Monday, August 10, 2009

Replika Najib di Batu Caves jadi isu


Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".


ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.


Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

Kemenangan awal PAS di Permatang Pasir


KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Permatang Pasir milik PAS! Kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan Dun Permatang Pasir kelak.

Bulan Ramadan tidak akan melemahkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat sebaliknya akan memberikan kekuatan dan kemenangan.

"Ramadan adalah bulan jihad dan bulan kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamadun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al-Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah,"kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, saf para pejuang Islam akan lebih kemas, bergaya dan perkasa terutama dalam menghadapi pilihan raya kecil kelak.

"Bulan Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis.

"Disiplin menjadikan saf para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat,"jelasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dalam bulan puasa kerana, "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi tadi.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian Dato' Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. - mks.

khaulah Azwar said : Insya-ALLAH sebagai pejuang ISLAM kami akan turun padang, bln Ramadhan Bulan Tarbiyah mendidik hati,, akhlak setiap hambanya, walaupun PR dibuat Ramdhdan tiadak akan mematahkan semangat seorg pejuang ISLAM.. Insya-ALLAH..TAKBIR..!!!!

Hikmah 5 Jari di tangan manusia





Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.
Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya
dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah....begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalamnya jadilah hamba yang sentiasa bersyukur diatas peberian ALLAH pada kita jgn asyik mengecapi nikmat ALLAH tetapi kita sering melanggar larangan ALLAH dan tidak menunaikan kewajipan kita sbg hamba... Pasti 1 hari ALLAH akan tarik nikmat tersebut.. Nauzubillah..

Hitea DMPG bersama Non Muslim


IMG0158A


Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) telah mengadakan Hi-Tea bersama Non Muslim di Sri Gombak pada 8hb Ogos, 2009 , 3ptg dimana majlis tersebut telah dihadiri oleh berbagai bangsa dan agama.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali diiringi oleh saf-saf pimpinan Gombak iaitu YDP, Utz Al Fadhil Salehuddin Nasir, Utz Al-Fadhil Hasbullah Ridzuan, En Radhi Yusof, Mr Kong

dan saf – saf pimpinan Muslimat (DMPG, Gombak) yang dihadiri oleh Dr Azimah, Ustazah Khatifah Zamani Sulong Ahli Majlis JKP Zon 11.


IMG0154A

Alhamdulilah dengan adanya majlis ini maka masyarakat diberi peluang dan ruang untuk bersama dengan Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali untuk menyuarakan hasrat mereka dan menjawab persoalan yang timbul baru-baru ini mengenai Ronnie Liu. Disini Yb Dato’ telah menerangkan hal sebenarnya apa yang telah berlaku dan tidak ada berlaku salah faham antara YB Dato’ bersama Ronnie Liu. Bagi YB Dato’ sebagai pimpinan dalam PAS mereka berlapang dada dan menerima berbagai pesanan SMS mengenai isu arak. Sokongan padu telah diberi oleh berbagai bangsa dan agama mengenai isu ini apabila Yb Dato’ telah memperjelaskan hal sebenarnya . Beliau telah menerangkan bahawa antara PAS dan PKR masih mempunyai persahabatan dan hubungan yang baik dan Yb Dato’ meminta semua pihak jangan mudah terpedaya dengan media masa yang kerap mengulas isu-isu yang bercanggah dengan apa yang diolahkan dalam perbincangan.

P8080136



Salah faham yang telah ditimbulkan oleh pihak media masa dengan menggembar gemburkan PAS dan PKR semata-mata untuk menjatuhkan imej dan memecah belahkan PKR. Yb Dato’ telah menerangkan bahawa beliau TIDAKmenyatakan untuk memecat Mr. Ronnie Liu tetapi untuk kebaikan semua pihak bangsa dan agama maka YB Dato’ menyarankan agar di pindahkan ke biro lain bukan untuk DIPECATKAN jawatan beliau.


IMG0151A

Semoga dengan penjelasan Yb Dato’ dalam majlis tersebut sedikit sebanyak telah memberi penjelasan kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini.

Dikesempatan yang ada YB Dato’ bersama saf-saf pimpinan muslimat lain juga turut bersama dengan semua masyarakat untuk bersama meraikan majlis Hi-Tea dengan dihidangi minuman petang.

IMG0173AIMG0182A

Yb Dato’ serta saf pimpinan Gombak bersama masyarakat tidak kira bangsa dan agama menikmati juadah Hi-Tea.

We are Brothers' :)


IMG0186A

Saf Pimpinan DMPG (Kasih Sayang Titi Kash Sayng Pengikat Diri)

Editor by : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI