Thursday, July 18, 2013

SPR Pilih Syarikat Lemah Untuk Bekal Peralatan Pilihanraya

Kerajaan Negeri Peruntuk RM800,000 Baikpulih Gelanggang Futsal Untuk 56 DUN


SHAH ALAM: Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata dalam sidang DUN baru-baru ini kerajaan Negeri  akan memperuntukan RM 800,000 setahun bagi tujuan penyelenggaraan,  membaikpulih dan naiktaraf infrastruktur sukan di seluruh Selangor.
“Peruntukan itu termasuk bagi kerja membaiki dan menyelenggara gelanggang futsal, Jumlah penyelenggaraan serta naik taraf infrastruktur sukan untuk Selangor adalah RM 800,000 setahun.
Dari jumlah itu, setiap RM 16,000 akan diagihkan kepada 56 Dun seluruh Selangor untuk kerja baikpulih atau naik taraf kemudahan sukan termasuk gelanggang futsal, katanya bagi menjawab pertanyaan ADUN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

Menurut Dr Yunus  ia tidak begitu besar tetapi  kerajaan negeri akan melihat keutamaan kawasan tertentu dengan mengenal pasti kerosakan teruk akan  dibaiki segera.

Ucapan Ramadhan ADUN Batu Caves Untuk Semua Umat Islam

Ramadhan yang mulia kembali lagi, sewajarnya kita merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana masih diizinkan menemui kembali Ramadhan- bulan mulia yang menjanjikan lipatan ganjaran dan rahmat kepada umat Islam yang berpuasa dan mempergiat amalan mulia.


Ramai sahabat handai dan saudara - mara sekeliling kita tidak berkesempatan bertemu Ramadhan kerana dijemput Ilahi,  justeru marilah kita merebut kesempatan yang masih berbaki bagi bekalan kita dikemudian hari.

Dalam bulan Ramadhan selain dari berpuasa dan meningkatkan amalan kerohanian umat Islam juga secara tidak langsung disedarkan kedudukan kita di mata Allah adalah setaraf tanpa perlu membilah kedudukan berdasarkan kaum, kedudukan, pangkat dan kekayaan.Tetapi kacamata Allah mengukur taraf manusia ialah berdasarkan sejauh dan sedalam mana keimanan dan ketaqwaan mereka.

Melalui Ramadhan dengan tertib mampu mengasuh hati dan akhirnya membenihkan ttingkah laku yang mulia. Sewajarnya orang yang berpuasa akan menjauhi amalan bersifat perkauman dan bertindak zalim kepada manusia sebagaimana hikmah dan tunjuk ajar yang dipandu Al Quraan

Tahun ini seperti biasa Pusat Khidmat Dun Batu Caves turut tidak mahu ketinggalan dalam usaha memeriahkan sambutan Ramadhan tahun ini termasuk beberapa program tradisi seperti solat tarawikh bersama jamaah masjid/surau, berbuka puasa bersama asnaf, sumbangan Ramadhan dan Syawal serta program lawatan-lawatan ke premis dan kawasan tumpuan rakyat seperti bazar Ramadhan dan Pasar Pagi.

Dalam kesempatan ini saya mewakili kerajaan negeri Selangor, Pakatan Rakyat Selangor dan Gombak ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua dan mendoakan segala amalan mulia kita dinilai ganjaran pahala disisi Allah.

Ramadhan Bulan Rahmat & Keampuanan 

Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan”. 


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI