Wednesday, January 11, 2012

Kerajaan negeri Selangor PR peruntuk RM10 Juta untuk belia


Batu Caves : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah menjana pendapatan yang tinggi dan luar biasa dalam tiga tahun PR memerintah negeri Selangor.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, Ketua Audit Negara telah mengumumkan bahawa antara negeri-negeri di seluruh Malaysia yang terbaik mengurus ekonomi adalah negeri Selangor di bawah pengurusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh tiga tahun negeri Selangor telah mencatat keuntungan ekonomi RM 1.25 billion yang telah dibentangkan pada tahun 2011.

Sebelum kita memmerintah 2008, simpanan negeri Selangor hanya memperolehi RM 600 juta ringgit tetapi dalam tempoh tiga tahun PR memerintah Selangor, Tan Sri Khalid telah menaikkan pendapatan negeri sebanyak RM1.25 billion yang seharusnya menjadi contoh kerajaan pusat mengurus ekonomi Negara, katanya.

Jelas Azmin lagi, tahun 2012 kerajaan negeri telah memperolehi pendapatan RM1.6 billion , untuk di manfaatkan seluruh rakyat negeri Selangor.

“ Tiada gunanya, pendapatan negeri besar, negeri kaya tetapi anak-anak golongan remaja, belia tidak dapat manfaat kekayaan negeri ini”.

Tambah Azmin lagi, kerajaan negeri Selangor yang mengamalkan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), telah menghasilkan ekonomi negeri yang sangat baik .

Keuntungan tersebut bukan untuk menteri besar, bukan untuk ADUN, dan bukan Ahli Parlimen, tetapi diagih dengan adil kepada seluruh rakyat negeri Selangor, katanya ketika Majlis Perasmian Padang Futsal Taman Batu Caves baru –baru ini.

Menurut Azmin, Kerajaan negeri bukan sahaja memberi bantuan kepada belia tetapi seluruh rakyat Selangor di beri bantuan tanpa kira umur, bangsa dan parti.

Hal ini telah terbukti apabila kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 700 Juta ringgit untuk di berikan kepada rakyat Selangor melalui air percuma 20ml padu , bantuan Tabung Anak-Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan sebagainya.

Keuntungan yang di perolehi boleh kita simpan tetapi buat apa disimpan jika rakyat di himpit kesusahan ekonomi. Justeru itu, Tan Sri Khalid bersetuju untuk mengagihkan kepada rakyat untuk di manfaatkan sebaiknya.

Inilah cara pengurusan pentadbiran yang dilakukan kerajaan negeri Selangor dengan hanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang tulus, tidak mengambil rasuah, jujur dalam mentadbir negeri dan sentiasa berusaha menaikkan ekonomi Negara untuk kebaikan rakyat.

Saya juga merakamkan terima kasih kepada semua pihak berwajib iaitu ketua-ketua kampung, Ahli Majlis, Nazir Masjid, AJK surau yang banyak membantu kerajaan negeri menjaga keharmonian kawasan ini dengan menjadi transformasi yang besar kepada rakyat.

Sementara itu, Amiruddin Shaari, ADUN Batu Caves dalam ucapannya menyatakan, alhamdulilah dengan hasil pertemuan bersama penduduk di Kampun Baru, Batu Caves, mereka telah menyuarakan hasrat kepada kita untuk membina padang futsal.

Hasrat mereka telah kita bincang dengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Peransang dan MSNS Holding Sdn Bhd.

Mereka bersetuju untuk bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti sosial secara sihat kepada generasi muda dengan beri peruntukan RM75,000.00 untuk bangunkan padang futsal ini.

Insya-Allah dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kita akan bangunkan padang ini untuk dimanfaatkan sebaiknya golongan remaja dan belia.

Jelas Amir lagi, dalam membantu ekonomi rakyat kerajaan negeri telah menyediakan beberapa kemudahan seperti menyediakan bantuan pinjaman mikro kredit untuk perniagaan dan sebagainya.

Bagi golongan belia, kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan RM10 Juta untuk mereka mengadakan berbagai program. Dengan peruntukan diberi, di sekitar DUN Batu caves telah membina lima buah padang futsal.

Antaranya Kampung Laksamana, Kampung Baru, Kampung Melayu, Sungai Tua Tanah Gantian dan Taman Batu Caves.

Semoga dengan bantuan dan usaha yang di mainkan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk meminta peruntukan belia di peringkat Gombak kepada Tan Sri Khalid dalam melahirkan generasi sihat dimanfaatkan sebaiknya,kata Amir yang merupakan Pembantu Exco Belia.

Mohd Razali Yusof, 33, berkata alhamdulilah keinginan belia dan remaja untuk adakan padang futsal di Taman Batu Caves telah tercapai jika tidak ramai belia disini terpaksa keluar daripada kawasan Batu Caves untuk beriadah dan memerlukan kos yang tinggi. Dengan adanya kemudahan ini dapat meringankan bebanan belia, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Haron Din, Taib, Ismail tiada di rumah Hasan Ali


KUALA LUMPUR, 11 Jan: PAS hari ini mengesahkan bahawa laporan berita mengenai kehadiran beberapa pemimpin PAS yang dilaporkan berada di rumah bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Ahad malam yang lalu adalah palsu.

Selepas Hasan dipecat pada siang hari, media melaporkan bahawa ramai pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.

Antara nama yang disebut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.

“Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa mantan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir bersama presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk memberikan sokongan moral kepada Hasan ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya terlebih dahulu.

“Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.

Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti,” tegas Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga menasihatkan semua ahli dan pimpinan parti untuk menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.

“Dalam suasana ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir,” seru beliau.


Editor : Khaulah Azwar

PKR tunjuk bukti, dakwa wang zakat disalahguna



K. LUMPUR, 11 Jan: PKR hari ini mendedahkan bukti terhadap dakwaan mereka berhubung salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.


Bukti itu termasuk set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

"Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazni Nik Ahmad (gambar atas) pada sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini.

Katanya, Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

"Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera," katanya lagi.

Ekoran itu, beliau akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berhubung dakwaan salahguna wang zakat tersebut.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI