Sunday, February 5, 2012

Kenali Dia, Pendidik Harus mempunyai Jiwa Da'ie


Prof. Madya Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, 44, daripada Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga adalah Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM dan Felo Kanan di Islamic Academy, Cambridge, United Kingdom.

Beliau merupakan anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor telah berkahwin dengan Siti Muhibah Hj Nor, 42 daripada Sungai Besar Selangor.

Isteri beliau seorang guru di SMK Desa Petaling. Walaupun telah lama bertugas sebagai pendidik, Siti Muhibah masih meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan khas di UKM tanpa jemu dan baru selesai menamatkan pengajiannya di peringkat Sarjana Pendidikan.

Hasil perkahwinan yang berlandaskan tuntutan Allah SWT maka dikurniakan tiga cahaya mata yang sedang menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Amir Muzaffar, anak kedua bakal menduduki SPM 2012 Ariff Mua`zzam Akram dan anak bongsu Mujaddid MRSM Ulul Albab Gemenceh Negeri Sembilan tingkatan satu.

Ikuti wawacara wartawan Jejak Ilmuan bersama Prof. Madya Dato’ Dr Ab. Halim Tamuri berjiwa Daie’.

Prof. ceritakan latar pendidikan dan kerjaya ?

Saya menerima pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Tg. Karang , kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Tinggi Hishamudin, Klang ketika usia 13 sehingga 15 tahun .

Semasa di Tingkatan empat sehingga tingkatan lima saya meneruskan pengajian di Kolej Klang kemudian Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam sehingga mengambil peperiksaan STPM.

Alhamdulilah berkat kesungguhan dalam menuntut ilmu saya dapat tawaran meneruskan pengajian di UKM dalam Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM 1987 sehingga 1991.

Tahun 1993 meneruskan pengajian dalam Diploman Pendidikan di UKM kemudian meneruskan di peringkat Master di United Kingdom (UK) tahun 1995-1997.

Dengan mendapat keputusan cemerlang saya dapat tawaran pendidikan di peringkat PHD dalam pendidikan Islam.

Hasil kejayaan saya dalam menuntut ilmu saya mengorak langkah dalam dunia pendidikan. Saya menjadi seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia pada tahun 1991.

Kemudian bekerja di UKM pada akhir 1991 sehingga 2000 sebagai tutor, 2000-2005 menjadi pensyarah di UKM, pada tahun 2008 dilantik menjadi Prof. Madya di Fakulti Pendidikan, UKM. Boleh dikatakan saya hasil daripada produk sekolah JAIS.

Jawatan-jawatan yang pernah prof. pegang samada dalam kerjaya?

Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (2007 - 2013) Ahli Majlis Agama Islam Selangor (2008-2014) Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor (2008-2014) Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Muallaf dan Khutbah Negeri Selangor

Kursus yang di tawarkan di UKM dalam bidang Prof.

Saya mengajar dalam pendidikan Islam. Antara kursus ditawarkan Sarjana Muda pendidikan Islam dan Al-Quran, Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Manakala di peringkat Master saya mengajar dalam bidang sarjana pendidikan Islam, Bahasa Arab dan peringkat PHD Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Di UKM bidang prof. apakah bidang yang banyak di ikuti oleh pelajar dan berapa ramai yang sudah menerima graduan?

Di peringkat PhD seramai 20 orang yang sudah graduan, sekarang seramai 17 orang sedang menyambungkan pengajian PHD, 15 orang sedang menyambungkan pengajian di peringkat sarjana, dan yang sudah menerima sarjana seramai 50 orang. Sarjana muda 90 orang dalam bidang pendidikan.

Apakah perancangan UKM pada masa akan datang?

Sekarang UKM telah mendapat gelaran universiti pendidikan, research. Prospek UKM akan menjadi medan terbaik untuk pelajar buat “research” .

Untuk masa sekarang, saya sedang menerajui beberapa peneyelidikan di UKM. Setiap pensyarah di UKM akan buat dua penyelidikan dan ini adalah minimum.

Kajian yang di buat di UKM adalah melalui Joint Venture (JV) bersama KPM dan juga KUIS. Inilah yang dilakukan UKM mengenai penyelidikan.

Bagaimana pembangunan fizikal dan spiritual Prof?

Sebagai seorang pensyarah, kekuatan kita adalah pengambilan pendekatan seimbang. Apabila kita ingin maju, hebat, jiwa mesti tenang dan menjadikan diri kita seorang daie’ pendakwah.

Seorang pendidik, tugas saya adalah memberi pendidikan kepada semua pelajar. Kita bekerja kerana ALLAH SWT. Apa yang kita buat, kembali urusan kepada Allah SWT.

Kita mesti menjadi daie’ kepada pelajar dengan mempunyai pembangunan fizikal dan spiritual mesti seimbang.

Ibarat beginilah, kalau kita ingin kaya tetapi dalaman diri kita perlu kaya dengan keimanan. Jadi tidak nampak keseimbangan dalam diri kita.

Justeru, pembangunan luar dan dalam mesti seimbang supaya kita dapat melahirkan generasi yang baik. Dalam konteks seorang pensyarah saya bercakap sebagai seorang pendidik yang berjiwa daie’.

Tugas pendidik adalah sebagai pendakwah. Kalau boleh kita perlu menjadi daie’ terbaik kepada pelajar dan masyarakat khusnya dalam ingin menjadikan negara kita sebagai negara yang berkebajikan yang mendapat keredhaan Allah SWT. Untuk mencapati matlamat itu, maka kita perlu jadikan jiwa kita kuat.

Pada saya tiada guna kalau kita kaya, hebat tetapi Jiwa kacau.

Hobi lapang Prof?


Masa saya terlalu penuh dan tidak ada waktu untuk buang masa. Cuma kadangkala apabila tugas saya siap, saya suka menonton bola sepak dan juga suka bersembang dengan ahli keluarga dan pelajar. Berkongsi pengalaman kehidupan. Inilah merupakan nikmat paling besar pada saya.

Walaubaiamanpun, saya suka "travel" melihat keindahan ciptaan Allah SWT, ini menambahkan pengalaman dan mensyukuri nikmat Tuhan.

Saat manis dalam kerjaya Prof.?

Sebagai pendidik, paling manis dalam kehidupan apabila melihat semua pelajar saya berjaya dalam pelajaran dengan memperolehi ijazah PhD.

Paling mengembirakan saya apabila mereka berada di atas pentas mendapat Master atau PhD. Tiada lain yang hendak dikejarkan melainkan melihat semua pelajar saya berjaya. Inilah nikmat paling saya syukuri dengan berkongsi kejayaan dan kegembiraan mereka.

Bagaimana sambutan masyarakat tentang UKM?

Alhamdulilah semenjak UKM ditubuhkan kemasukan pelajar semakin meningkat. Ini terbukti dalam bidang saya sendiri tahun ini, permohonan dalam sarjana sekitar 80 orang tetapi kita hanya terima 20 sehingga 30 orang, Begitu juga dengan PHD yang memohon seramai hampir 20 orang tahun ini.

Bagi saya sambutan penerimaan pelajar dan masyarakat pada UKM memang menggalakkan mungkin faktor utamanya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ilmu.

Faktor kedua, UKM dikenali sebagai universiti yang lama daripada universiti lain. Selain daripada itu, komitmen yang ditunjukkan oleh semua pensyarah amat tinggi.

Dengan kejayaan UKM, maka saya benar-benar sayangkan Universiti ini kerana disinilah tempat saya dibesarkan, menimba ilmu, tempat saya aktif dalam persatuan dan berjaya dalam kerjaya sehingga kini.

Apakah prof, bangga dengan UKM?

Ya, sudah semestinya saya begitu bangga dengan UKM kerana ramai pensyarah begitu komited dalam menjalankan tugas sehingga UKM mampu melahirkan pelajar yang cemerlang.

Tenaga pengajar PHD, tenaga pengajar Degree?

Dalam fakulti saya, seramai 90 pensyarah, kira-kira enam puluh perastus daripadanya ada PhD. Disebabkan UKM besar saya anggarkan seramai 10,000 kakitangan UKM. Pelajar semasa dalam lingkungan 20, 000 orang.

Minima untuk menjadi pensyarah di UKM dengan mempunyai master. Bagi pensyarah baru mereka mesti mempunyai PhD. Selagi pensyarah tidak mempunyai PHD maka UKM tidak boleh bagi jawatan tetap kepada pensyarah.

Apakah keistimewaan UKM berbanding dengan universiti dan kolej lain?

Keistimewaan UKM menggunakan Bahasa Melayu berbanding dengan Universiti lain. Bahasa Melayu menjadi kebanggaan UKM.

Walaupun saya belajar di UKM tetapi saya merupakan graduan daripada UK. Jadi tiada masalah pelajar UKM boleh melanjutkan pelajar ke luar Negara walaupun semasa belajar di UKM menggunakan Bahasa Melayu.

Ini jelas terbukti UKM telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan mampu melahirkan ramai pelajar yang hebat.

Anugerah tempatan atau antarabangsa yang telah Prof. terima ?

Anugerah tempatan dengan menerima anugerah Pingat Emas dan Perak dalam pertandingan penyelidikan pendidikan Islam 2011 di Langkawi.

Pengalaman Prof dalam mengajar?

Bagi saya, paling seronok apabila kita dapat menambah pelajar baru dengan melahirkan generasi yang beribawa.

Kerjaya mengajar adalah lebih baik berbanding dengan kerjaya lain dimana mereka hanya lahirkan produk baru, tetapi kalau guru kita dapat melakkukan amal jariah yang banyak dengan memberi ilmu kepada pelajar. Apabila pelajar mengamalkan ilmu yang diberikan maka pahalanya kita dapat.

Mendidik adalah kerjaya yang terbaik walaupun ada tekanan kerja. Itu semua cabaran kita sebagai pendidik. Ini adalah pandangan peribadi saya.

Selepas diploma adakah UKM sedikan program berkembar untuk pelajar melanjutkan pelajaran?
UKM tiada menyediakan kursus Diploma. Kita hanya ada program Sarjana Muda dan Mater serta PhD. Jika pelajar selepas mengambil Diploma di univerisiti lain, mereka boleh meneruskan pengajian di UKM.

Status pelajar di UKM, mereka kategori Kaya, miskin?

UKM menerima pelajar tanpa kira status.

Adakah UKM sediakan Biasiswa untuk membantu pelajar yang kurang mampu?

UKM sediakan biasiswa Zamalah untuk pelajar sarjana. Pelajar akan menerima bantuan jika memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. UKM juga sediakan PTPN dan bantuan zakat bagi pelajar yang miskin serta biasiswa lain. Kita akan uruskan permohonan pelajar untuk bantuan pendidikan

Misi dan visi UKM?

UKM ingin jadikan sebagai universiti penyelidikan yang terkemuka daripada universiti lain dengan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan dalam pendidikan


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI