Monday, May 31, 2010

Adun Menjiwai Hati Pesakit


Gombak – Ingin juga turut bersama rakan-rakan seusia dalam Majlis Ramah Mesra Usia Emas yang telah dianjurkan oleh PKM Dun Gombak Setia baru-baru ini, namun keadaan tidak mengizinkan kepada insan- insan yang semakin hari semakin senja usianya.

“Kadangkala rasa berbagai perasaan yang menghantui jiwa apabila diuji dengan berbagai kesakitan. Namun dikuatkan hati untuk teruskan sisa-sia kehidupan ini”. Siapakah mengerti penderitaan seorang pesakit.

Inilah rintihan hati insan-insan warga emas ketika lawatan yang diadakan oleh Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia baru-baru ini.

Sebelum meneruskan tanggungjawab untuk menghadiri Program Ramah Mesra Usia Emas Y.B Dato’ telah menziarahi beberapa orang Warga Emas yang dalam keuzuran di sekitar Tmn Setia Gombak.

Beliau berkata, lawatan ziarah kepada pesakit adalah 1 kewajipan kepada kita sebagai orang ISLAM apabila kita dikhabarkan berita jiran/ rakyat yang mengalami keuzuran.

Semoga dengan kunjungan kita kepada pesakit akan diiringi para malaikat untuk turut mendoakan mereka agar dikurniakan kesihatan yang baik kepada pesakit. Sekurang-kurang pesakit juga merasa terhibur dengan kedatangan kita kerana sudah pasti saat mereka dalam kesakitan mereka memerlukan seseorang untuk memberi kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan ini.

Insya-ALLAH saya berhasrat untuk mengadakan 1 program motivasi kepada pesakit agar mereka dapat kekuatan baru dan tidak merasa kecewa untuk teruskan kehidupan apabila diberi kesakitan. Setiap kesakitan yang diberikan oleh ALLAH swt adalah kifarah kepada kita dan menguji iman kita samada kita redha / tidak, katanya selepas menziarahi pesakit-pesakit warga emas di Tmn Setia Gombak.

Y. B Dato’ Hasan B. Mohd Ali telah memberi sumbangan dan cenderahati kepada pesakit iaitu Che Su Bt Pin, 86thn yang mengalami sakit tua yang kini tinggal serumah dengan anaknya, Hj Ariffin Adnan yang juga mengalami keuzuran.

Selain daripada itu, Y. B Dato’ Hasan juga telah menziarahi Hj. Taib Hj Hasan, usia 70thn , yang kini mengalami stroke. Beliau telah mengalami sakit tersebut selama 7 thn telah dijaga oleh isteri beliau yang tidak bekerja.

Beliau sempat juga berpesan kepada yang turut menghadiri penyampaian sumbangan dengan mengatakan Kasihkan kepada anak-anak kecil kerana ianya mengingatkan kita kepada zaman silam dan hormati orang tua yang mengalami keuzuran kerana disitu kita akan diingatkan oleh ALLAH swt kita juga akan merasa zaman tua dan mengalami kesakitan 1 hari nanti.

Semoga dengan peringatan kata-kata tersebut menjentik hati-hati yang turut bersama beliau agar sentiasa mengingati ALLAH swt, mengingati kematian dengan merebut melakukan perkara – perkara kebaikan, mengasihi anak kecil dan menghormati orang yang lebih tua.

Editor : Khaulah Azwar

Melaka & Negeri Sembilan: 60 penduduk tolak jumlah pampasan

60 PENDUDUK TOLAK JUMLAH PAMPASAN

Berita Harian 28 Mei 2010

Penghuni Pekan Pulau Sebang dakwa harga tidak memadai

ALOR GAJAH: Cadangan pengambilan tanah untuk pembangunan semula Pekan Pulau Sebang, dekat sini, tergendala, apabila kira-kira 60 orang daripada 250 penduduk di Kampung Pulau Sebang yang terbabit dengan projek berkenaan, menolak jumlah pampasan ditawarkan kerajaan negeri.

Penduduk mendakwa pampasan kerajaan negeri iaitu antara RM7.19 hingga RM9.15 bagi sekaki persegi itu tidak memadai kerana bukan mengikut harga semasa berbanding penilaian pernah dibuat oleh penduduk dengan sebuah syarikat swasta. Sebelum ini, sebahagian besar penduduk di situ sudah memberi persetujuan untuk menyerahkan tanah masing-masing, yang membabitkan pampasan berjumlah antara RM300,000 hingga RM400,000 setiap seorang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, susulan perkembangan baru itu, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan semula dengan penduduk terbabit bagi mencari jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut di Stesen Keretapi Pulau Sebang, dekat sini, beliau berkata, perbincangan itu akan bertumpu kepada kadar nilai tanah yang diinginkan oleh penduduk kampung terbabit.

Kerja pengambilalihan tanah di kawasan terbabit sebelum ini, mencetuskan masalah apabila sebahagian kecil daripada penduduk dilaporkan agak keberatan untuk menyerahkan hak milik tanah kepada pihak pemaju walaupun disediakan pampasan.
Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, beliau sudah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Katanya, jika isu mengenai pengambilan tanah itu tidak diselesaikan segera ia bakal membantutkan usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Pekan Pulau Sebang.

Mohd Ali berkata, pengambilan tanah di Kampung Pulau Sebang seluas enam hektar itu adalah bagi membangunkan semula kawasan di situ seiring dengan matlamat Melaka Maju pada tahun ini.


Tukar kerajaan sebelum negara bankrap

PENGKALAN CHEPA, 31 Mei: "Nak selamat ekonomi, kita kena tukar kerajaan pada pilihan raya ke 13 nanti, janganlah sampai bankrap dulu baru nak tukar kerajaan," kata mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar).

Beliau berkata, Malaysia mengalami defisit sejak 10 tahun lalu namun situasi itu terselindung di sebalik suara hipokrit pihak yang lebih mementingkan kuasa politik.

"Mungkin jarang rakyat yang terdiri daripada orang kampung serupa kita ini tidak menyedari realiti itu sebab di dalam akhbar tidak dinyatakan kedudukan perkara sebenar.

"Kalau di dalam radio, TV pula diheboh dan digambarkan dengan visual berbentuk mewah-mewah kononnya untuk menunjukkan bahawa negara mempunyai struktur ekonomi yang kukuh, rakyat tidak perlu ragu dan bimbang dengan pentadbiran kerajaan yang ada, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya," katanya pada ceramah perdana yang diadakan di Padang Tembak, dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, perjuangan Umno BN kini jauh tersasar dari prinsip asal walaupun beberapa kali dinyatakan perlu ada transformasi.

"Berubah bukan nak jaga orang Melayu seperti kelantangannya mempertahankan Melayu, tapi nak jaga orang tertentu sebab itu mereka kaya-raya, menteri-menteri kaya, kalau tengok harta Najib memang besar.

"Namun sedarkah kita sejauh mana pula kesedaran mereka terhadap berapa ramai golongan miskin terbela di tangan mereka," katanya.

Tambahnya, apa yang berlaku sekarang adalah rakyat terpaksa bergelumang dengan kancah kemiskinan di dalam negara sendiri yang dikatakan maju angkara kerakusan pemimpin yang berbelanja melebihi dari nilai pendapatan.

"Jika situasi ini terus berlarutan jawabnya semakin banyaklah lagi harga barang akan naik, lebih banyak krisis barangan akan berlaku dan kita akan terus dicengkam inflasi kerana pendapatan tidak berubah," katanya.

Oleh itu, katanya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan corak bagi menyelamatkan ekonomi negara pada masa hadapan dengan menukar kerajaan.

Anwar Tidak Gentar, Cabar Wakil Rakyat Melompat Nafi Terima Sogokan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang jika pihak tertentu menuduhnya berbohong mengenai pendedahan tawaran jutaan ringgit kepada Ahli Parlimen dan ADUN PKR untuk belot.

Sambil menyifatkan mereka sebagai khianat kepada amanah rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih bijak menilai dan mengetahui hal sebenar apabila pendedahan dibuat.Anwar yakin ada hikmah di sebalik insiden 'lompat katak' kerana rakyat dapat melihat sendiri kerakusan yang Umno sanggup berbuat apa sahaja termasuk rasuah demi kuasa.

"Tapi ada baiknya, pengajaran maknanya bukti yang nyata. Umno ini caranya rasuah orang, ugut. Tak boleh ugut, beli. Ini dia kekuatan dia. Zahir kekuatan dia nampak hebat tapi dia kosong. Percayalah saudara. Saya lama dalam Umno ni.

Saya ada pengalaman. Orang Umno ni, katalah kalau wang dia dah kuran, kuasa tak ada, ranap. Termasuk Umno Kelantan. Dia tak ada kekuatan, semangat juang tidak ada," kata Anwar.Ketua Pembangkang berkata demikian depan hampir 10 ribu hadirin di ceramah perdana, di Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di Kelantan.Anwar hadir sempena Kongres nasional PKR ke 6 yang berlangsung di Kota Bharu dari 28 hingga 30 Mei"Sekarang saya ada maklumat baru. Apa dia maklumat?

Saya tau ni katak-katak yang melompat ni, dapat sekurang-kurangnya 2 juta ringgit. dan kontrak. Saya bagitau malam ni, saya ada keterangan yang cukup untuk mengesahkan orang yang lompat knianat ini terima dari ejen Umno 2 juta ringgit," kata Anwar.Anwar setakat ini belum membuat pendedahan itu kerana menunggu masa yang sesuai, selain ternanti-nanti sebarang penafian Ahli parlimen yang melompat berkaitan tawaran rasuah itu.Dalam hal ini, Beliau sempat berseloroh dengan para hadirin"Pertama saya nak orang-orang Umno dan Najib tuduh saya bohong.

Nak bagitau Anwar ni berlawak. Dan saya nak dengar orang-orang yang melompat ni nafi. Kemudian saya bagi macam drama hindustan tiga babak. Biar dia terkejut sedikit. Jangan bimbang saya kata ada, ada. Di mana? saya terlupa di mana tapi ada. Kerana puak penyamun ni akan curi habis bukti jadi tak ada," tegas Anwar.

Kongres Perbaharui Tekad Perjuangan PKR

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat selesai petang tadi dengan perwakilan memperbaharui tekad untuk meneruskan perjuangan bagi membawa keadilan kepada segenap lapisan rakyat.

Lebih dua ribu perwakilan turut menguatkan iltizam untuk membebaskan Malaysia dari pemerintahan rakus dan rasuah Umno-Barisan Nasional dengan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim meniupkan semangat baru di kalangan akar umbi ahli dengan mendedahkan kenapa PKR menjadi sasaran utama Umno dalam setiap asakan yang dilakukan oleh parti itu.

Anwar berkata Umno-BN tentunya tidak akan mempedulikan PKR jika parti itu tidak berpotensi untuk menggugat kelangsungan Umno malah seluruh Barisan Nasional sendiri.

"Parti ini punya potensi yang besar. Kalau parti ini parti-parti serpihan, dia tak payah ganyang kita mati-matian. Ya kita parti yang terbuka, yang demokratik. Orang Malaysia tak biasa dengan kongres parti dimana pemimpin besar dipertanggungjawabkan, dikritik dan disoal. Ini budaya kita," kata Anwar.

Anwar berkata walau apa-pun tohmahan dan fitnah yang cuba ditaburkan oleh Umno-BN, hakikat ialah PKR berjaya membawa transformasi budaya fikiran yang menolak politik perkauman sempit yang di dokong oleh pemerintah selama ini.

"Pernah kita dengar orang Cina sebut Al-Quran dan Hadis. Maknanya kita menerima dengan berlapang dada dengan cara hormat," kata Anwar.

Justeri Datuk Seri Anwar mengajak ahli PKR menguatkan tekad bagi meneruskan usaha membela rakyat berlandaskan prinsip-prinsip parti yang menolak rasuah dan mengutamakan pembelaan untuk semua kaum.

Israel Sedia Langgar Piagam PBB Halang Bantuan Ke Gaza


Tentera Israel menyerang seangkatan kapal-kapal membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Gaza.

Lebih 16 orang maut ditembak dan berbelas cedera apabila askar rejim Zionis menyerbu Freedom Flotilla hari ini.

Kapal ini diserang di perairan antarabangsa, 65 kilometer dari pesisir pantai Gaza. Sedutan kapal utama, Mavi Marmara, menunjukkan tentera Israel menaiki kapal itu dibayangi helikopter tentera rejim.

Wartawan al-Jazeera Jamal Elshayyal yang menyertai konvoi terbabit melaporkan askar Israel menggunakan peluru hidup dalam operasi ini. Wartawan dan jurukamera Astro Awani juga dipercayai berada di atas kapal yang sama.

Perhubungan dengan dunia luar terputus dan nasib mereka tidak diketahui.

Gerakan Bebaskan Gaza memberitahu bahawa tentera Israel melepaskan tembakan sebaik sahaja menyerbu kapal-kapal terbabit. Kapal yang berjaya dirampas kini ditunda ke bandar Haifa bagi mengelakkan wartawan-wartawan yang menanti di pelabuhan Ashdod.

Israel dilaporkan bersedia untuk melanggar segala piagam PPB bagi memastikan bantuan perubatan dan makanan ini tidak sampai kepada penduduk Gaza, yang menjadi mangsa sekatan ekonomi Israel-Mesir.


Macam-Macam Masalah Kg Gombak Tengah Tambahan


Gombak – Hidup mesti diuji dengan kesusahan dan ujian. Inilah didikan yang diberikan oleh ALLAH swt setiap hambanya. Dalam menguji iman dan ketaqwan kita kepadaNya, redha /tidak.

Setiap yang berlaku itu adalah cubitan kasih sayang ALLAH pada hambanya agar hamba-hambanya tidak jauh daripadaNya dan tersasar jauh dengan melakukan kesilapan. Dengan ujian ini juga menguji kepintaran individu bagaimana untuk berhadapan dengan setiap masalah diberi. Ketika inilah kecekapan minda, tenaga kita diuji oleh Rakyat kepada insan yang bergelar pimpinan samada menjadi Menteri Besar/Exco /Adun.

Bukan semudah itu untuk menjadi pimpinan yang beribawa, jika tidak mempunyai pengalaman, pengetahuan, kebijaksanaan yang luas, sudah pasti akan tercicir dan dijatuhkan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu gunakan kebijaksaan yang diberikan oleh ALLAH swt kepada kita semua dengan sebaiknya dalam membuat sebarang keputusan. Samada keputusan yang dibuat akan mendatangkan kebaikan /keburukan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam masa pendek dan masa panjang.

Beginilah cara Y. B Dato’ Hasan B. Mohd Ali dalam menangani setiap aduan rakyat satu persatu yang timbul, akan diatasi dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, beliau telah menerima aduan ketidakpuasan hati penduduk Kg Gombak Tengah Tambahan. Mereka merasa tidak begitu selesa apabila berbagai masalah yang telah dihadapi beberapa bulan.

Diantaranya adalah masalah pembuangan sampah yang terletak berhampiran kawasan perumahan, Tekanan Air yang rendah dan Laluan Jalan Raya.

Wartawan PKM Dun Gombak Setia difahamkan oleh Pn. Rokian Hj Mahmud diantara wakil penduduk sekitarnya telah memaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menutup kawasan lapang ini lebih kurang 2 bulan yang lalu.

Rokiah berkata “Kami terpaksa membuat aduan kepada MPS kerana kami tidak tahan lagi dengan hidup bertemankan sampah sarap, udara yang kurang sihat dan tidak menyenangkan.

Bukan sahaja sampah sarap malahan berbagai sisa-sisa kotoran dan najis juga dibuang dikawasan ini yang tidak diangkat oleh MPS. Akibat timbunan sampah yang tidak diangkat berbulan-bulan, saya yakin sudah pasti udara yang tercemar, terdapat anasir-anasir tikus, ular, lalat telah bermaharajalela di sini, dan tidak mustahil suatu hari nanti akan berlaku berbagai penyakit, jika masalah ini tidak diatasi dengan segera.

Ekoran daripada itu, didapati laluan pengaliran air juga terlalu lambat, berkemungkinan akibat daripada sisa-sisa pembuangan sampah tersebut yang menyebabkan saluran tekanan air tersumbat.

Selain daripada itu juga, laluan jalan raya daripada Kg Gombak Tengah Tambahan hendak menuju ke K.L agak menyukarkan kami untuk mencari jalan pintas kerana terlalu jauh. Kami terpaksa melalui jalan Highway UIA dan kawasan ini juga terlalu gelap. Mengambil masa pada kami untuk sampai ke rumah.

Kami telah membuat aduan kepada pihak MTD Tol Plus agar pihak MTD Tol Plus dapat mengambil tindakan ini untuk kegunaan pengguna jalan raya dan penduduk disini. Kami amat berharap agar diadakan jalan “U-turn” agar perjalanan kami tidak mengambil masa yang lama, tetapi amat mengecewakan kami jawapan yang diberikan oleh pihak MTD Tol Plus kerana mereka mengatakan jika laluan ini dibuka dan dijadikan kawasan “U-Turn” akan berlakunya kemalangan. Ini amat merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, ujar pihak MTD Plus kepada wakil penduduk disitu, kata Rokiah dengan panjang lebar selepas pertemuan ketika dalam lawatan bersama Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali di Kawasan tersebut.

Setelah mendengar rintihan masalah penduduk Kg Gombak Tengah Tambahan Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia telah memberi pandangan dan meminta kerjasama kepada pihak MPS iaitu En. Shaarani agar pemungutan sampah dan pemantauan harus dilakukan secara berkala agar tidak berlakunya rungutan daripada penduduk.

“Kita tidak mahu masyarakat merasa ketidakpuasan hati ekoran daripada khidmat yang diberikan oleh MPS, kerana masyarakat telah membuat bayaran cukai pintu, jadi kita harus memberi khidmat yang baik kepada masyarakat.

Jika ini berterusan bukan sahaja masyarakat hidup dengan bertemankan sampah, apa yang kita lihat tekanan air juga telah menjadi lambat. Cuba kita semua bayangkan jika perkara ini berlaku ditempat kediaman kita sudah pasti akan memberi stress / tekanan hidup kepada kita juga, oleh itu saya amat berharap agar MPS & pihak Syabas dapat mengambil tindakan selanjutnya agar masalah yang timbul ini dapat diatasi secepat mungkin, dan laporan hasil kerja tersebut, diharap dapat dihantar dalam meysuarat khas yang akan diadakan tidak lama lagi, katanya.

Bagi masalah laluan jalan raya Y.B Dato’ Hasan juga amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh MTD Tol Plus kerana didapati kawasan ini tidak sesuai dibukakan jalan dan diadakan “U-Turn”, kerana untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Katanya “Biar kita lambat sampai daripada kita menangung kemalangan yang meragut nyawa kita, ahli keluarga dan pengguna jalan raya yang lain. Tetapi insya-ALLAH kita akan berbincang dengan MTD Tol Plus, sekiranya ada jalan alternatif yang lain agar dapat dibuka untuk pengguna jalan raya dan kebaikan semua pihak”.

Y. B Dato’ Hasan amat berharap penduduk sekitar Kg Gombak Tengah Tambahan bersabar dan insya-ALLAH masalah ini akan kita selesai sebaiknya, dan saya juga amat berharap agar penduduk disini harus menerima pandangan daripada semua pihak untuk kebaikan bersama. Kita kena ambil positif juga bukan untuk kepentingan individu, katanya selepas membuat lawatan di kawasan tersebut.

Editor : Khaulah Azwar

Thursday, May 27, 2010

Pihak Pemaju Harus Berbincang Dan Peka



Gombak – Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan perlu perbincangan, mengkaji dan sebagainya agar setiap apa yang dilakukan mendatangkan kebaikan dan tidak memudaratkan mana-mana pihak terutamanya penduduk persekitaran yang telah sekian lama menduduki kawasan perumahan di persekitaran Pinggiran Batu Caves.

Lawatan tapak tanah lapang yang dikenal pasti oleh Ahli Majli MPS, Zon 9 En. Rahim Kasdi, dimana didapati kawasan tersebut telah dicerobohi untuk dibina tapak perumahan.

Menurut perwakilan AJK JKP Zon 9 yang hadir dalam lawatan tersebut En. Zainal Anuar berkata, ” Beliau telah dimakumkan oleh beberapa orang penduduk bahawa kawasan ini akan dibinakan kawasan perumahan, tetapi pihak pemaju tidak pernah membincangkan kepada pihak berkuasa kerana kawasan ini juga tidak diketahui apakah statusnya samada tanah kerajaan mahupun tanah “private”. Pembinaan ini juga tidak mendapat kelulusan daripada pihak TMB katanya.

Jesteru itu, dengan mendapat berbagai keluhan daripada penduduk maka JKP Zon 9 telah memanjangkan masalah ini kepada PKM Dun Gombak Setia, agar Y.B. Dato’ Hasan dapat turun padang untuk melihat keadaan tanah lapang tersebut. Adakah ianya bersesuaian untuk dibina kawasan perumahahan.


Lawatan turun padang bersama Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia di Pinggiran Batu Caves baru-baru ini bersama MPS, Syabas, TMB, Polis, Pej. Tanah telah melihat insfrastruktur kawasan tersebut.

Y. B Dato’ berpendapat kawasan yag hendak dibangunkan dengan menjadi kawasan perumahan ini perlu mendapat status tanah adakah ia milik kerajaan/tanah “Private”. Selain daripada itu beliau juga memberi gambaran kepada semua yang hadir jika kawasan cerun begini hendak dibinakan kawasan perumahan sudah pasti akan berlaku tanah runtuh kerana didapati kawasan ini juga tidak mempunyai tebing, laluan saluran perparitan, cerun, berbukit dan sebagainya.

Beliau berkata, ” Pihak pemaju harus peka dan berbincang dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membina sesuatu projek perumahan kerana kita tidak mahu berbagai masalah akan timbul dikemudian hari dan memberi kemudaratan kepada penduduk sekitarnya dan bakal pembeli rumah.

Menjadi 1 kesilapan juga, jika pihak pemaju yang ingin membuat projek prumahan tidak mendapat kelulusan daripada mana – mana pihak, dan boleh dianggap menceroboh kawasan, katanya”.

Beliau berkata lagi ” Saya juga bimbang keselamatan rakyat disini sekiranya pihak pemaju meneruskan hasrat untuk menjalankan projek ini. Sebelum terjadi perakara tidak diingini maka saya amat berharap MPS, JKR, TMB, Pejabat Tanah dan Pemaju yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk kita bersama berbincang untuk kebaikan semua pihak. Kita tidak mahu perkerjaan yang dilakukan ini hanya untuk mengaut keuntungan sebelah pihak tetapi memberi kerugian besar kepada pembeli rumah akan datang”. Ulasnya panjang lebar kepada yang hadir.

Retetan daripada itu,Y. B Dato’ telah meminta agar pihak PKM Dun Gombak Setia, En. Kamarul untuk mengadakan mesyuarat bersama pejabat tanah secepat mungkin dan kepada pihak JKP Zon 9 harus mengenal pasti pemaju manakah yang telah memasuki kawasan ini untuk dijadikan kawasan perumahan agar kita semua dapat mengadakan mesyuarat bersama mengatasi masalah yang timbul.

Y. B Dato’ Hasan amat berharap agar penduduk persekitaran Zon 9 (Pinggiran Bt Caves) bertenang dan insya-ALLAH akan diatasi masalah ini secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak.


Semoga lawatan Y.B Dato’ bersama MPS, JKR, Polis, Syabas, TMB, AJK JKP Zon 9 serba sedikit akan mengubat kerisauan penduduk di Pinggiran Batu Caves.

Editor : Khaulah Azwar

Smart Muslim Siri Ke 2



ALLAHYARHAM RIDZUAN TELAH PULANG KERAHMATUALLAH


Gombak – Perginya tidak akan kembali lagi bagaikan 1 kehilangan kepada ahli keluarga Pn. Hamsiah apabila suami yang dikasihi telah pulang kerahmatuallah baru-baru ini.

Allahyarham Ridzuan telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dialami sekian lama.

Menurut Hamsiah suaminya telah dimasukkan ICU untuk rawatan selanjutnya namun ALLAH swt lebih menyayangi beliau.

Allahyarham Ridzuan yang meninggalkan balu dan 5 anaknya di kediaman Tmn Perwira 1, telah menerima kunjungan ziarah daripada Y.B Dato’ Hasan / Adun Gombak Setia bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Nazir Masjid Ar-Rahimah. Ucapan takziah untuk ahli keluarga mereka.

YB Dato’ telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada Hamsiah sebanyak RM1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB Dato’ bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan Nazir Masjid Ar-Rahimah dapat memberi sedikit kekuatan dan menenangkan keadaan.

Al-Fateha buat Allahyarham Ridzuan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan para solihin.

Editor : Khaulah Azwar

Tanah Pusaka dicerobohi, dimanakah sikap kemanusian?


Gombak – Menjadi masalah besar apabila aset pusaka yang amat berharga untuk diwarisi kepada ahli keluarga bagi meneruskan kehidupan telah dicerobohi oleh orang luar.

Warga Emas yang berasal daripada Bt 12 1/2 Gombak yang mempunyai tanah yang luas merasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka mengambil kesempatan kepada orang yang lemah.

Hjh Khansiah dan Hj Ismail melahirkan kekecewaan beliau apabila hak mereka telah diambil tanpa perbincangan terlebih dahulu. Berbagai cara dan inisatif telah mereka lakukan untuk mendapatkan keadilan dan hak mereka kembali.

Dengan tidak mempunyai pengalaman yang luas untuk menguruskan hal tersebut, mereka merasakan tiada tempat untuk mengadu lagi setelah segala urusan telah dibuat aduan kepada pihak polis dan lawyer tidak juga mendatangkan hasil yang baik sehingga kini.

“Mengapa sikap sedemikian harus ada dalam diri kita sebagai insan yang diciptakan oileh ALLAH swt mengambil hak orang lain yang sudah pasti bukan milik kita, tidakkah terdetik dihati mereka, perasaan serba salah dan takut akan balasan yang diberikan oleh ALLAH swt kelak??”.


Inilah rintihan hati kedua warga emas Hjh Khansiah Manap bersama suami beliau Hj. Ismail Wahab didalam perbualan bersama wartawan PKM. Keresahan hati mereka mengenai tanah pusaka yang diberi oleh ibubapa mereka semenjak 1941 telah dibina sebuah rumah banglo oleh tn rumah tersebut.

Wartawan PKM, telah difahamkan oleh Hjh Khansiah, menurut beliau Rumah banglo yang dibina dengan menggunakan sebanyak 2 lot tanah tanpa pengetahuan, perbincangan dan kebenaran mereka terlebih dahulu.

Semasa pembinaan tersebut dijalankan Hjh Khansiah dan suaminya telah bertemu dengan tn rumah tersebut untuk bersama membincangkan hal ini dengan baik dengan mengukur tapak tanah namun tn rumah tersebut tidak memberi kerjasama.

Retetan daripada itu mereka telah membuat laporan polis dan melantik lawyer untuk menguruskan masalah ini, namun masalah tersebut masih berlarutan sehingga kini dan tidak bertemu jalan penyelesaian yang baik. Segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan.

Jesteru itu jalan terakhir, beliau bersama suaminya telah membuat aduan ini kepada Y.B Dato’ Hasan untuk mencari menangani masalah ini.

Pertemuan 2 mata yang telah dibuat baru-baru ini untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kedua warga emas tersebut iaitu Y.B Dato’ telah memberi cadangan agar mereka bertemu dengan pihak lawyer yang telah dilantik agar mengeluarkan notis susulan dan tindakan yang wajar akan dikenakan kepada mereka sekiranya mereka yang terlibat dalam kes pencerobohan dengan membina rumah ini tidak memberi kerjasama dan menghadirkan diri dalam kes perbicaraan, katanya lagi.

Selain daripada itu Y.B Dato’ juga telah meminta agar dibuat aduan kepada pihak Pej. Tanah untuk memberi gambaran dan mendapatkan solusi yang terbaik, kerana pejabat tanah juga mengetahui segala urusan pembahagian tanah. Segala dokumentasi pasti ada di pejabat tersebut, katanya.

Semoga dengan cadangan yang diberikan oleh Y.B Dato’ serba sedikit dapat membantu mereka untuk mengatasi segala masalah ini dengan secepat mungkin.

Editor : khaulah azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI