Sunday, April 7, 2013

MB Selangor Minta PBT Turun Kain Rentang Hina Individu Tempoh Kempen PRU13


SHAH ALAM, 8 APR : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor  menurunkan kain rentang yang berunsur menghina dan menjatuhkan maruah seseorang semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
 Beliau berkata, PBT juga perlu memastikan tiada perbuatan menurunkan bendera parti politik kecuali jika ia dipasang di tempat yang tidak selamat.
Menurut Khalid, mana-mana kain rentang dan papan iklan yang dipasang di bahu jalan yang mengganggu pengguna jalan raya juga hendaklah dialih ke tempat sesuai.
“Penting untuk kedua-dua pihak memastikan tiada insiden yang boleh menjurus kepada pergaduhan antara penyokong parti politik.
“Justeru, pemimpin dan penyokong mesti menjaga etika dan sentiasa mengutamakan keharmonian.
Jelasnya lagi “sebagai salah seorang pemimpin yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya kali ini, saya mahu PRU-13 diingati sebagai pilihan raya penentu masa hadapan.
“Bukannya paling kotor sehingga memalukan kita dan generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa 3 April lalu, bagi membuka jalan untuk pilihanraya ke-13.
Dewan Negeri Selangor (DNS) juga dibubarkan secara rasminya pada 4 April apabila Warkah Pembubaran ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di hadapan Menteri Besar serta Ahli-Ahli Dewan Diraja.

Editor : Khaulah Azwar

Umno Solat Tapi Tidak Mendapat Pahala? Suatu Pencerahan




Apabila seorang pimpinan itu sering bercakap dusta, menipu rakyat, tak menepati janjinya, jual harta rakyat sewajarnya rakyat menolak habis-habisan pimpinan begitu. UMNO -BN harus di kuburkan pada PRU13.


UMNO-BN Muka Tak Malu, Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR 8 APRIL : Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini telah di ciplak pakai oleh UMNO-BN.

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi  UMNO- BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam  semalam, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.
“Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.
Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini  semalam.
Contohnya manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
“Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.
“Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA,” katanya.
Sehubungan itu, Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar “melepas batuk di tangga” dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI