Tuesday, September 25, 2012

ADUN Desak Turun Harga Kereta, Jangan Main Isu Perkauman

Batu Caves : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari mendesak Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI)  agar memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta kerana semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) kini sedang dijalankan.

“Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan”.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu atau Bumiputra) akan hilang pekerjaan.

Parti KEADILAN  telah mengambil salah satu pertimbangan utama mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing.

KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.

Tambah Amiruddin lagi, sebenarnya Umno/Barisan Nasional yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun 2005.

Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.

Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik.

Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputra.

Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan Nasional.

Jelasnya lagi, KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat. Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara, bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.

Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru, Amiruddin kata demikian ketika media  meminta beliau mengulas isu berbangkit.

Sementara itu,  salah seorang penduduk Kampung Wira Damai Shahimi Hj Hashim pula berkata , harga kereta wajar di turunkan kerana pendapatan isi rumah majoriti adalah kurang daripada RM3000 sebulan.

Jika harga kereta tidak diturunkan  ini memberi bebanan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan muda.

Menurut Shahimi, selain kenaikan harga kereta, rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak  RON97  yang telah naik sebanyak RM3 perliter tanpa diumumkan kepada rakyat. Sebelum ini harga RON97 seliter RM2.70.

Ini belum lagi kos pembelian rumah semakin meningkat sehingga rakyat tidak mampu untuk membeli rumah lagi. Kebanyakan ramai rakyat Malaysia hanya mampu menyewa dengan kadar RM700 sebuah rumah.

Justeru, saya harap pihak berwajib memikirkan masalah rakyat Malaysia, jika tidak apakah  yang dikatakan janji ditepati, pencapaian diutamakan sesuai di gunakan, soal Shahimi ketika ditemubual oleh media di Dewan Siantan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Editor : Khaulah Azwar


PRK: Pengerusi Pro Mahasiswa di Belasah Teruk

Gombak, 25  September: Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa telah dipukul oleh lima orang samseng yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Beliau berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta Kancil telah menyekat laluan motosikalnya dan mengarahkan beliau ke satu kawasan yang gelap.

Salah seorang daripada samseng tersebut turun dari kereta tersebut dan menghayunkan topi keledar ke badan beliau sehingga terjatuh daripada motosikal.

Setelah itu, lima orang samseng tersebut memukul dan menghentak beliau dengan topi keledar di kepala. Mereka juga menumbuk dan menerajang di perut beliau.

Kesan serangan itu menyebabkan beliau luka dan lebam di bahagian muka.

Sementara itu,  rakan serumahnya, Syis Abdul Kadir yang juga Presiden PMIUM, mereka hanya mengetahui kejadian itu apabila menyedari Edikoup terbaring dipintu rumah awal pagi tadi.

Katanya, "dia tidak cerita apa-apa dan kami nampak dia terbaring di hadapan pintu rumah. Dia kata rasa sakit di muka dan badan. Dan baru pagi ini dia sedar dan menceritakan kepada kami apa yang yang telah berlaku," katanya ketika dihubungi media.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Edikoup di Balai Polis Seksyen 17, Petaling Jaya berkenaan serangan tersebut.

Difahamkan, Edikoup kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Syis lagi, Edikoup ada menceritakan bahawa dia ada menerima beberapa kali ugutan oleh samseng sebelum dia diserang

"Kali pertama semalam dua samseng datang ke rumah dan menguugut dengan berkata "kau ingat apa yang kau dah buat" dan mengugut akan melanggar beliau.

"Kali kedua ketika di Jalan Mahameru juga dua orang samseng datang ugut benda sama kira-kira jam 12 malam tadi," katanya.

Menurut Syis lagi, Edikoup kini masih dalam keadaan trauma dan beliau masih belum mahu berjumpa dengan sesiapa.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI