Wednesday, June 13, 2012

Tazkirah : Bersama lah Menjadi Penegak Agama Allah

Orang yang bersama dengan golongan yang nak menegakkan agama Allah akan berada di belakang bendera yang dipegang oelh Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak. Dan bagi mereka yang menentang serta tidak beriman kepada Allah, akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun dan Ubai bin Qalaf..


Sesungguhnya, kita ni akan bersama dengan roang yang kita ikuti di akhirat kelak. Kalau kita mempertahankan orang zalim ketika di dunia, maka orang itulah yang akan kita ikuti di akhirat kelak. Sememangnya pada masa itu, kita adalah salah satu golongan yang paling rugi dan menzalimi diri sendiri.


Sebaliknya jika kita sentiasa bersama ulamak, ustaz-ustaz dan orang-orang yang soleh, kita akan memperoleh kejayaan yang amat besar di akhirat kelak.


Mudah-mudahan kita akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sentiasa mahu menegakkan agama Allah biar dibayar dengan darah sekalipun! Kerana janji Allah tidak pernah dimungkiri....


Berkorbanlah sedikit semasa kita berada di dunia untuk Allah.. Jangan kerana duniawi yang sementara ini, kita tentang ALlah, kita lawan Allah, kita langgar suruhan Allah. Ingatlah, dunia ini cuma seketika, akhirat itu pasti untuk selama-lamanya.


Wallahua'lam...

Erti Sebuah Perjuangan.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


" Kak, maaf kak sebab banyak susahkan akak"

Tersenyum melihat adik di hadapanku. 


" Dik, pernah tak dengar ayat ni, syurga itu dikelilingi dengan perkara yang banyak menyusahkan kita, tetapi neraka pula dikelilingi dengan perkara yang kita suka, yang kita rasa bangga melakukannya. Pernah tak dengar?"

"Pernah, kak"

"Jadi, takda istilah susah di dalam hidup akak, akak jadi rimas bila orang cakap "saya akan susahkan awak, please deleted Ayat susah dalam hidup"



Dalam setiap yang dirasakan susah itu, akak akan cuba landaskan dengan al-Quran dan Sunnah, apakah wajar untuk akak kata perkara yang dikatakan susah itu adalah perkara yang menyusahkan atau suatu perkara yang Allah ingin ganjarkan sesuatu pada akak"


Terdiam.


Dan mataku masih memaku memandang ke hadapan, memandang deretan kereta yang bertali arus dengan cahaya lampu merah di bahagian bonet belakang. Fikiran terkenangkan sesuatu. Terkenangkan suatu perjalanan yang bertali arus juga atas satu, satu peristiwa yang menjadikan mataku acap kali panas kemerah-merahan berair bersembunyi menutup segala kedukaan, melawan segala mehnah.

Tanpa disedari air mata itu mengalir sekali lagi dan tertutup oleh secebis kain yang menutupi wajah.


Bibir mungil itu tiba-tiba melantunkan suatu lagu.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Tersenyum.


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..



hah.. rindunya suasana tarbiyah, rindukan gurau senda teman2,, apakhbar adik2 ku semua. ji, imah, yan, adah dan lain-lain. 

Jika tak jumpa dunia, moga kita bertemu juga di padang masyar nanti, bertemu berpisah kerananya.. pagi tadi dalam perjalanan hantar anak buahku, fikiran ku sangat kuat pada adik2.. mungkin lama tak bersua. Moga diberi kesempatan untuk bertemu kembali.

Kalau Kita Terjaga Malam

 
Sentiasa mohon kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk berqiammulail.
Mohonlah pada Allah SWT agar  amalan yang dilakukan sedikit  tapi istiqama'. 

Ahah... cuti menyebabkan jiwa ana kering, rindukan suasana tarbiyah, rindukan kata-kata semua sahabat, naqib, nawibah, ya-Allah jangan lalaikan hati ini walaupun seketika. 

PROJEK TEBATAN BANJIR KL, JPS MALAYSIA Ancam Nyawa Penduduk


Kampung Changkat, Gombak :  Penduduk Kampung sekitar laluan tebatan banjir, termasuk Jalan Changkat Setia menyelar sikap lepas tangan Jabatan Pengaliran Wilayah (JPW) atas masalah kebersihan kawasan tersebut,  semenjak ianya telah di pagar . 

 
Azizah Salleh ,64, berkata, saya duduk disini sudah Dua puluh tahun. Sebelum ini tiada masalah berlaku namun semenjak JPW memagarkan kawasan sungai atau tebatan banjir dan sekitar rumah penduduk  menyebabkan  kawasan ini kelihatan begitu semak dan tidak diurus secara berkala.

 
Ekoran itu menyebabkan kawasan ini sering dimasuki anjing liar, ular, biawak dan nyamuk aedes sehingga berlakunya  demam denggi berdarah kepada penduduk disini, katanya.

Tambahnya lagi, dua hari lepas dua ekor ular besar telah masuk ke kawasan perumahan kami. Kejadian berlaku jam 2 petang.
 
Penduduk dapat membunuh ke dua-dua ekor ular tersebut. Semenjak itu  penduduk rasa tidak tenteram lagi kerana bukan hanya ular,  peningkatan demam denggi  bahkan anjir liar banyak memasuki kawasan perumahan kami. 
 
Kami bimbang jika pihak berwajib tidak mengambil tindakan sewajarnya akan meragut nyawa penduduk terutamanya anak-anak kecil yang bermain di sekitar luar rumah kami, disini.
 
Justeru, saya merayu agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya. Janganlah sampai ada nyawa penduduk terancam terutamanya anak-anak kecil, kata Azizah kepada wartawan.
 

Menurut Azizah, JPW telah memagar kawasan ini dua tahun lepas. Semenjak kawasan ini dipagarkan hanya sekali sahaja JPW bersihkan kawasan  itu.
 

Sebelum kawasan ini di pagar, penduduk sering mengadakan gotong-royong untuk membersihkannya.
 
Sementara itu,  Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar pula berkata, semenjak dipagarkan, kawasan parit atau  tebatan banjir tidak diurus dengan rapi.
 
Berbagai aduan penduduk kita terima. Terdapat berbagai pokok liar serta rumput menjalar sehingga menyemakkan mata memandang. Rumput rumpai tidak di bersihkan secara berkala.
 
Kita bimbang selain binatang seperti ular, biawak dan anjing, nyamuk aedes juga akan terus membiak, sehingga membawa demam denggi.
 
Tambah Zainal lagi,  kita juga pernah membawa perkara ini dalam mesyuarat Mukim, Pejabat Daerah, JPS. Mesyuarat memberi jawapan, masalah ini akan diatasi sekiranya ada peruntukan bajet.
 
Sepatutnya Kerajaan Pusat di bawah Jabatan Pengalairan Saliran (JPS) Malaysia, perlu memberi perhatian serius keatas pengorbanan penduduk Kampung Changkat.
 
Dengan membenarkan tanah mereka di ambil dan di jadikan projek bagi mengelakkan banjir di Kuala Lumpur.
 
Maka, saya harap dengan isu yang berbangkit pihak berwajib, JPW yang menjalankan PROJEK TEBATAN BANJIR KL, JPS MALAYSIA  dapat mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan dan keselesaan penduduk, kata Zainal.
 
Wartawan juga telah cuba menghubungi pihak JPW namun masih gagal mendapat jawapan daripada pihak berwajib.
 
Editor : Khaulah Azwar
 

62 Pengawal Keselamatan Tuntut Gaji Minima


Shah Alam : Mantan Ketua Pengawal Power Security yang enggan namanyadisiarkan melahirkan rasa kesalnya apabila presiden pengawal keselamatan telah siarkan dalam akhbar pada September, 2011 dengan istiharkan semuasyarikat pengawal telah bayar gaji minima di Semenangan Malaysia pada bulan Julai, dan Sabah Sarawak pada Ogos, 2011.
Rodziah Ismail, Exco Selangor bersama Wakil Pengwal Keselamatan

“Kita telah “survey” semua syarikat pengawal keselamatan dandidapati tiada sebarang bayaran di terima. Kejadian ini berlaku saat umat islam menanti Hari RayaAidilfitri tahun lepas.
Semenjak itu, semua pengawal keselematan buat bantahan.Walaupun sudah buat bantahan syarikat Power Security tetap tidak bayar gajikami”, katanya.

Beliau juga mendakwa, Board power security telah keluarkan duitsyarikat untuk kepentingan sendiri . Perkara ini telah di maklumkan oleh penyelia power security,Ismail Mahmood.

Katanya, “sebagai ketua pengawal keselamatan saya mewakilisemua pekerja mohon agar PM, danKDN atasi isu pemerdangangan secaraserius .
Kami rasa terkilan sebagai rakyat Malaysia yang dibayar gaji minima RM300 telah di perkoak katik, di perdagangkan dinegara sendiri. Walaupun berbagai aduan dibuat, namun pihak berwajib seolah lepas tangan.

Kami tetap terusmenuntut hak kami seperti yangdijanjikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)dengan membayar tuntutan sebanyak RM 121ribu untuk 56 pekerja dalam masaterdekat”.
Tambahnya lagi, PM, Najib telah umumkan kepada seluruh rakyatMalaysia gaji minima RM900, namun kita masih belum dapat bayaran gajitersebut. Kita tidak mahu penipuan terusberlaku.


Beliau berkata, “semenjakKerajaan umumkan gaji minima pertama di siarkan pada 15 Feb 2010, tetapi kenyataan ini ditarik balik pada 2011 atas arahan Persatuan Syarikat PengawalKeselamatan Semalaysia untuk dikaji.

"Setelah dikaji dan diluluskan gajitersebut tidak dibayar sehingga sekarang.

"Slip Gaji yang kami terima RM1000 tetapi hanya dapat RM900,epf dan socso juga kadangkala tidak masuk. Walaupun dalam slip gaji telah dipotong. Namun hakikatnya apabila di semak ke KWSP, tiada pemotongan dibuat.

"Kami telah dilantik dibawah kementerian pelajaran Malaysia untuk menjaga 16 buah sekolah sekitar Shah Alam.

Justeru, saya harap PM, Najib dapat lunaskan janji gaji minima, janganhanya pandai cakap tak serupa bikin.Besar harapan agar kerajaan negeri Selangor, dapat atasi isu ini dengan membela semua nasib pekerja pengawal keselamatan", katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Power Security petang semalam, di SUK, Shah Alam, disini.

Wartawan difahamkan oleh Ketua Pengawal Keselamatan Power Security, gaji pokok untuk seorang pengawalRM300 , namun setelah diumumkan kerajaanpusat baru-baru ini, gaji minima yangditerima Pengawal RM700.


Semua pengawal hanya memperolehi RM500 gaji kasar dan RM150 adalah COLA.

Editor : Khaulah Azwar

Politeknik Kota Kinabalu Tak Selamat?



KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 dikatakan mengalami keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak bermutu.

Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beroperasi selama hampir 9 tahun.

Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat.

Demikian kata Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

Politeknik ini menawarkan pengajian peringkat diploma selama tiga tahun.

Menurutnya, daripada tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya.

Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius.
(Antara tanda-tanda bangunan ini dalam bahaya)

Berikutan permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012.

Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Apa yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian.

Pemuda PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut.

Pemuda PAS, kata Lahirul, turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Suara Editor : Ana mula bimbag keselamatan ummi disana. Moga Allah peliharanya.:(

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI