Tuesday, May 18, 2010

Kemenangan Pakatan di Sibu ubah lanskap politik negara

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) amat mengharapkan agar kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu akan menjadi pemangkin yang akan merubah lanskap politik tanah air ke arah perubahan yang lebih bermakna kepada seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak PAS merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat di Parlimen Sibu, Sarawak yang telah melakukan perubahan dengan memilih Ahli Parlimen baru Pakatan Rakyat dari Democratic Action Party (DAP) dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu pada 16 Mei 2010 lalu.

“Perubahan ini menandakan bahawa rakyat Sibu telah berjaya mengekang politik projek dan rasuah yang ditabur oleh parti lawan dalam pilihan raya berkenaan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, kemenangan itu juga menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji serta ugutan dari jentera BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan.

Menurutnya, serangan bertalu-talu tanpa henti oleh kepimpinan kerajaan BN, ditambah pula dengan wujudnya keraguan dalam undian pos telah juga berjaya dihadapi oleh seluruh jentera pilihan raya dari Pakatan Rakyat dengan cemerlang.

“Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas PAS yang datang dari seluruh pelosok negara, rakan-rakan dari PKR dan DAP yang telah mempermudahkan petugas dari PAS dan dalam masa yang sama telah menunjukkan semangat kerjasama yang tulen sehingga menyumbang kepada kemenangan ini,” ujarnya lagi

Akibat Kesan Mengambil Ubat Madu Sauda Al-Fateh


Gombak – Tinjauan PKM DUN Gombak Setia bersama petugas sukarelawan dan ketua Kg Kerdas 3 dalam program ziarah medic, di dapati seorang ibu tunggal yang duduk bersama 2 orang anaknya dan salah seorang diantara anak beliau tidak waras akibat ganguan dalaman.

1 persatu ujian menimpa keatas keluarga ini, nasib malang warga emas yang dikategori di peringkat (Opah), telah ditimpa musibah kerana ghairah untuk menyembuh sakit lenguh lutut yang dihadapi sekian lama.

Atas kepercayaan dan yakin dengan ubat yang dijual oleh penjual daripada Pakistan yang dikatakan boleh membantu menyembuh sakitnya, kini beliau tidak berupaya lagi untuk berjalan dengan lebih kuat.

Hanya bergantung dengan tongkat dan kerusi sahaja untuk memberi kekuatan setiap langkah kakinya bagi menuju sesuatu tempat.

Kesihatannya mula terganggu akibat mengambil ubat Madu Sauda Al-Fateh. Walaubagaimanapun Pn. Enon Malfol berusia yang berusia 96thn masih kuat bertenaga, pandangan mata tidak kabur, otot-ototnya juga masih kuat, tetapi telah tergugat apabila hanya sedikit kelenguhan sendi yang dirasa telah diambil 1 tindakan yang diluar dugaan anak sulong beliau.

Dengan mengambil ubat madu sauda Al-Fateh tersebut, kini ke 2 kaki beliau telah mengalami luka yang teruk, menanah dengan mengeluarkan lendir. Retetan daripada itu beliau sukar untuk berjalan dengan lancar lagi.

Menurut Enon, beliau mengambil ubat tersebut selama 4 bulan. Pada mulanya beliau lihat hanya sebelah kaki sahaja seperti mengalami gatal-gatal, lama kelamaan seluruh badan beliau juga telah mengalami gatal, berkudis.

Anak & cucu beliau telah meminta agar berhenti meneruskan mengambil ubat tersebut. Kini beliau hanya mengambil ubat di farmasi sahaja untuk menyembuhkan sakit luka yang teruk dialami.

Pihak Doktor yang telah merawat beliau menasihatkan agar Pn Enon berhenti mengambil ubat tersebut mungkin tidak serasi dengan darah beliau.

Katanya lagi, saya amat merasa bimbang juga adakah ubat yang dijual telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Segalanya berkemungkinan dalam mencari keuntungan berbagai perkara pihak peniaga boleh melakukan apa sahaja dalam kandungan ubat tersebut tanpa mengira kesan kepada pihak pengguna yang lain.

Oleh yang demikian, kepada semua pengguna terutamanya yang suka untuk mengcuba mengambil ubat tanpa meminta nasihat terlebih dahulu daripada pihak Doktor, dinasihatkan agar berhati-hati dan fikirkan kesan akan datang, sekiranya sudah berlaku tiada gunanya lagi untuk kita merasa kesal dengan apa yang berlaku, ujarnya.

Enon telah menerima rawatan rapi daripada pihak Doktor yang telah dilantik oleh pihak PKM Dun Gombak Setia dan beliau telah menerima sumbangan kewangan bagi membantu beliau sekeluarga dalam menanggung kos perubatan seterusnya di hospital.

Editor : Khaulah Azwar

Degupan Jantungnya Lemah Namun Mampu Mengukir Sebuah Senyuman


Gombak – Nasib Ibu Tunggal yang menetap di Kg Kerdas 2 telah diserangi berbagai penyakit. Kadangkala beliau merasakan seperti nikmat kesihatan yang ALLAH swt berikan dahulu telah hilang.

Pn Saidah Abd Manap, 77 thn, telah mendapat rawatan percuma melalui program ziarah medic anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia yang telah diadakan baru-baru ini.

Petugas-petugas sukarelawan telah turun padang untuk memberi khidmat kepada masyarakat Gombak di sekitar Kg Kerdas 2 untuk memeriksa kesihatan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mahupun pemahaman politik yang berbeza.

Beliau yang dikategori Warga emas telah menerima rawatan perubatan daripada Doktor panel yang telah ditaklifkan oleh PKM DUN Gombak Setia.

Menurut Saidah, beliau telah mengalami sakit degupan jantung yang amat lemah semenjak 19thn yang lalu. Selain daripada itu, beliau juga disahkan oleh Doktor mengalami sakit Darah Tinggi, Kolestrol tinggi, pernah diserangi stroke selama sebulan. Alhamdulilah telah sembuh dengan membuat rawatan rapi di hospital dan rawatan tradisional, katanya.

Beliau yang merupakan ibu tunggal mempunyai 5 orang anak yang sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan beliau sepanjang ketiadaan suami disisi. Beliau kini dijaga oleh anaknya iaitu En. Abu Bakar Samsuddin.

Kedatangan petugas & Doktor di rumah beliau telah disambut baik oleh ahli keluarga beliau, dan ketika perbualan jelas kelihatan ibu tunggal ini seperti benar kepenatan kerana degupan jantungnya yang agak lemah tidak mampu untuk beliau berkata terlalu banyak.

Saidah berkata “kadangkala iman yang lemah sering membuat hati saya bercelaru memikirkan kehidupan yang hanya tinggal berapa waktu sahaja, amal kebajikan masih tidak banyak dilakukan, dan apabila melihat anak-anak muda yang datang disini, terubat segala kesakitan. Alhamdulilah kalian dipilih ALLAH swt untuk membuat kebajikan kepada masyarakat diusia muda, semoga amalan diterima dengan linangan air mata, ujarnya kepada semua petugas”.

Disebalik raut wajah yang kelihatan kepenatan, beliau masih mampu mengukir sebuah senyuman dengan erti kata amat menyenangi kedatangan pihak penganjur dan merasa beryukurnya kepada ALLAH swt kerana PKM Dun Gombak Setia yang mewakili Y.B Dato’ Hasan sudi menziarahi beliau dirumahnya dengan memberi rawatan medic.

Saidah merasa terharu dengan penerimaan ziarah dan sumbangan ikhlas daripada Adun Gombak Setia bagi meringankan bebanan beliau untuk membuat rawatan seterusnya di hospital.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI