Monday, June 18, 2012

UNDILAH Jangan Tidur, UNDI PAKATAN PENDIDIKAN PERCUMA

Kepada 1 juta peminjam PTPTN : Jom undi Pakatan Rakyat.Ramai pelajar merungus tak mampu bayar bila semua dah kena bunga. 

Pelajar jadi mangsa Ah Long. Kalau lah Kerajaan terus terang, takde tipu helah dalam pinjaman pendidikan, pasti tidak berlaku. 

So kuasa di tangan anda semua.. Jangan takut untuk berubah. PAKATAN memerintah, pendidikan percuma untuk anda semua.. Trust PAKATAN. (Bulan, Anak Bulan, Dan Roket, Dacing.. Masuk dalam Tong.)


 

hanya pencacai ameno sahaja g bangkang perkara baik..krn apa??

akal yg waras xkan menolak pendidikan percuma..
akal yg waras xkan menolak kebaikan.
akal yg waras xkan mensia2kan peluang utk berbuat baik..

kecuali....




Den minta semua sahabat2 Fb sebarkan informasi ini, Di tekankan..

Bila PAKATAN memerintah, percayalah negara takkan bankrap.. orang bodoh je boleh cakap mcm tu sebab tak buat kajian. UMNO ngok suka takutkan rakyat.

Malaysia kaya dengan hasil petroleum dan banyak hasil boleh di perolehi untuk diberikan  kepada rakyat.

Cuba lihat negara luar mereka mampu beri pendidikan percuma dengan hasil negara mereka kepada rakyat.. ada juga negara lain yang tidak punyai hasil namun mereka boleh laksanakan pendidikan percuma.. 

So why not Malaysiaku yang kaya raya tak boleh?? Boleh untuk puak2 UMNO je ke???

UMNO cakap bankrap sebab pimpinan mereka dapat matematik 9.. so yang percaya tu pun agaknya mcm tu le,:)

PAKATAN sudah buat kajian darisegi ekonomi, keuntungannya. tak rugi pun lol...

Pilih Pemimpin PRU13 Lebih Utama, Haji Boleh Di Tangguh


SHAH ALAM: Sekiranya kerajaan pusat berdegil ingin mengadakannya pilihanraya PRU13 pada musim Haji, semua aktivis PAS yang ditemubual  wartawan  nekad  memilih untuk bertempur bersama parti.




Tinjauan rambang pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor di sini mendapati, para aktivis merasakan bukan masalah besar untuk menangguhkan ibadah haji dan menumpukan tenaga untuk menawan Putrajaya. 



Rohaizad Abdul Rahim, 40, dari kawasan Petaling Jaya Selatan berpendapat, pilihanraya yang berlangsung lima tahun sekali merupakan medan pertempuran penting lebih-lebih lagi dalam memilih pemimpin negara.



Katanya, penagguhan ibadah haji bukan bererti meminggirkan tuntutan Rukun Islam kelima, sebaliknya perkara berkenaan boleh dilakukan pada tahun akan datang.



“Walaupun haji itu wajib, tetapi parti juga satu kewajipan kerana kita ingin memilih pemimpin.



“Dari segi tempoh masa, haji boleh pergi bila-bila masa. Pilihanraya merupakan peluang yang ada untuk kita mengutamakan parti,” katanya. 



Dalam tinjauan tersebut beberapa aktivis Pas yang dipilih secara rambangan dari lebih kurang  2,000 yang hadir pada himpunan tersebut.



Kesemua aktivis yang daripada berbagai latar belakang dan umur itu tidak teragak untuk beritahu sekiranya mereka dipilih untuk menunaikan haji pada tahun ini, mereka akan tangguh untuk bersama parti semasa pilihanraya. 



Ahli PAS Ampang, Anuar Saari, 42, berkata pilihanraya tidak diadakan setiap tahun berbanding dengan peluang menunaikan Haji. 



“Kalau kita terpilih, boleh tangguhkan dengan memaklumkan kepada pihak tabung haji. “Saya rasa ahli (parti) juga perlu buat perkara yang sama kerana pilihan raya lima tahun sekali.



Bukan setiap tahun ada. Paling penting setiap ahli perlu faham perkara itu,” katanya. 


Media pro-Umno-BN baru baru ini mempertikaikan kenyataan pemimpin Pas yang meminta ahli parti yang terlibat secara langsung di dalam pilihanraya menangguhkan ibadah haji sekiranya PRU ke 13 berlaku pada musim itu.



Media tersebut memaparkan kenyataan daripada berbagai pemimpin Umno dan ulama lain yang mengkritik kenyataan pemimpin Pas seperti presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.



Muslimat Pas Selangor turut menyatakan pendirian sama untuk bersama PAS walapun PRU-13 pada musim Haji.



Julianah Maah, 57, berkata, perjuangan menegakkan kebenaran terutama dalam memilih pemimpin negara merupakan jihad yang besar dan dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.



Katanya, dalam keadaan sekarang, sudah tiba masa rakyat membuat perubahan demi memastikan negara tidak terus berada dalam cengkaman pemerintah yang selama ini menafikan hak rakyat.


 
“Saya memilih untuk berada di Malaysia sekiranya PRU-13 diadakan pada musim haji walaupun pada ketika itu saya terpilih untuk menunaikan ibadah haji. 

“Ini kerana, pengorbanan dan pahalanya lebih besar sekiranya kita bersama-sama parti berjuang dalam PRU-13,” katanya.

Norhayati Samad, 41, tidak timbul isu membelakangkan agama kerana pilihan raya itu adalah penentu masa depan negara dan memperjuangkan Islam merupakan satu perkara yang dituntut dalam agama.

Siti Maryam Mohd, 50 yang berpandangan PAS memerlukan sokongan rakyat dan adalah lebih baik ibadah haji ditangguhkan.



Editor : Khaulah Azwar

Setingi Mana Pangkat, Darjat Kita, Bila Dah Mati Tinggal Semuanya

 Alhamdulilah,  sedikit ilmu yang ana mampu konsikan dalam kuliah TGNA, sangat menyentuh hati setiap kali mendengar kata para ulama' TGNA.


Apakah kita semua sedar, apa yang kita miliki hanya sementara waktu sahaja?.

Bagaimana tanggangungajwab kita dengan manusia apabila kita menjadi pimpinan? Sudah kah kita melaksanakan dengan sebaiknya dengan penuh amanah?? Bagaimana pula tangungjawab kita kepada ALLAH SW?T.

Ingatlah, semua yang kita miliki, akan kita tinggalkan bila nyawa kita telah diambil.

Yang kita bawa adalah amal solih sahaja mengiringi kita.

Jangan bangga dengan apa yang kita ada, Jangan sombong dengan manusia, jangan sombong dengan Allah SWT..

"Bila saya mati,gelaran Dato bentara setia saya sudah tidak ada lagi,yang tinggal hanya Nik Aziz. Sama ada tun,tin ke tan semuanya tidak ada lagi,yang ada hanyalah pahala.

Justeru,sekarang kita perlu segera jadikan amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi ALLAH SWT kelak..."

Siri Peringatan Buat Yang Lupa: Jangan Lari Daripada Jemaah


Pembinaan yang paling sukar disempurnakan ialah pembinaan diri sendiri. 

Oleh kerana kesempurnaan diri turut bergantung kepada kesetiaannya pada jemaah umat, maka pembinaan individu hanya boleh berlaku dan sempurna di dalam jamaah. 

Lari daripada jamaah adalah fenomena sebuah binaan yang terbengkalai. 

Justeru ikhlaskan diri dan ikatnya dengan keazaman untuk cinta dan KEKAL DALAM JEMAAH
- Ustaz Nik Abduh

Tazkirah : 3 Kesilapan Manusia

Catatan kuliah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kehidupan kita seringkali kita melakukan kesilapan tanpa menginsafinya. Sedangkan orang-prang yang beriman itu adalah harinya lebih baik daripada semalam.

3 kesilapan manusia :

- Mensia-siakan masa
- Bercakap perkara tidak kena mengena dengan kita
- Menyibukkan diri dengan benda remeh temeh
 

Tazkirah : Fahami ISLAM Sebaiknya

"Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. 

Jika air yang asalnya jernih, mengalir begitu lama menyusuri bukit-bukau, sudah pasti dicemari dengan kelodak apabila tiba di muara sungai. 

Dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis. 

Demikian juga dengan Islam, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW memerlukan penapis yang bersih.Penapis itu ialah para ulama' yang ikhlas mengajarkan ilmu..." - TGNA

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI