Thursday, July 12, 2012

Tazkirah Jumaat : Bilakah Masanya Untuk Kita Berehat?




"Tentu kita pernah tertanya-tanya bilakah agaknya kita boleh berehat. Seakan-akan tiada penghujung kehidupan ini. 
 
Asyik dengan beban, kerja, perjuangan, ibadah dan lain-lain sehingga bisa memenatkan. 

Soalan ini pernah ditanya oleh Abdullah bin Ahmad kepada bapanya, Imam Ahmad bin Hanbal iaitu seorang tokoh ulama yang kita kenal namanya hingga sekarang.

“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:

“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”

Suara editor : Hidup tiada pernah berehat kerana banyak perkara perlu dilaksanakan bagi orang2 yang beriman dan beramal solih. 

Kita akan rehat apabila nafas kita akan terhenti.. apakah persiapan kita sudah mengcukupi..maafkan diri ini semua yang mengenali.:(

Pengakuan Biadap SPR


Panas! Pegawai SPR memang Mangkok Ayon!! 'Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi''  

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, seorang bekas pegawai pilihan raya yang menjaga parlimennya pada tahun 2008 memberitahunya beliau tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang sekiranya pegawai tersebut kembali menjaga kawasannya.
Sentiasa mendoakan tembelang SPR akan terbuka.. Moga Allah sentiasa membantu kita.

Dalam ucapan di majlis makan malam anjuran PKR Lembah Pantai malam tadi, Nurul Izzah berkata, beliau terjumpa dengan pegawai pilihan raya yang enggan namanya disebut itu selepas berjumpa dengan Datuk Bandar petang semalam. 

"Saya sebenarnya tidak sengaja bertemu dengan bekas pegawai pilihan raya pada tahun 2008 yang mana dia yang mengumumkan kemenangan saya pada pukul 2 pagi pada ketika itu. 

"Saya jumpa dan saya kata pada dia, ''selepas ini, jaga Lembah Pantai lagi ke?'' Kita perlu berbaik dengan semua orang. Itu yang diajar walaupun kita mempunyai latar belakang politik yang berbeza. 

"Tetapi dia jawab ''Tidak, kalau saya jadi pegawai pilihan raya Lembah Pantai, YB tidak akan menang lagi''," kata Nurul Izzah kepada kira-kira 1,000 orang hadirin.

Majlis makan malam tersebut diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Thien Hau Temple.


 Ia turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. 


Sehubungan itu, kata Nurul Izzah berkata, beliau akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perbualannya dengan pegawai tersebut.  Katanya, tindakan pegawai tersebut bukan sahaja biadap tetapi turut tidak mempamerkan sikap SPR yang dikatakan akan melaksanakan transformasi dalam pilihan raya. 


''Bolehkah anda semua bayangkan, dalam pada SPR cakap akan laksanakan transformasi, SPR sudah melaksanakan semua tuntutan BERSIH, tapi bila jumpa pegawai pilihan raya yang akan menjadi pegawai pilihan raya lagi, boleh kata ''kalau jaga Lembah Pantai YB tidak akan menang lagi''. 


''Bagi saya ini tindakan yang biadap. Saya akan pastikan saya menulis surat kepada SPR tentang perbualan ini. Anda suka ke, tak suka ke parti itu, kerja perlu profesional, perlu objektif," kata Nurul Izzah lagi.


 Sementara itu, majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada 'Elvis Presley Malaysia', HT Long, yang menyanyikan dua buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan berjudul 'Now or Never'.


Anwar yang menghafal lirik lagu tersebut turut secara spontan naik ke atas pentas dan bernyanyi bersama sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Kerajaan Selangor Peruntuk RM 5 Juta Untuk Pelebaran Jalur Internet



SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan, kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Ujar Rodziah “Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan.
Inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan”.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan kesemua masjid dan surau di negeri ini mendapat kemudahan wifi percuma.

 “Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri (DNS). 

 Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.

Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.

“Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi,” katanya.


Editor : Khaulah Azwar

Adun Umno-BN Tidak Ikut Tatacara DUN, Panggil Exco “You”.

SHAH ALAM : Dua Adun Umno-BN ditegur dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini berhubung tindakan mereka yang tidak mengikut tatacara DNS.

Di awal perbahasan, Sulaiman Abdul Razak (Permatang – BN) di tegur Speaker, Datuk Teng Chang Khim kerana tidak meminta izinnya untuk bertanya soalan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Dr. Halimah Ali.

Malah, Sulaiman turut tidak memanggil Teng dengan panggilan ‘Tuan Speaker’ apabila bercakap dengannya di dalam DNS itu.

Teng berkata perbuatan Sulaiman itu seolah-olah membelakangkan peranan Speaker sebagai Ketua Dewan.

“Adun sepatutnya meminta izin (laluan) daripada saya sebelum ingin mencelah atau mengemukakan soalan kepada pembahas. Dalam mana-mana mesyuarat seorang ahli perlu meminta izin pengerusi sebelum bertanyakan soalan.

“Ini tidak, dengan saya pun Yang Berhormat tidak panggil saya ‘Tuan Speaker’, sedangkan bercakap terus kepada saya,” katanya.

Sementara itu, selang beberapa minit kemudian, Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali-BN) turut diberikan teguran yang sama oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamad Talha.

Beliau ditegur kerana bercakap menggunakan panggilan ‘You’ kepada Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika mengajukan soalan.

Bagaimanapun, beliau memberi alasan terpaksa menggunakan panggilan  itu kerana Timbalan Speaker lambat bertindak.

“Panggilan yang sepatutnya ialah Yang Berhormat (YB) atau Ahli Dewan bukan ‘You’,” tegur Haniza.

Suara editor : wakakah... bila jadi macam ini,  teringat pagi semalam breakfirst , UMNO-PAS  yb2 (Yang bersara) bersidang dekat Taqwa, lawak2 sidang semua ada, buat ana tersenyum.. terkial2 nak menelan makanan sebab tekak sakit.. tapi sebab nak jaga hati orang gagahkan juga untuk makan bersama. 

Walaupun ideogi politik berbeza namun masih lagi bershabat. Moga dibuka pintu hati mereka satu hari nanti.  Tq semua yb2..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI