Sunday, January 31, 2010

Warga Orang Asli sentiasa mendapat kunjungan daripada Kerajaan PR



Kebajikan & hak Orang Asli harus dipandang berat walaupun mereka duduk di kawasan hulu perkampungan. Sebagai Adun Gombak, YB Dato’ bersama semua pengiring beliau, telah membuat lawatan kawasan tersebut untuk dinaiktaraf agar penduduk disekitar berkenaan mendapat keselesaan sewajarnya.

Beliau berkata, setelah membuat lawatan dibeberapa kawasan sekitar gombak, beliau berpendapat adalah tidak wajar jika pihak Kerajaan UMNO yang telah memerintah selama 50thn tidak menjaga kebajikan orang asli.

Walaupun mereka banyak ketinggalan arus moden namun mereka harus didedahkan dengan perkembangan ekonomi negara dan isu-isu semasa agar mereka tidak terus menerus ketinggalan dalam apa juga.

Mereka juga berhak merasai kenikmatan yang ada di m’sia pada masa kini. Perkongsian ini haruslah dirasai oleh semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun pemahaman pilitik yang berbeza.

Sebagai pimpinan tidak harus merahsiakan apa-apa kepada rakyat. Apa yang berlaku harus diterangkan dengan benar agar rakyat tidak merasai curiga pada pimpinan dan parti yang dipilih.

Memandangkan negara kini semakin maju adalah tidak wajar jika pihak kerajaan UMNO tidak memberi manfaat kebaikan untuk orang Asli dalam masa 50thn pemerintahan mereka. Cuba kita bandingkan pembangunan di Putrajaya dan persekitaran di Bt. Caves. Usahkan pembangunan / jalan dinaiktaraf dengan memakan berjuta billion tetapi mengapakah kemudahan awam/pembangunan/jalan raya bagi orang-orang asli tidak dipandang berat oleh pihak kerajaan UMNO setelah pemerintahan mereka selama 50thn. Dimanakah keadilan untuk rakyat??

Tinjauan Wartawan PKM DUN Gombak Setia bersama Nisa’ Gombak dan Adun H.Klang telah mengadakan program bersama orang Asli di Kemensah tahun lepas. Didapati rumah orang Asli telah dibina oleh Jab. Orang Asli. Tetapi masih ada kekurangannya kerana penduduk masih tidak mampu untuk membayai kos sara hidup yang semakin meningkat. Bekalan Elektrik dan Air masih tidak dimasuki lagi. Setelah membuat lawatan tersebut pihak Adun dan NGO telah berusaha untuk mendapatkan bekalan Elektrik untuk memberi keselesaan kepada penduduk orang asli.

Ketua Kg Orang Asli telah memaklumkan kepada wartawan PKM setelah 50thn merdeka, dalam pemerintahan UMNO, pihak mereka tidak diberikan kemudahan asas dan perhatian. Walaupun telah diminta banyak kali tetapi permohonan tersebut amat mengecewakan pihak mereka. Berbagai alasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan UMNO dengan mengatakan Taraf Tarif Elektrik & Air sudah meningkat maka pihak kerajaan tiada peruntukan untuk diberikan kepada mereka.

Sabar dan terus bersabar.. dan kini penantian sudah berkhir, semenjak pemerintahan PR pemantauan telah dibuat oleh Adun Gombak Setia & Adun H.Klang.

Ketua Kg dan penduduk Orang Asli begitu gembira dengan kunjungan dan keperhatinan yang diberikan oleh kerajaan PR. Sering sahaja penduduk disini diraikan dengan program Hari Ibu dan Bapa. Anak-anak juga mendapat kemudahan peralatan sekolah. Malahan peralatan kelengkapan dapur juga diberikan kepada rakyat orang asli ketika program bersama Nisa’ Gombak dan Adun kerajaan PR.

Beliau berkata lagi, Kini pihak Adun & NGO sedang berusaha untuk mendapat bekalan elektrik. Permohonan bekalan elektrik sedang dalam proses.

Wartawan PKM telah dimaklumkan oleh Adun H.K mengenai status proses pembekalan elektrik yang telah dipohon. Terkini permohonan tersebut bersama NGO sedang dalam proses, Insya-ALLAH rakyat akan merasai nikmat bekalan elektrik tidak lama lagi dengan harapan tiada sebarang halangan daripada mana-mana pihak dalam membantu pembangunan orang asli.

Kini sedikit sebanyak warga orang asli telah mengubat kekecewaan mereka dengan perhatian dan tindakan oleh kerajaan PR walaupun baru masuk tahun ke 2 pemerintahan PR tetapi beliau merasa berpuas hati diatas kunjungan dan keperihatinan yang diberikan oleh Adun Gombak Setia & Adun H.Klang setelah kerajaan UMNO tidak mengambil berat terhadap penduduk orang Asli selama ini. Atas keperihatinan oleh kerajaan PR, kini memberi sinar baru kepada penduduk orang Asli. Sifat beginilah harus ada kepada pimpinan. Begitulah kata-kata ketua Kg. Orang Asli semasa program dilaksanakan.

Untuk memperkasakan lagi gerak kerja dan pemantauan penduduk, YB Dato’ Hasan bersama pengiring beliau telah membuat pemantauan di Jab. Orang Asli (JOA) baru-baru ini.

Setelah membuat lawatan di kaw (JOA) Y.B Dato’ berpendapat bahawa kawasan berkenaan tidak sesuai dilalui Bas dan memberhentikan kenderaan mereka di laluan berkenaan, memandangkan kawsasan tersebut terlalu sempit. Jika keadaan ini berterusan di bimbangi keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk sekitarnya akan tergugat lebih – lebih lagi apabila Bas ingin membuat “U-Turn” di kawasan tersebut.

Oleh yang demikian, beliau telah meminta pihak JKR, MPS untuk mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Beliau meminta agar pihak JKR mengeluarkan surat kuatkuasa kepada Pengusaha Syarikat Bas agar dapat mengikuti arahan tersebut untuk keselamatan pengguna dan penduduk sekitarnya.

Adun Perihatin terhadap penduduk “Penduduk Kesal dengan pembinaan pembentongan Tambahan”


Gombak – Tidak semestinya dengan pembinaan sesuatu dalam projek akan memberi kesan yang baik kepada penduduk jika tidak dibuat penilaian sebaiknya sebelum projek tersebut dilaksanakan.

Jika tidak diteliti dengan betul dan memikirkan kesan kebaikan dan keburukan sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Sering sahaja penduduk disekitar Pinggiran Batu Caves membuat aduan banjir di kawasan berkenaan kepada pihak Ahli Majlis namunpun begitu tiada tindakan diambil oleh pihak yang harus bertanggungjawab.

Penduduk telah memaklumkan kepada Y.B Dato’ semasa program ” Breakfirst” bersama rakyat baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak, hal ini terjadi disebabkan pembinaan pembentongan tambahan oleh pihak MPS. Dengan adanya pembentongan tambahan bukan memberi kebaikan tetapi memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya.

Aduan tersebut telah mendapat perhatian YB Dato’ dan beliau berjanji akan melawat kawasan berkenaan bersama pihak MPS, Ahli Majlis, JPS, JKR dalam masa terdekat.

Masa yang dinantikan oleh penduduk telah tiba dan kedatangan beliau telah diraikan oleh beberapa orang penduduk daripada Pinggiran Batu Caves. En. Duraisamy telah memaklumkan masalah utama adalah :-

a) Masalah banjir

En. Duraisamy telah memaklumkan kepada YB Dato’, bahawa pihak MPS telah membina pembentongan tambahan. Dengan adanya pembinaan tersebut, apabila musim hujan kawasan berkenaan kini mudah berlaku banjir.

YB Dato’ meminta agar pihak MPS dapat ambil tindakan segera untuk atasi masalah pembentongan tambahan ini bagi mengelak berlakunya banjir kilat dikawasan tersebut untuk keselesaan dan keselamatan penduduk. Harus diteliti kembali dimanakah terdapat kesilapan dan kekurangan dengan pembinaan pembentongan tambahan ini. Sepatutnya jika dengan adanya pembentongan, tidak akan berlakunya banjir tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu beliau amat berharap MPS, JKR dapat mengambil perhatian dan tindakan secepat mungkin.

b) Pembinaan Lampu Isyarat.

Selain daripada itu Lampu Isyarat yang terdapat di Persimpangan Sri Gombak berhampiran surau Ubudiyah. Didapati kawasan tersebut begitu sesak dengan laluan lintas lebih-lebih lagi waktu pagi & petang.

Dengan kesesakan tersebut sering berlaku kemalangan dan kawasan ini juga terdapat beberapa buah sekolah. Keselamatan pengguna dan pelajar amat dibimbangi oleh penduduk sekitar tersebut.

Langkah yang telah diambil oleh YB Dato’ dalam mengatasi masalah ini ialah meminta pihak JKR & MPS agar dapat ambil tindakan segera bagi atasi masalah ini secepat mungkin dan harus dipandang serius. Harus diteliti kembali, adakah pembinaan lampu isyarat yang diletakkan kawasan tersebut bersesuaian??.

Editor : Khaulah Azwar

Penduduk Bimbang menggunakan Jambatan Desa Makmur


Gombak – Setelah Negara semakin maju tetapi masih ada juga jambatan yang menghubungkan ke kawasan utama tidak dinaiktaraf. Ini amatlah memalukan apabila jika didatangi oleh pengunjung luar negara melawat negara m’sia yang boleh dikatakan sebagai negara membangun tetapi apabila dilihat kawasan pendalaman akan menjatuhkan pembangunan dan insfrasturktur imej m’sia sendiri.

Oleh yang demikian, untuk menaiktaraf insfrastruktur maka, YB Dato’ Hasan telah mengemaskini pemantauan gerakkerja dan melawat kawasan-kawasan bermasalah di sekitar gombak yang telah dilaksanakan baru-baru ini bersama Ketua Kg di Kaw Gombak, Nazir Masjid, MPS, JKR, JPS dan semua ahli Majlis, MPS di Zon Gombak.

Sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak , YB Dato’ telah mengambil semua perhatian dengan penerimaan setiap Aduan yang diberikan oleh Penduduk dan Ketua Kg. disekitar Gombak.

YB Dato’ bersama semua pengiring beliau telah menemui Tn. Said sebagai ketua kg untuk melawat Jambatan bagi membaikpulih Jambatan Desa Makmur yang menghubungi Jalan lama merintasi ke Sg. Gombak Bt. 10 1/2 Sg. Salak.

Beliau telah dimaklumkan, Penduduk begitu khuatir untuk menggunakan jambatan tersebut kerana jelas kelihatan Jambatan berkenaan tidak kukuh, rendah dan sering ditenggelami air apabila hujan lebat.

Setelah mendengar pemasalahan dan melawat jambatan berkenaan, YB Dato’ telah meminta agar pihak MPS, JPS, JKR dapat mengambil tindakan segera untuk menaiktaraf jambatan tersebut bagi memberi keselesaan dan keselamatan pengguna. Beliau meminta setiap agensi berkenaan dapat menyediakan laporan tersebut secepat mungkin.

Ketua Kg dan penduduk begitu rasa gembira dengan kunjungan dan perhatian yang diberikan oleh YB Dato’ terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk. Harapan Ketua Kg semuga kerjasama yang diberikan oleh YB dato’ dan semua pihak agensi dapat memberi kegembiraan kepada pengguna dan penduduk sekitarnya diatas tindakan aduan yang diberi.

Yb Dato’ juga amat berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama dan perhatian sewajarnya dengan setiap aduan yang telah diberikan oleh penduduk agar tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Editor : Khaulah Azwar

Adun – Membantu Penduduk MendapatkanTuntutan Sempadan Tanah


Gombak -Tanah merupakan aset penting bagi setiap orang untuk meneruskan kehidupan. Dengan adanya aset tersebut sekurang-kurangnya akan memberi kemaafatan dan kebaikan kepada ahli keluarga. Tetapi akan menjadi masalah besar jika aset tersebut telah dirampas oleh pihak-pihak tertentu dan tidak mendapat status sebenar daripada Pej. Tanah.

Oleh yang demikian, atas pemasalahan yang berlaku keatas keluarga Pn Khadijah mengenai tuntutan sempadan tanah masih tidak terjawab oleh Pej Tanah sehingga kini, maka beliau telah mencari jalan untuk meminta YB Dato’ Hasan agar dapat membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi selama ini.

Setelah mendengar masalah tersebut YB Dato’ telah membuat lawatan ke rumah Pn Khadijah bagi menyelesaikan masalah beliau iaitu tuntutan sempadan tanah yang masih belum dapat kelulusan daripada Pej. Tanah.

Kunjungan YB Dato’ mendapat sambutan yang baik daripada keluarga beliau. Setelah meneliliti semua dokument Pn Khadijah, YB Dato’ berkata beliau akan berusaha membantu dengan mengeluarkan surat kepada pej tanah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas dan meminta pihak berkenaan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata “Persoalan itu harus dijawab oleh pihak berkenaan agar tidak membuat pihak keluarga berkenaan merasa kecewa dan diibarat menanti bulan jatuh keriba..”.

Semoga segala masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar gombak yang telah diatasi oleh YB Dato’ secara profesional dan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak MPS, Ahli Majlis, JKR, JPS, Ketua-Ketua Kg. dan Nazir-Nazir Masjid akan memberi keselesaan dan kegembiraan kepada penduduk dalam menangani masalah yang dihadapi.

Editor : Khaulah Azwar

YB DHMA – Menaiktaraf Masjid Simpang 3


Gombak – Masjid/surau adalah rumah ibadat untuk diimarahkan oleh semua qariah agar rumah ibadat tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua umat ISLAM.

Tiada maknanya jika rumah ibadat ini kelihatan besar, terdapat berbagai perabot teetapi tiada dikunjungi oleh masyarakat yang beragama ISLAM. Oleh itu sebagai Nazir Masjid dan semua AJK yag diberikan amanah dalam mentabir sebuah masjid/surau haruslah memainkan peranan sebaiknya untuk mengimarahkan rumah ibadat ini agar tidak kelihatan suram dan sunyi tanpa pengunjung.

Alhamdulilah di Kaw Gombak yang telah ditadbir bawah YB Dato’ Hasan selaku Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam, beliau telah memainkan peranan sebaiknya bagi memastikan masjid/surau mengadakan berbagai program samada santapan rohani ataupun program remaja.

Kini terdapat berbagai inisatif yang telah disusunkan oleh JAIS/ PKM Dun Gombak Setia bagi mendorong remaja-remaja mendekati masjid. Hanya dorongan ibubapa untuk memainkan peranan dengan mendorong anak-anak mengikuti program tersebut.

Tidak ketinggalan juga setelah memantau insfrastruktur dibeberapa kawasan gombak, YB Dato’ bersama semua pengiring beliau telah membuat lawatan ke masjid simpang 3 baru-baru ini dan beliau telah memberi cadangan agar dibawah jejantas berhadapan masjid tersebut hendaklah di Tar untuk tempat letak kenderaan.

Beliau berpendapat, dengan mentarkan kawasan tersebut bukan sahaja boleh meletakkan kenderaan malahan boleh dimanfaatkan untuk dijadikan ruang solat lebih-lebih lagi apabila tiba solat jumat mahupun musim perayaan yang sudah pastinya semua masjid / surau akan dipenuhi oleh masyarakat ISLAM untuk solat berjemaah.

Semoga keperihatinan dan cadangan yang bernas diberikan oleh YB Dato’ untuk keselesaan masyarakat dapat diterima semua pihak dan diambil tindakan oleh pihak JKR, MPS untuk kebaikan umat ISLAM dalam mengimarahkan masjid/surau sebagai bekalan kita dialam barzakh.


Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah buat diri yg alpa ..3 Amalan Yang Berkat

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyan g dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari)

Huraian
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya.

Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya.

Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah.

Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.

Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka)...waallahhualam...


Tazkirah : Syukurlah kepada Allah



Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". (Yaasin: 73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)


Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Jaga diri & Berhati-hati,

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI