Thursday, December 6, 2012

Politik Samseng : UMNO Lepas, PR Terus Di Buru

SHAH ALAM, 7 DIS : Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin menyifatkan  fenomena Politik Malaysia adalah politik samseng yang  kini semakin berleluasa.

Katanya,  kejadian ini berlaku kerana  pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Umno-BN yang melanggar batasan undang-undang.

Banyak aduan yang telah Pakatan Rakyat (PR) laporkan kepada polis berkenaan kejadian samseng politik yang  dilakukan oleh penyokong Umno-BN.

Akan tetapi tiada tindakan daripada Polis terhadap aduan-aduan tersebut. Sebaliknya tindakan yang cepat dan tegas diambil oleh Polis terhadap penyokong PR.

Ujarnya lagi, insiden membaling cat ke Bas milik PKR semasa Jelajah Merdeka Rakyat di 
Melaka, di mana seorang pemuda di rakam dalam perbuatan itu.

Begitu juga dengan insiden “senaman punggung” di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Sebaliknya tindakan pula diambil terhadap mereka yang menyertai siri perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur sehingga diburu dan ditahan oleh Polis.

Begitu juga dengan beberapa pemuda yang diburu sehingga terpaksa meminta maaf secara terbuka kerana memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada satu perhimpunan Ogos lalu.

Politik samseng adalah satu keadaan di mana mereka yang terlibat tidak bersedia dengan kepelbagaian idea dan akhir sekali mencetuskan pertembungan fizikal.

“Sewajarnya politik adalah pertukaran idea dan kebebasan serta diberi ruang untuk melontar pendapat.

“Pihak yang terlibat dengan samseng ini apabila idea mereka ditolak oleh golongan masyarakat,” katanya.

“Apabila idea mereka tidak boleh diterima dan ditolak oleh masyarakat maka (mereka) tidak senang dengan keadaan ini serta iri hati dengan idea-idea yang dikemukan sesuatu pihak maka di situ timbulnya politik samseng,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar kali ke-16 yang mengetengahkan topik ‘Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’.

Kira-kira 500 hadirin hadir dalam wacana itu yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini.

Turut tampil dalam wacana ini, Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


 Editor : Khaulah Azwar

POlitik Samseng Di Manakah Maruah Kita??


Airmata Ayahanda Mengugat Jiwa

Siapa yang akan mengerti setiap titisan airmata para ulama, para pejuang islam yang mengalir sehingga kadangkjala mengugat hati naluri yang melihatnya.

Mengenang perjuangan islam yang sentiasa mengharapkan ada  kesinambungannya dalam memastikan Kalimah Allah tertegaknya dimuka bumi Allah SWT.

Ya-Allah rahmati setiap langkah, usaha murninya. amiin

Jelajah Rakyat Lembah PANTAI..Moh Ke Sana.

Salam semua, Jemputan ke Program Jelajah Mesra Rakyat. Akan Hadir   DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di lokasi :Tarikh : 9 Dis, 2012 (Ahad)
8pg: Pasar tani Pantai Permai
9.30pg: Mini-market Balaji, Kondo Rakyat
10pg: Sesi mesra rakyat di Surau Pantai Permai

Kalau berkesempatan, silalah datang :), 


Suara Editor : Moga Allah melindungi mama dan adikku izzah dalam menyebarkan informasi rakyat.. Barakaallhumma.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI