membetulkan persepsi orang bukan Islam mengenai Islam. “Ia memberi peluang kepada kita untuk mendidik mereka dan membantu mereka memahami Islam seperti yang kita faham dan bukan yang digambarkan oleh orang luar.

“Begitu juga dengan bekerjasama dengan DAP. Kita boleh belajar mengenai agama dan kepercayaan lain yang diamalkan oleh rakyat Malaysia dan begitu juga sebaliknya.


“Sebab itu sekiranya PAS atau DAP meninggalkan Pakatan, ia adalah kerugian parti itu sendiri.” Katanya undang-undang hudud yang menyebabkan ketegangan dalam Pakatan merupaka satu objektif yang cuba diraih oleh arwah bapanya dan PAS selama 20 tahun dan sekutu PAS mempunyai hak untuk menolaknya tetapi sebagai parti berteraskan agama Islam, melaksanakan sepenuhnya undang-undang Islam merupakan tanggungjawab mereka.

“Mendidik dan bukan lawan. Itu yang sering arwah bapa tekankan kepada kami. “Kita perlu terus menerangkan kepada DAP, orang bukan Islam dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN), bahawa undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan sejak undang-undang manusia gagal menangani masalah jenayah, mungkin sudah tiba masanya kita mencuba sesuatu yang baharu.

“Satu undang-undang yang dicipta oleh Allah adalah sebagai penghalang dan bukan menghukum,” tambah Nik Omar yang ditemui di rumah bekas Menteri Besar itu di Kampung Pulau Melaka, hari ini. Ahli Parlimen DAP termasuk Anthony Loke dan Gobind Singh Deo mengancam untuk menolak parti kerajaan Kelantan itu dari Paktan sekiranya mereka bertegas mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu. Undang-undang itu dikatakan keterlaluan dan ganas juga tidak ‘praktikal dan bertentangan dengan polisi rangka kerja umum Pakatan.’

Butiran terperinci mengenai pindaan undang-undang hudud yang dicadangkan masih belum diketahui umum dan setakat ini, ia hanya dikongsi bersama ahli PR ketika mesyuarat kepimpinan tertinggi minggu lalu di mana PAS dinasihatkan supaya meneliti semula pindaan itu yang disifatkan sebagai undang-undang baru. Komponen ketiga-tiga parti bergabung di bawah satu parti politik dinamakan Barisan Alternatif yang berpecah dua tahun selepas itu pada 2001, di mana DAP keluar dari gabungan kerana dikatakan t6idak bersetuju dengan PAS yang hendak memulakan negeri Islam.

Terdapat banyak pertanyaan sama ada sejarah akan berulang. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan sebelum ini berkata sekiranya DAP tidak bersetuju dengan hudud, ia bebas keluar dari Pakatan kerana PAS tidak akan berganjak dengan keputusan mereka. Nik Omar berkata apapun yang penting sekarang adalah sokongan daripada mereka yang berada di Dewan Undangan Negeri di mana rang undang-undang Hudud akan dibentang. “Kami hanya perlukan sokongan mereka untuk membawa rang undang-undang berkenaan ke Parlimen. “Selepas itu saya dan semua ahli PAS dan penduduk Kelantan berharap kerajaan persekutuan akan menyokong undang-undang ini dan membenarkan ia dilaksanakan di sini,” katanya.  

Nurul Izzah terpaksa bermalam di lokap Jinjang


Penangkapan Nurul Izzah jadi tajuk utama antarabangsa


Saya Mempunyai Kekebalan Di Parlimen, Kenapa Tahan Saya??-Nurul Izzah



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis pada jam 12.15 tengahari setelah kenyataan beliau diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Nurul Izzah, yang ditahan di lokap balai polis Jinjang sejak Isnin, berkata tahanan beliau merupakan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa. "Ini memang penyalahgunaan kuasa tidak lain tidak bukan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan tindakan sedemikian ke atas parlimen. "Saya mempunyai kekebalan di bawah Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengetengahkan isu di parlimen. Ini akan menjejaskan hak-hak ahli parlimen yang lain untuk mengetengahkan isu-isu yang menjejaskan rakyat," katanya kepada pemberita.


Beliau turut berkata pihaknya akan mengambil tindakan. "Penyalahgunaan kuasa tidak boleh diteruskan. Lawan tetap lawan," tambahnya.

Apabilan ditanya pemberita apakah tindakan susulannya, Nurul Izzah jawab: "Saya suka apabila media suka meramalkan apa kita akan lakukan selepas ini. Saya akan benarkan anda (media) untuk terus meramal namun kita akan mengumumkan apa yang kita akan lakukan dalam masa terdekat," katanya.

Nurul Izzah turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir namun beliau menyeru sokongan diberikan kepada tahanan yang lain seperti aktivis Adam Adli dan Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong. "Sokongan harus diteruskan kerana ini (penahanan saya) bukan yang terakhir," tambah Nurul Izzah.


Terdahulu, pihak media dimaklumkan bahawa pendengaran reman sepatutnya berlangsung pada jam 10 pagi tadi di balai polis Jinjang. Namun pada jam 9.30 pagi, Nurul Izzah dibawa keluar dari Lokap Jinjang ke rumahnya di Bukit Segambut untuk mengambil sesuatu berkait siasatan Akta Hasutan sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi untuk mengambil kenyataan. Nurul Izzah tiba di IPD Dang Wangi pada jam 11.15 pagi.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas. Beliau juga ditahan dan disiasat di bawah akta sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara. Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3.55 petang Isnin.  

Monday, March 16, 2015

Mungkin Di Tahan 7 Hari "Nurul Izzah"



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjangkakan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mungkin ditahan sehingga tujuh hari di lokap. Presiden PKR itu mendakwa penahanan Nurul Izzah hanyalah suatu bentuk intimidasi kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini. nurul wan azizah300“Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti selaku ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.
Penahanan ini amat berunsur politik dan Nurul Izzah hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen. Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang turut kesal dengan penahanan reman anaknya.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia dapat turut serta menyatakan sokongan dan solidariti untuk Izzah serta rakan-rakan pejuang lain seperti Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di balai polis Jinjang bermula jam 9 malam ini,” katanya.


 Sebelum itu, Izzah telah diminta hadir ke IPD Dang Wangi susulan perhimpunan #kitalawan yang diadakan setiap minggu. Nurul Izzah juga telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai ucapannya yang dikatakan berunsur hasutan Sementara itu anak lelaki dan perempuan Nurul Izzah tidak dapat menyembunyikan kesedihan di wajah mereka. Raja Safiyah Raja Ahmad Shahrir, 7 dan Raja Haris Raja Ahmad Shahrir, 6 kelihatan bergenang air mata sewaktu berjalan keluar dari IPD Dang Wangi.
Nurul Izzah dibawa keluar dari IPD Dang Wangi pada pukul 6.45 petang dan terus dibawa ke lokap Jinjang dengan menaiki kereta Estima berwarna gelap.

Adik Nurul Izzah, Nurul Nuha sewaktu ditemui pemberita memberitahu bahawa beliau sangat marah dengan tindakan pihak polis yang menahan kakaknya dengan menggunakan Akta Hasutan. “Pihak polis telah menggunakan akta kuno (Akta Hasutan 1948) untuk menjadikan Izzah sebagai mangsa dan disabitkan dengan pendakwaan terpilih. “Penahanan ini amat berunsur politik dan dia (Izzah) hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen,” katanya. Manakala, bekas suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir dalam status Facebooknya meminta supaya rakan-rakan mendoakan Izzah dalam keadaan selamat. “Minta rakan-rakan semua doakan Izzah dalam keadaan selamat,” ujarnya dalam status Facebook.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI