Sunday, October 30, 2011

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Beli Bangunan UMNO

Shah Alam : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) telah membeli sebuah bangunan dua tingkat sebelum menghadapi Pilihanraya Umum (PRU13) bagi memastikan Negeri Selangor terus ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua DMPNS, Hjh W. Hasrina W. Hassan berkata, tercetusnya idea untuk membeli bangunan ini pada tahun 2009, adalah untuk memastikan ada kesinambungan perjuangan Islam di negeri Selangor dan bagi memastikan DMPNS mempunyai aset tersendiri, katanya.

Terdahulu bangunan pejabat ini adalah Bangunan UMNO yang terletak di Shah Alam Seksyen 10 dan telah dilelong oleh pihak Bank dengan nilai RM590 ribu.

Apabila mengetahui bangunan ini milik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelang yang digunakan sebagai bilik gerakan dalam PRU12 yang lalu, semangat kami begitu tinggi untuk merampas bangunan ini bagi memastikan Bangunan UMNO dimiliki oleh PAS.

“Sudah tiba masanya PAS Ganti UMNO dalam pentadbiran kerajaan”, katanya.

Menurut W. Hasrinah, hasil sumbangan dan kerjasama daripada semua sahabat-sahabat seperjuangan di peringkat kawasan dan cawangan maka bayaran tersebut dapat dilangsaikan dan terus memiliki bangunan ini sempena Nuzul Quran pada Ogos, 2011 lalu, katanya.

“Alhamdulilah hasil didikan tarbiyah di dalam PAS antara ahli, maka hati mereka tercenderung untuk membantu perjuangan Islam dengan memberi infaq dana, tenaga, harta, wang simpanan tabung haji, barang kemas serta buah fikiran untuk membantu DMPNS memiliki bangunan ini. Inilah perjuangan yang begitu hebat yang di tunjukkan oleh Ahli PAS dan saya benar rasa terharu.”.

Dengan adanya bangunan ini, kami berjanji akan terus berjuang dengan memastikan Kerajaan PR di negeri Selangor terus bertahan dalam PRU13 dan terus memastikan PR akan menuju ke Putrajaya, kata W. Hasrinah selepas Majlis makan Malam Perasmian Bangunan DMPNS kelmarin.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Hj. Awang yang merasmikan bangunan tersebut mengaharapkan agar semua ahli PAS akan terus istiqama dalam perjuangan Ini meskipun berbagai ujian diberi.

Muslimat merupakan tenaga yang begitu penting dalam perjuangan ini untuk membantu kaum muslimin.

Dalam kerja-kerja pilihanraya, muslimat lebih banyak membantu dalam gerakan kerja rayu undi selain daripada itu turut memberi berbagai idea dalam menghadapi pilihanraya kecil di setiap negeri.

Justeru itu, penglibatan perjuangan muslimat dalam politik tidak boleh dipisahkan dan perlu difahami oleh semua pihak terutamanya ahli keluarga.

Harapan saya semoga dengan adanya bangunan DMPNS, muslimat akan terus memberi komitmen yang lebih tinggi, terus istiqama dalam perjuangan dan sekaligus akan pertahankan kemenangan di negeri Selangor ini, kata Tuan Guru Hadi Awang.

Sebanyak 23 Dewan Muslimat PAS Kawasan Negeri Selangor dan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor telah menerima Sijil Anugerah Penghargaan yang telah di sampaikan oleh Tn Guru Hadi Awang dan Hjh W. Hasrina.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pesuruhanjaya PAS, Dr Hj Abd. Rani Osman, Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Shaari Sungib, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.

Editor : Khaulah Azwar

Bekerja seperti Pilihanraya untuk minggu ini



GOMBAK, 30 Okt: Ijtimak Tarbawi 2011, Deawan Pemuda PAS Pusat yang berakhir petang tadi melabuhkan tirainya dengan satu komitmen untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya.

Bercakap selepas menyampaikan ucapan penutup petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, anggota dewan itu hari ini pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk berkerja seperti 'pilihan raya minggu ini'.

"Apa yang kita dapat dari ijtimak ini akan diteruskan bila balik ke kawasan masing-masing.

"Jentera pemuda akan fokuskan gerak kerja pilihan raya seolah-olah pilihan raya akan dilaksanakan minggu ini. Kita kena 'all out'," katanya kepada media.

Sementara itu, kira-kira 6,000 peserta dari seluruh negeri hadir ke ijtimak kali ini.

Mereka berkampung di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad selama tiga hari sejak Jumaat lalu dengan pelbagai pengisian tarbiah diatur penganjur.

Selain pemimpin utama PAS, peserta juga didedahkan dengan pengalaman jemaah Islam luar negara seperti oleh wakil Hamas dari Palestin dan wakil Ikhwanul Muslimin dari Mesir.

Menyifatkan ianya sebagai mencapai sasaran, Nasruddin berkata ianya akan dijadikan acara tahunan dewan itu.

"Ijtimak ini adalah untuk membentuk pelapis di kalangan pemuda yang utuh prinsip perjuangan Islamnya.

"Kita anggarkan cecah 6,000 yang hadir kali ini sekaligus mencatat sejarah paling ramai berbanding tahun lepas," katanya.

Untuk rekod, Ijtimak Tarbawi kali pertama tahun lalu diadakan di Terengganu.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI