Monday, February 21, 2011

Pasti Melahirkan Jurulatih yang Mantap




Gombak - Bengkel Jurulatih Utama Pasti Negeri Selangor telah diadakan petang semalam di Ibu Pejabat Pasti Malaysia bagi memantapkan gerakkerja ahlijawatankuasa yang dilantik sebelum diadakan program Kursus bersama guru-guru pasti Negeri Selangor.

Berkata Pn Khairiah Mohamed Pengarah Pembinaan Bahan dan Buku Teks "Tujuan utama kita adakan bengkel ini adalah bagi membantu Jurulatih di bawah unit Latihan Pasti Negeri Selangor (LPNS) dan Majlis Guru Pasti Selangor (MGPS) yakin untuk menjadi fasilitator. Disamping itu juga memberi tugasan kepada mereka agar segala perancangan gerak kerja berjalan dengan lancarnya".

"Kursus asas perguruan pasti (KAPP) ini akan diadakan bersiri sebanyak 4 kali setiap tahun . Akan datang adalah kursus KAPP Siri 1 & 4 yang bakal diadakan di Sg Congkak pada 25hb Februari sehingga 27hb februari, 2011, Kursus Persijilan pula di Puncak Lui H. Langat pada 4hb Mac sehingga 6hb Mac, 2011 dan Kursus 4 thn Siri 1 pada 11hb Mac, sehingga 13hb Mac, 2011".

"Kursus ini akan melibatkan guru -guru baru (KAPP1) dan guru-guru pasti yang belum tamat kursus ( KAPP) dan Kursus Sijil Perguruan Pasti (KSP), insya-allah".

"Tujuan kursus yang bakal diadakan ini bagi membantu semua guru-guru terutamanya guru-guru baru untuk memberi keyakinan dan kemahiran yang lebih kepada mereka dalam penyampaian pelajaran kepada para pelajar".

Ini adalah salah satu usaha daripada Pasti Pusat dibawah Dewan Pemuda PAS untuk membantu mereka sebagai pendidik untuk berhadapan dengan kanak-kanak yang berusia 4thn yang sudah pasti mempunyai berbagai ragam dan memerlukan perhatian.

Kita harap semoga dengan adanya perjumpaan dengan mengadakan Bengkel Jurulatih Utama mampu memberi keyakinan kepada guru-guru yang terlibat hari ini sebelum program tersebut diadakan.

Sementara itu, Norjaswati Ismail setiausaha MGP Negeri Selagor berkata, "Alhamdulilah dengan mengikut kursus yang diadakan hari ini telah memberi peluang dan memberi keyakinan kepada saya untuk menjalankan tugasan sebagai fasilitator sebelum berhadapan dengan guru-guru pasti diseluruh Negeri Selangor".

Selain daripada itu perbincangan bidang tugasan juga diadakan hari ini bagi memastikan setiap AJK yang dilantik tahu tangggungjawab mereka pada masa hari kursus tersebut".

Kita tidak mahu pada hari Kursus diadakan menjadi satu kekalutan kepada semua fasilitator mengenai tugasan dan tindakan yang perlu diambil, jika mereka menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugasan pada hari program yang bakal diadakan nanti. Dengan adanya bengkel jurulatih hari ini, kami telah didedahkan dengan berbagai ilmu, katanya.

Insya-ALLAH saya yakin dengan penglibatan saya bersama guru-guru yang hadir hari ini mampu melakukan yang terbaik dengan bimbingan oleh Pn Khairiah pada program yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Editor : khaulah azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI