Monday, February 1, 2010

Adun Gombak Menangani Masalah Sek. Ren Integrasi Sg.Cincin


Gombak – Sebagai Pengetua Sekolah sudah pasti inginkan kebaikan untuk pelajar mereka, dengan memastikan para pelajar mendapat keselesaan dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas.

Dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pengetua sekolah, beliau cuba melengkapkan kelengkapan aset yang terkurang. Setelah mendapat bantuan Dana daripada JAIS sedikit sebanyak telah mengurangkan bebanan kepada pihak sekolah .

Tetapi dengan aset (Meja, Kerusi) yang telah di dibekalkan oleh pihak JKR tidak mengikuti spesifikasi sudah tentunya membuatkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan sedikit sebanyak membuatkan pihak sekolah merasa kesal diatas pembekalan yang diberi oleh pihak berkenaan.

Pihak sekolah telah membuat aduan tersebut kepada pihak YB Dato’ Hasan selaku Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam, agar dapat membantu mengatasi masalah tersebut kerana jika tidak mendapat surat sokongan daripada YB Dato’ untuk menukarkan kembali perabot tersebut sudah pasti menyukarkan pihak sekolah untuk berurusan dengan pihak berkenaan.

Setelah mendengar masalah tersebut YB Dato’ bersama pihak JKR, MPS, Ahli Majlis, Nazir Masjid, telah membuat kunjungan ke sekolah berkenaan baru-baru ini.

Kedatangan YB Dato’ telah disambut oleh pihak Pengetua Sekolah untuk mengiringi beliau kedalam Kelas bagi melihat keadaan kerusi dan meja yang dibekalkan dengan Anggaran baru yang diberikan oleh pihak JKR daripada pembiayai daripada pihak JAIS untuk kerusi & meja murid.


YB Dato’ telah dimaklumkan oleh pengetua sekolah mengenai masalah yang dihadapi selama ini adalah Kerusi & Meja murid yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tindakan YB Dato’ untuk atasi masalah ini adalah beliau telah meminta pihak JKR agar dapat menukarkan kerusi & meja yang baru mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sebagai pembeli pihak sekolah berhak membuat pertukaran jika apa yang dimohon tidak mencapai citarasa pengguna dengan mengikuti syarat-syarat perjanjian.

Apabila YB Dato’ meneliti perabot tersebut, jelas kelihatan meja tersebut tidak mengikuti spesifikasi yang telah dimohon oleh pihak sekolah dan tidak sesuai digunakan. Atas keperihatinan beliau terhadap pemasalahan ini, maka YB Dato’ meminta P.A beliau mengeluarkan surat sokongan sebagai membantu pihak sekolah bagi mengatasi masalah tersebut.

YB Dato’ amat berharap semoga dengan penyediaan kelengkapan sekolah yang mengcukupi, para pelajar akan mendapat keselesaan untuk belajar dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas.

Pihak Pengetua Sekolah yang mengiringi beliau kelihatan gembira apabila masalah yang dihadapi selama ini akan selesai dalam masa terdekat. Pihak Sekolah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ dan kepada semua yang hadir diatas keperihatinan dan pemantauan yang diberikan disekolah tersebut .

Bagi YB Dato’ tiada yang lebih menggembirakan beliau melainkan apabila melihat anak – anak generasi muda ini berjaya dunia akhirat. Mereka adalah aset negara yang amat berharga dan merupakan sebagai pewaris untuk memajukan negara dengan Adil & Bijaksana apabila ketiadaan kita nanti.

Adun G.S – Mohon Penjelasan MPS Dengan Tuntutan Penduduk & PIBG Sekolah 2008


Gombak – Tahun berganti tahun namun janji MPS kepada Penduduk & pihak PIBG Sekolah tidak tertunai sehingga kini. Janji manis yang diberikan oleh MPS hanya untuk menyedapkan hati penduduk sekitar dan Sekolah berkenaan melalui kertas sahaja tetapi tiada sebarang tindakan dibuat.

Atas aduan yang diberikan, YB Dato’ telah membuat lawatan ke persekitaran Sekolah Hilcrest bagi mencari jawapan daripada pihak MPS berkenaan membina laluan jalan kaki bagi para pelajar.

YB Dato’ telah dimaklumkan oleh Penduduk & Pihak PIBG Sekolah bahawa pihak MPS telah berjanji melalui surat yang telah dikeluarkan (Ruj :bil 10 dlm MPS . 3/3-117/308 jilid 11 ) tahun 2008 untuk membina laluan jalan kaki bagi kemudahan para pelajar ke sekolah. Tetapi sehingga kini projek pembinaan tersebut tidak dibina lagi.

Lantaran itu setelah meneliti surat dan mendengar pemasalahan tersebut, YB Dato’ telah mengambil tindakan dengan meminta kerjasama pihak MPS untuk memberi penjelasan terperinci mengapa projek tersebut tidak dilaksanakan sehingga kini????? Yb Dato’ meminta agar tuntutan tersebut dapat dijawab secepat mungkin.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI