Thursday, June 17, 2010

Penduduk Kesal Aduan Tidak Diambil Tindakan sewajarnya

Bt. Caves – Protes, Geram berbagai perasaaan kecewa yang dilahirkan oleh Penduduk Tmn Selayang terutamanya Jln 7 yang telah sekian lama disimpan didalam hati apabila aduan kesesakan lalu lintas yang dibuat kepada MPS semenjak 2007 tidak memberi kepuasan hati penduduk sekitarnya.

“Kami benar-benar merasa tidak berpuas hati dengan surat jawapan MPS yang menyatakan Jalan 7 adalah Jalan Awam sedangkan Jln Kawasan perumahan teres disini yang dahulunya begitu aman selama 30 thn lebih tetapi keamanan tersebut telah tergugat apabila laluan Jalan 7 telah menjadi jalan alternatif penduduk daripada Kg. Laksamana, Kg Nakhoda, Tmn Amaniah melalui jalan ini”.

Selain daripada itu, semenjak pembinaan Apartment Astana pada 2007, Jalan ini telah menjadi semakin sibuk dengan dilalui oleh Kenderaan-kenderaan berat seperti lori, kontraktor dan kenderaan Awam. Boleh dikatakan setiap pagi bermula 7:00pagi sehingga 9:00 mlm jalan ini ibarat seperti laluan highway.

Berkemungkinan hampir 300 buah kenderaan yang memasuki kawasan ini setiap hari. Yang menyakitkan hati apabila orang awam menunjukkan sikap yang kurang sopan sehingga kadangkala tercetus pergaduhan terutamanya apabila kami sebagai penduduk Tmn Selayang ingin mengeluarkan kenderaan disini telah di hon, dimaki oleh orang Awam.

Kami masih bersabar tetapi sampai bila? Sabar kami ada batasannya tetapi jangan sampai penduduk mengambil langkah yang tidak baik ini akan mencemarkan imej MPS sendiri dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Kami amat berharap MPS turun padang melawat tempat ini dan lihat dengan mata sendiri bagaimana keselamatan penduduk disini yang merasakan telah tergugat lebih-lebih lagi bukan sahaja masalah jalan raya tetapi dengan pembukaan jalan ini kepada orang awam banyaknya terjadi kes pecah rumah, pecah kenderaan, nyawa penduduk disini yang telah diugut oleh bangsa lain .


Aduan ini telah kami terima daripada seorang penduduk apabila ibu beliau telah diugut dan pintu pagar rumah beliau digegarkan dengan meminta duit dan barang kemas. Begitu juga apabila kaum ibu yang tidak bekerja ketika mereka sibuk membeli barang dapur, mereka telah diragut oleh anak-anak muda yang tidak bermoral.

Pernah juga tahun lepas ketika seorang pakcik warga emas, yang hendak menuju ke surau melalui jalan ini telah tercampak apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan. Adakah MPS ingin melihat satu demi satu nyawa penduduk disini hilang??. Dimanakah sifat keperihatinan MPS kepada rakyat? katanya dengan nada begitu kesal.

Berkata Eila, AJK Penduduk disini ketika beliau ingin keluar kenderaan setelah pulang daripada kerja tiba-tiba lori yang membawa khemah telah melanggar ”Cable Elektrik, Televisyen dan tiang astro pula, telah terhimpap bumbung kereta dan kepala saya.


Saya tidak sempat mengambil No. pendaftaran lori tersebut kerana saya rasa benar-benar terkejut dan tersentap dengan apa yang berlaku, kepala saya menjadi bengkak setelah terhimpap tiang astro, nasib baik tidak terluka cuma kepala terlalu pening.

Saya lihat “Cable” Telefon, Televisyen dan Astro telah putus dan tiangnya tidak boleh digunakan lagi. Alhamdulilah nasib baik saya diberi peluang untuk bernafas tetapi saya amat kesal dengan apa yang berlaku. Hari ini nyawa saya masih selamat dibawah perlindungan ALLAH swt tetapi adakah akan datang jika terkena kepada orang lain nyawa mereka selamat??.

Sehingga kini “wire cable” tersebut tidak dibetulkan kembali dan telah menjadi mainan kanak-kanak disini yang sudah pasti akan meragut nyawa mereka . Jadi kami amat berharap pihak MPS buka mata, telinga, turun padang melihat keadaan situasi disini.

Sementara itu, Tn Hj. Tajuddin Uri melahirkan rasa kesal yang amat sangat apabila menerima surat maklum balas MPS setelah aduan demi aduan diberi oleh Anak beliau (Hafidz) dan beberapa orang penduduk. Kami mohon pihak MPS Jangan memberi jawapan yang amat mengecewakan tanpa di lihat situasi sebenar. Cuba kita letakkan masalah ini jika mereka menjadi penduduk disini, apakah tindakan sewajarnya yang diambil oleh mereka??

Selain daripada itu, kerbersihan di sekitar deretan kedai Jln 10 juga tidak terjaga. Pembuangan sampah yang begitu ketara. Dimanakah pemantauan yang dilakukan oleh MPS?? Rakyat sudah membuat bayaran cukai pintu setiap tahun, tetapi apakah khidmat diberikan dengan memberi kepuasan kepada rakyat??. Kami amat berharap setidak-tidaknya tempat tersebut diletakkan Papan Tanda Amaran / Letakkan bunga hiasan agar penduduk tidak sesuka hati membuang sampah di kawasan tersebut. Dengan adanya Papan Tanda dan bunga insya-ALLAH mereka tidak akan membuang sampah suka hati dan pandangan kawasan tersebut juga nampak cantik.

Saya rasa tahap kebersihan makanan yang dijual oleh peniaga disini memang tidak memberi jaminan kerana kerap sahaja terima aduan penduduk yang membeli makanan di gerai ini akan mengalami sakit perut dan sebagainya. Oleh itu saya amat berharap pemantauan ini dilakukan segera oleh pihak YDP MPS dan Jabatan-Jabatan MPS yang lain.

Bukan itu sahaja, malahan Tmn Rekrasi kanak-kanak juga kalau tidak silap saya hampir 20thn padang permainan disini tidak di “upgrade”. Hanya sekali sahaja ditukar kemudian tiada pemantauan dibuat oleh Tmn Rekrasi MPS. Terdapat berbagai kerosakan dan pembuangan longgokan sampah sarap di padang ini.

Penyediaan kemudahan peralatan permainan seperti papan jongkit, buaian, papan gelongsor dan lain-lain begitu lama dan banyak rosak. Didapati Papan Gelongsor yang sering digunakan oleh anak-anak penduduk disini amat merisaukan kami. Kelihatan sudah begitu buruk dan tidak selamat digunakan lagi. Dimanakan pemantauan bahagian Tmn Rekrasi MPS??.

Pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk, Tn Hj Hamid Rani berkata ” Selain daripada Jln 7, pembuangan sampah, Penyediaan Tmn Rekrasi yang menghadapi masalah besar dan meragut nyawa keselamatan penduduk disini, saya juga ingin membuka mata MPS agar adakan Bonggol Jln 2 agar tidak berlaku kemalangan. Kerap berlaku kemalangan disini apabila penduduk sekitar Tmn Amaniah, Kg Baru Lalat, Batu Caves yang melalui jalan ini. Boleh dikatakan Tmn Selayang menjadi Mangsa keadaan”.

Kami merasa hairan, kalau di peringkat kawasan Gombak, Hulu Klang ada peruntukan MPS untuk perbaiki & menaiktaraf insfrastruktur, mengapa Bt Caves yang juga telah memperolehi kemenangan juga dalam PRU ke 12 lalu dikatakan tiada peruntukkan??. Adakah ini permainan politik MPS kepada rakyat??, Ini sama sekali tidak adil pada kami. Negeri Selangor sudah menjadi kerajaan memerintah, tetapi mengapa peruntukan daripada MPS tiada diberi kepada kami. Jangan penduduk Dun Batu Caves, di anak tiri oleh mana-mana pihak dan ibarat seperti anjing yang menyalak, katanya dengan nada marah.

Dengan berbagai masalah yang timbul, di kawasan perumahan ini juga terdapat peniaga yang meniaga tanpa lesen. Ibarat seperti cendawan yang tumbuh semakin bercambah di Kawasan seperti Sekolah Ren Tmn Selayang, Petronas hampir di Jln 10 dan Kawasan Perumahan Tmn Selayang. Kami bukan ingin menyekat rezeki penduduk yang ingin meniaga tetapi hendaklah dengan cara prosedure yang betul. Sudahlah kawasan perumahan sesak dengan laluan kenderaan, ditambahkan lagi bebanan apabila pelajar dan orang awam yang meniaga disini membuatkan mereka berhentikan kenderaan. Menjadi haru biru pada kami untuk atasi masalah ini, lebih-lebih lagi orang awam yang sering mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada penduduk disini.

Sebagai Pengerusi Penduduk disini, saya merasa bertanggungjawab untuk mengatasi berbagai masalah yang timbul disini. Oleh itu sebagai penduduk yang hampir 30thn lebih menetap disini setelah berbincangan dengan AJK Penduduk Tmn Selayang, kami semua bersetuju dengan membuat perjumpaan akhbar untuk membuka mata rakyat semua atas khidmat yang diberikan oleh MPS kepada masyarakat yang amat mendukacitakan kami.


Hal tersebut telah kami usulkan kepada Adun Bt Caves, Y. B Amiruddin Shaari dan Ahli Majlis MPS Zon 13, Utz Hasbullah, namun kami amat merasa kecewa apabila jawapan diberikan daripada mesyuarat bersama MPS dengan menyatakan
“Jln 7 adalah Jln Awam dan tiada tindakan alternatif lain untuk atasi masalah ini dengan sebaiknya sehingga kini.”

Jika benarlah pihak MPS tidak menjumpai formula alternatif maka, disini kami ingin memberi cadangan kepada MPS agar turun padang melawat tempat kami, Membuat pembahagian Jalan atau membina pagar /palang dihujung berhampiran Apartment Sri Astana/ ditutupkan jalan tersebut dan sepanjang Jln 20 sehinggalah berhampiran Jln Besar, ini bertujuan untuk mengurangkan kemasukan banyak kenderaan menuju ke Jln 7 sebagai jalan pintas mereka.

Pihak MPS harus menyediakan Jln Khas/Alternatif lain (Bersebelahan Jln 20) supaya ianya bersambung dengan Jalan berhadapan apartment Sri Astana tersebut dimana pelebaran Jln perlu dilakukan sehingga ke kawasan berhadapan pejabat Jualan Pembangunan Hasil Makmur Sdn Bhd yang mana bangunan tersebut sepatutnya menjadi bangunan sementara sahaja dan dirobohkan selepas projek tersebut siap.

Jika segala cadangan kami tidak juga diambil tindakan dan tidak diendahkan juga, maka solusi terakhir kami adalah dengan membawa masalah ini kepada Y. B Dato’ Hasan Bin Mohd Ali, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau juga harus tahu dan bersama mengatasi masalah kami sebagai rakyat Selangor disini.

Dengan penuh harapan kami penduduk Tmn Selayang agar Y.B Dato’ Hasan dapat turun padang di kawasan ini untuk membantu kemulut yang tiada jalan penyelesaian daripada 2007.

Semoga usul ini diterima Y. B Dato’ Hasan yang banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat dibeberapa kawasan selain di DUN Gombak Setia kerana kami percaya Y.B Dato’ mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan sebaiknya katanya dengan tegas.

Editor : Khaulah Azwar



Rakaman Video Laluan Jln 7, Tmn Selayang yg dikatakan MPS Jln Awam telah kerap berlaku kemalangan, terputus "Cable" Televisyen, Telefon, Astro, Kes Kecurian, Ragut, Ugut semakin meningkat. Penduduk tidak merasa aman lagi, Mohon Y.B Dato' Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi penduduk disini. :(

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI