Friday, May 10, 2013

MB Selangor Kekal Tan Sri Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.
Kekal MB Selangor tahun ke2, Tan Sri Khalid

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin.


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. 

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.


Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

Kerajaan Selangor PR Bantah PRU13


SHAH ALAM 11 MEI : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bertekad membuat bantahan terhadap kekalahan calonnya dalam keputusan Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata adalah wajar membawa ke mahkamah kerana calon PR yang kalah itu hanya dengan majoriti sedikit.

“Kita tidak ganggu pembentukan kerajaan tetapi di Selangor yang saya tahu kami mahu tuntut kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Selangor.

” Di Parlimen Sungai Besar kita kalah dengan hanya mojoriti 399 undi manakala di Kuala Selangor kita kalah dengan 460 undi sahaja,” katanya dalam ucapannya di Majlis Kesyukuran kemenangan Pakatan Selangor, di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak mengenal pasti nama-nama pengundi ragu di kawasan itu.

“Jika ada bukti terdapat pengundi ragu atau wang diberikan untuk mengundi, maka kita bawa kes ini ke mahkamah, kita cabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata PRU13 lalu disifatkan sebagai ‘tsunami orang muda’ dan ‘tsunami orang cerdik’.

Ia kerana dakwanya, gabungan itu berjaya menyatupadukan semua kaum tidak mengira usia.

” Utusan ada siarkan berita ‘apa Cina mau’? Kita mahu ubahlah. Semua kaum mahu ubah.

” Kita menang majoriti besar, bukan sahaja orang Cina sokong kita, tapi semua kaum sokong kita,” katanya.



Himpunan Blackout 505-Ucapan Pimpinan PR

Saya Tak Kemaruk Rebut Jawatan



Paparan Menarik
1. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau tidak kemaruk menjadi Menteri Besar Selangor meskipun pelbagai tomahan dibuat sebelum ini.
Azmin Nafi Keluar Parti 02
2. Kejayaan menarik lebih 120 rakyat pelbagai kaum berhimpun di malam black505 atau malam suara rakyat suara keramat dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya menjadi isu utama negara yang menjadi perhatian dan tumpuan rakyat di negara ini.
3. Kerajaan yang bersih serta mampu memberi kebajikan dan keadilan kepada semua rakyat serta memberi fokus kepada penyelesaian masalah merupakan kunci kejayaan sebenar Pakatan Rakyat di Selangor dalam pilihanyata Umum ke-13 lalu.
4. Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya hari ini bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan.

Terima Kasih UNDI PAKATAN RAKYAT , Anda Rakyat Yang Bijak Menilai

Sekali lagi terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yag keluar mengundi dengan kesedaran politik dan  menjalankan tangungjawab sebagai rakyat.


Terima kasih menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) sehingga Selangor memperolehi kemenangan 2/3 kerusi. 

Walaupun hasrat rakyat untuk ke Putrajaya PRU13 ini tidak kesampaian, Allah beri penangguhan kemenangan yang besar ada hikmah tersendiri. Sewajarnya semua ahli pimpinan, petugas muhasabahkan diri untuk perbaiki setiap kelemahannya. 

Semua rakyat tahu dan menilai keputusan PRU13 adalah tipu muslihat UMNO, dan SPR kerana banyak berlaku insiden penipuan, dakwat kekal  tidak kekal, blackout, tukar peti undi, bangsa asing mengundi, rakyat yang keluar mengundi diberi sogokan untuk keluar undi 2-3 kali dan sebagainya. UMNO dan SPR sanggup buat apa sahaja  demi memastikan UMNO menang. Tetapi hakikatnya UMNO telah lama kalah dan terkubur sekiranya tidak berlaku penipuan yang besar dalam pilihanraya ini.

Justeru, jangan mudah putus asa terus berikan kepercayaan kepada PR untuk 5 tahun akan datang, insya-Allah kemenangan itu akan hadir juga seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Sabar, usaha dan doa perlu kita lakukan.

Walaupun PRU13 mencatit sejarah tipu daya UMNO dan kuda tunggangan SPR namun rakyat tetap keluar mengundi bagi mengelak bangsa asing terutamanya Bangladesh dan lain-lain boleh mengundi. 

Kini selepas menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat, ramai yang ternanti-nanti siapa MB Selangor. Namun telah terjawab  Walaupun terdapat berbagai manupulasi media untuk mengelirukan rakyat. 

Namun apabila bertemu rakan-rakan, guru-guru dan rakyat ketika menjalankan tugas perayu undi majoriti ingin Tan Sri Khalid Ibrahim diberi mandat untuk terus menjadi MB Selangor memandangkan rekod beliau sangat cantik berbanding semasa zaman pemerintahan UMNO yang diterajui oleh Khir Toyol. 

Sukar mendapat MB Yang tulus..Tahniah Tan Sri Khalid

Ini adalah kerana Tempoh pertama Tan Sri Khalid menerajui Selangor,  rakyat Selangor berpuas hati ekonomi negeri naik, tiada  berlaku rasuah. Masjid Surau di imarah dengan begitu harmoni.  Ramai rakyat golongan Muda  yang tidak bekerja di bagi peluang kerja dan meniaga. 

Nasib rakyat terbela dalam kenaikan ekonomi dengan kerjasama 3 parti kompenen. Rakyat ramai yang kata tempoh 5 thn PR memerintah Selangor belum cukup maka perlu di bagi mandat untuk tahun kedua.

Alhamdululah dengan izin Allah SWT maka Selangor  mampu pertahan lagi walaupun berbagai tipu daya tomahan , Politik lucah yang dilontarkan UMNO kepada PR.

Tetapi usah berada di zon selesa. Perlu kerja keras untuk 5 thn akan datag.Usah rebut jawatan dan lain-lain kerana rakyat menilai anda semua. 
Di dalam PAS  semua ahli di ajar agar ikuti keputusan syura lihat kemampuan seseorang jika dia hebat dalam ekonomi letaklah orang itu di organisasi ekonomi. Jangan sekali letak orang yang tak berapa cekap dalam ekonomi.

Jika ini di lakukan ekonomi negara akan jatuh dan duit yang berbillion akan hilang hentah kemana seperti dilakukan oleh UMNO semasa pemerintahan mereka. Kebanyakan berlaku rasuah, duit-duit rakyat disalurkan kepada kroni. 

Maka jika ini berlaku kepada pengurusan PR jika di tukar kepada pentadbiran lain kita bimbang kepercayaan rakyat akan hilang. Jika kita lihat orang itu hebat dalam berdebat pantas buat kerja maka letak orang itu dalam bidangnya. Jangan letak orang yang pendiam dan kayu takde hati perasan . 

Beringatlah  wahai sahabat sahabiah. Jika tidak umno dan media akan rosak minda rakyat. Maka dengan itu bagi saya  biarlah MB selangor  Tan Sri Khalid menerajui Selangor negeri berkebajikan ini. Ayuh teruskan kerja untuk 5 tahun akan datang, usah pertikai keputusan ahli mesyuarat lagi. 

 Vote  Tan  Sri Khalid Ibrahim.Anda bagaimana?

Terima Kasih UMNO Naik Harga Barang Sempena Hari Ibu. Ini hadiah UMNO pada Rakyat

Begitu juga rakyat yang membawa ahli keluarga makan di restoran telah di kenakan GST sebanyak 6 %. 

Tahniah kerana tangan anda yang memangkah UMNO-BN PRU13 lalu telah memberi peluang dan ruang yang luas kepada UMNO untuk mencekik duit rakyat setelah mereka gunakan berbagai  saluran untuk membuat persedian pembelian barang logistik UMNO. 

Sempena hari ibu yang akan berlangsung esok, ibu-ibu dan golongan wanita hari ini dibebankan dengan kenaikan harga gas sebanyak RM2. 

Dengan kepandaian anda dalam memangkah UMNO kini memberi kesan kepada golongan bijak pandai  yang memangkah PR. 

Amik kau 6% GST dikenakan..

UNDI UMNO semua akan terasa bebanan. Apakah slogan Dahulukan Rakyat layak di guna??? 

Inilah Janji Capati UMNO Kepada Rakyat.. 


Untuk semua ibu, umi, emak, usah bersedih hati sempena selamat Hari ibu Semua barang telah naik.  Kesilapan memangkah harus diambil pengajaran untuk kebaikan rakyat tanpa kira parti.

Moga Allah swt sentiasa merahmati kalian walaupun dimana berada.. Ibu Kau Ratu Hatiku. 











Dengarlah sampai habis..

Rakyat telah di temberang.. Rakyat di Gulakan, Rakyat terus sengsara.. Lu pikirlah sendiri







gula naik 45 sen. hendak menyesal pun tak berguna lagi, terima kasihlah penyokong BN semua kerana mengundi parti anda itu hmm...
Suka ·  · Kongsi · 17 minit yang lalu


  • 12 orang menyukainya.
  • Mamat Panchor RAKYAT KENA MENYAMBUT BERITA GEMBIRA KENAIKAN HARGA GAS INI DENGAN SENYUM GEMBIRA... PENUH NIKMAT N LAZAT BERKRIM.. HEHEHE.. HUREYYY-HUREYYY..HUREYY... HIDUP BN..HIDUP BN... HIDUP.. BNN, HUREYYYY.... INI LAH SAAT YG SGT DITUNGGU-TUNGGU OLEH SELURUH RA...Lihat Lebih Banyak
  • Azwa War terimah kasih byk2...pada kerajaan yg telah naikan harga minyak atau gas dah bahan2 makan yg ada..janji di capati....rakyat di kemudian kan...rosmah di dahulukan...terimah kasih BN...
  • Azmy Ray padanya memilih BN-barang naik
  • Affandi Ramli Bagus undilah bn

  • SIMFONI KASIH TAUTAN HATI