Wednesday, June 9, 2010

Sabah bakal musnah paya bakau pelindung Tsunami

TUARAN: Lebih 1,000 penduduk dari empat kampung di sini yang mengharapkan sumber hutan dan sungai untuk hidup, bakal kehilangan mata pencarian jika kerajaan meneruskan hasrat meluluskan pemberian kawasan paya bakau 400 hektar berhampiran perkampungan itu kepada syarikat swasta untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.

Mereka membabitkan 400 penduduk Kampung Simpangan, Kampung Sudot (200), Kampung Indai (200) dan Kampung Termenung (300). Sebahagian besar penduduk menyifatkan langkah menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan bukan langkah bijak kerana menjejaskan pendapatan harian mereka yang menjadikan sungai sebagai lubuk menangkap ikan, ketam dan siput sejak sekian lama.

Berikutan itu, mereka merayu kerajaan membatalkan kelulusan pemberian kawasan berkenaan bagi mengelak pelbagai kesan buruk kepada ekonomi masyarakat setempat.

Penduduk Kampung Simpangan, Marsah Muyong, 60, berkata jika tanah terbabit dijadikan destinasi pelancongan, penduduk akan terkapai-kapai kerana kehilangan sumber pendapatan hakiki.

"Malah, tindakan meluluskan pemberian kawasan paya bakau 400 hektar itu juga akan menyebabkan kami kehilangan tanah warisan untuk diperturunkan kepada anak cucu.

"Kerajaan sepatutnya memberi tanah itu kepada penduduk kampung berhampiran tidak bertanah untuk dijadikan tapak mencari rezeki," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Difahamkan, syarikat yang diberi kelulusan memajukan kawasan itu sudah mula menemuduga pekerja bagi mengawasi hutan paya bakau itu daripada diceroboh.

Empat kampung berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman diwakili Datuk Hajiji Mohd Noor dan Parlimen Tuaran diwakili Datuk Wilfred Bumburing.

Marsah yang mendakwa sudah 50 tahun mendiami perkampungan berhampiran kawasan paya bakau itu berharap kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya bagi membolehkan mereka tidak terputus sumber pendapatan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpangan, Rusnin Laseh, 54, berkata pemberian tanah warisan penduduk itu kepada syarikat swasta tidak seiring dengan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

"Berdasarkan pengalaman lalu, beratus hektar tanah di daerah ini yang sepatutnya dikekalkan sebagai tanah penduduk kini menjadi milik syarikat swasta, kononnya untuk dimajukan sebagai pusat peranginan.

“Langkah itu tidak memberi manfaat kepada penduduk setempat," katanya.

Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang

GOMBAK, 8 Jun: Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini.

Khaulah Said : Sabar dalam ujian buat semua akhie gombak.. tarbiyah ALLAH pada kita semua.. insya-ALLAH pertolongan ALLAH di beri.. jadikan ia satu kekuatan dalam menghadapi musuh2 ALLAH..

Ana bersama shbt2 JKP tak dapat menghadirkan diri krn terpaksa pindahkan barang2 pej yang telah pun siap namun hati kami melonjak2 nak siapkan semua kerja dan pergi ke ceramah tersebut namun keadaan benar2 tak mengizinkan.

Dalam kekalutan mengemas pej tu kami dikhabarkan pemuda, unit amal gombak ditahan.. pemuda JKP semua berkumpul pej ana,.. semua memasanga strategi & nekad utk ke Selayang sebagai sokongan.. Hati kami geram apabila sahabat2 kami ditahan, namun kami yakin pertolongan ALLAH diberi kepada mereka.. krn mereka adalah insan2 terpilih oleh ALLAH yang sangat mantap dalam dunia perjuangan.. TAKBIR.. ALLAHHUAKHBAR..

Erm.. Ustazah Wani sabar dengan berita Uts Hasbullah kena tahan,

Alfian : Maiz yang sarat mengandung.. semoga tidak melatah dengan apa yang berlaku, ana yakin adk2 ana sudah mantap dengan perjuangan yang banyak mehnah & tribulasinya..

Utz Sharhan, Damanhuri.. semoga kalian sentiasa menjadi contoh kepada pemuda2 gombak utk teruskan perjuangan ini..moga tidak terdetik dihati untuk menarik diri apabila ditahan, anggap ini didikan ALLAH pada kalian.. insya-ALLAH.. semoga ujian diberi ada hikmahnya dan kami semua sentiasa doakan kalian terus tabah..amiin ya rab..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI