Sunday, May 10, 2015

Penjelasan Pengerusi TH pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

Hari ini ramai rakyat Malaysia tertunggu-tunggu penjelasan Tabung Haji mengenai transaksinya dengan 1MDB.

Akhirnya, penjelasan yang dinantikan itu bertukar menjadi kekecewaan. Ia tidak lain hanya kenyataan untuk mengesahkan Tabung Haji telah selesai melaksanakan ‘tugas sucinya’ membayar RM188.5 juta kepada 1MDB. Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.


Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa S n P dimetrai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan. Juga isu-isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan. Tiga hari sebelumnya, orang yang sama menafikan Tabung Haji terlibat dengan sebarang transaksi bersama 1MDB.

Hari ini, beliau pula mengesahkan. Di mana kredibiliti beliau? Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam satu dua minggu ini dengan keuntungan RM5 juta. Katanya, atas nasihat Perdana Menteri yang diterimanya pada pagi ini.

Pada masa yang sama, penjualan itu telah diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji walaupun pada asalnya Lembaga Tabung Haji enggan menjual tanah berkenaan. Terdapat pelbagai persoalan di sini.

Bilakah mesyuarat Lembaga yang telah meluluskan penjualan itu bersidang? Jika sebelumnya ia enggan menjual tetapi selepas mendapat nasihat PM pada pagi ini, ia mengubah pendiriannya dengan bersetuju menjual. Jika telah bersidang, adakah dalam tempoh sesingkat itu, satu kertas yang lengkap sebagai asas pertimbangan keputusan dibuat dapat disiapkan? Adakah dengan ‘nasihat PM’ sebuah Lembaga boleh menukar keputusannya sebegitu mudah? Jika itu kedudukan Lembaga TH, bagaimana kita boleh meyakini ia telah membuat keputusan pembelian itu sebelum ini tidak semata-mata hanya atas ‘nasihat PM’? Untuk rekod, PM juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Penjelasan Pengerusi TH pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

HUSAM MUSA
Naib Presiden PAS  

Hari ini ramai rakyat Malaysia tertunggu-tunggu penjelasan Tabung Haji mengenai transaksinya dengan 1MDB. Akhirnya, penjelasan yang dinantikan itu bertukar menjadi kekecewaan. Ia tidak lain hanya kenyataan untuk mengesahkan Tabung Haji telah selesai melaksanakan ‘tugas sucinya’ membayar RM188.5 juta kepada 1MDB. Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf. Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa S n P dimetrai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan. Juga isu-isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan. Tiga hari sebelumnya, orang yang sama menafikan Tabung Haji terlibat dengan sebarang transaksi bersama 1MDB. Hari ini, beliau pula mengesahkan. Di mana kredibiliti beliau? Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam satu dua minggu ini dengan keuntungan RM5 juta. Katanya, atas nasihat Perdana Menteri yang diterimanya pada pagi ini. Pada masa yang sama, penjualan itu telah diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji walaupun pada asalnya Lembaga Tabung Haji enggan menjual tanah berkenaan. Terdapat pelbagai persoalan di sini. Bilakah mesyuarat Lembaga yang telah meluluskan penjualan itu bersidang? Jika sebelumnya ia enggan menjual tetapi selepas mendapat nasihat PM pada pagi ini, ia mengubah pendiriannya dengan bersetuju menjual. Jika telah bersidang, adakah dalam tempoh sesingkat itu, satu kertas yang lengkap sebagai asas pertimbangan keputusan dibuat dapat disiapkan? Adakah dengan ‘nasihat PM’ sebuah Lembaga boleh menukar keputusannya sebegitu mudah? Jika itu kedudukan Lembaga TH, bagaimana kita boleh meyakini ia telah membuat keputusan pembelian itu sebelum ini tidak semata-mata hanya atas ‘nasihat PM’? Untuk rekod, PM juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Penjelasan Pengerusi TH pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia. HUSAM MUSA Naib Presiden PAS Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 5/10/2015 02:03:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook POLITIK/SEMASA 3 ulasan: Tanpa Nama10 Mei 2015 2:27 PTG PegI togel kat Najibon dia lagi terdesak memetlukan togel togelan ksmu tu Balas Tanpa Nama10 Mei 2015 3:41 PTG hahahhah...togelannnnnn Balas Tanpa Nama10 Mei 2015 10:26 PTG Mentri bertanggung jawap pasal agama, tak takut Najib kah? Apa sekarang baru sedar ALLAH lebih berkuasa dari Najib, jangan pula buat u-turn nanti. Selalunya banyak bodek Najib. Benda yang salah tetap salah, kemana pun kita mempertahankan hingga kelubang kubur, ia tidak akan menjadi benar. Ini bukan fitnah, betul betul berlaku, macam dalam film cerita P. Ramlee pula. Balas Muatkan lagi... PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom) BACAAN PANTAS : FEED BACAAN PANTAS PAYPAL : SUMBANGAN DANA - INFAQ / DONATION GERAK KERJA TEAM RAKYAT MARHAEN RAKAN FACEBOOK [NetworkedBlogs] Follow this blog Followers Banner Ad widgets Alexa Certified Traffic Ranking for http://wargamarhaen.blogspot.com/ Blackberry Application - Rakyat MarhaenPakatan News Blackberry Application - Rakyat MarhaenPakatan News KLIK IMAGE - FREE DOWNLOAD Blackberry World Application - RAKYAT MARHAEN (v1) Scan the QR code above to download the app. Download at http://appworld.blackberry.com/webstore/content/25538885/?lang=en&countrycode=MY Laman utama TERIMA KASIH PENGUNDI TERIMA KASIH PENGUNDI DAN PETUGAS PRK RUANG IKLAN UNTUK DISEWA - SILA EMAIL UTK MAKLUMAT LANJUT SILA EMAIL KE wargamarhaen@gmail.com Follow by Email

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI