Tuesday, March 27, 2012

Bukti Hasan Ali Paling Tinggi Ubah Suai Pejabat, Dr Halimah Tiada







SHAH ALAM, 28 Mac: Tiada sebarang ubahsuai  Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dibuat sebelum sehingga hari ini,   kami hanya tumpang pejabat pihak lain.

"Kalau adapun kita tambah perabut sedikit yang tidak sampai RM1,000 pun," kata Setiausaha Dr Halimah, Puan Nur Kamarina.

Jelas beliau perkara ini kepada media ekoran teka teki yang wujud selepas pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Khalid dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri semalam memaklumkan semua perbelanjaan pengubahsuaian pejabat Exco kerajaan negeri Selangor.

Khalid tidak memberikan sebarang maklumat terhadap berapa jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Dr Halimah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia untuk mengubahsuai pejabatnya.

Namun Khalid berkata, "semua exco telah mengikuti semua prosedur perbelanjaan ubahsuai pejabat yang ditetapkan kerajaannya negeri. Justeru , perkara itu tidaklah perlu menjadi isu".

Pengumuman ini dibuat oleh Khalid ekoran tuduhan bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa pejabat Dr Halimah paling banyak membuat ubahsuai.

Hasan Ali berkata demikian ketika menjawab tuduhan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang mendakwa Hasan paling banyak berbelanja untuk membuat ubahsuai pejabatnya semasa beliau menjadi Exco iaitu lebih RM300,000.

Khalid dalam jawapannya semalam memberitahu, Hasan telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

"Berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain," katanya.

Belanja ubahsuai pejabat exco yang lain mengikut prosedur kerajaan negeri adalah Ean Yong Hian Wah (RM146,000), Rodziah Ismail (RM119,000), Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Dalam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat.

Dr Halimah ketika menjawab tuduhan Hasan Ali itu menjemput semua wartawan dan jurugambar untuk datang ke pejabatnya bagi melihat ubahsuai yang didakwa Hasan Ali itu.

“Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” kata beliau yang juga Adun Selat Klang ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor.




Editor : Khaulah Azwar

Program MES DiSabotaj Melalui SMS DiLapor Polis

SHAH ALAM 27 MAC : Unsur sabotaj melalui pesanan ringkas SMS yang dilakukan oleh Umno-BN berhubung Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dikenal pasti dan akan diambil tindakan sewajarnya.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dalam pergulungannya di Dewan Undangan Negeri hari ini berkata perkara itu sudah dilaporkan pada Polis.

Katanya, banyak program MES telah disabotaj antaranya program Jom Shopping dan Skim Kesejahteraan Rakyat.

Sebelum ini katanya, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan didatang orang ramai di Pusat Khidmat beliau kerana terdapat SMS yang dihantar kepada mereka supaya datang mengambil baucher RM1,000 di Pejabat beliau.

Bagaimanapun katanya, skim itu tidak pernah diumumkan tetapi isu itu dibuat secara berleluasa di akhbar media pembangkang yang menggunakannya sebagai medium perantaraannya.

“Saya telah banyak menerima aduan. Isu ini telah dihebohkan secara berleluasa. Yang sebenarnya media mereka sentiasa memberi fakta-fakta yang salah dan ada unsur-unsur sabotaj supaya rakyat negeri ini akan keliru,”katanya.

Rodziah yang juga Adun Batu Tiga berkata baru-baru ini terdapat hebahan di Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengenai program Jom Shopping.

“SMS itu mengatakan sesiapa sahaja layak untuk menerima bantuan dalam program itu, maka akhirnya menimbulkan kacau bilau di pasaraya.

“Begitu juga minggu lalu, ramai rakyat beratur seawal jam lapan pagi di Pejabat Penyelaras DUN Paya Jaras kononnya mendapat SMS bahawa mereka akan menerima RM800 ringgit sebagai saguhati,”katanya.

Justeru katanya, beliau mencabar pihak pembangkang supaya berani berlawan di gelanggang secara betul dan telus.

“Saya mncabar pembangkang dan saya ingin juga melihat, kalau berani sebagai anak jantan masuk gelanggang secara betul..kita akan tengok nanti.

“Pada saya jangan ingat rakyat selangor ini tidak pandai..saya kesian melihat rakyat selangor yang sentiasa dimain-mainkan dengan fakta yang tidak betul. Kita mahu supaya rakyat ini dapat informasi yg betul, tepat, dan biar mereka yg tentukan sapakah yg bakal mereka pilih untuk mewakili mereka di dun masing-masing.

“Jadi isu telah mnjadi satu budaya yang sepatutnya semua rakyat renung-renungkan siapakah yang wajar dipilih akan datang,” katanya.

Najib: Telunjuk lurus kelingking berkait



SHAH ALAM, 27 Mac: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

"Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah Husin (gambar) , Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Bagi beliau, Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan.

Program transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran, tambahnya.

"Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan," dakwa Faekah dalam kenyataannya.

Rakyat di Negara ini, katanya, terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta.

Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai.

Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.

Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur.

Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.

Bagi Faekah, sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga.


Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera, tegas beliau.

Katanya, rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat.

Justeru, katanya, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI