Sunday, March 13, 2011

Program PTRS membantu anak-anak selangor





Batu Caves- Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor akan meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menerusi program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk sesi 2011 menerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Y. B Dr Halimah Ali. .

Pn. Faridah Abd Latif, Penyelaras Program Tuisyen Rakyat DUN Batu Caves berkata, "alhamdulilah sepanjang tempoh PR memerintah program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat tanpa mengira perkauman dan politik. Seramai 280 orang pelajar yang telah menyertai program ini di Kawasan DUN Batu Caves sepanjang PR memerintah".

Bantuan tuisyen ini diberikan secara percuma tanpa bayaran kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal, pendapatan keluarga RM1500 kebawah.

Insya-allah program ini akan berterusan untuk sesi 2011 bagi membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Tempat adalah terhad kepada 100 penyertaan sahaja dan akan bermula pada bulan Akhir bulan Mac, 2011. Buat sementara waktu masih ada kekosongan lagi. Bagi yang berminat sila hubungi kami di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves. No talian kami 03-61875950 / 013-3834241.

Antara matapelajaran yang diberikan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan sejarah. Menurutnya lagi, PTRS akan berlangsung di semua 56 DUN Kawasan Negeri Selangor untuk membantu dan meringankan beban rakyat.

Program ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi keputusan SPM Negeri Selangor disamping menjana pembangunan modal insan melalui program-program sokongan kearah selangor negeri idaman maju sejahtera dan berkebajikan.

Dengan mengikuti program ini pelajar - pelajar akan mendapat manfaat yang sangat bermakna melalui program-program tambahan PERCUMA seperti Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Perdana, Penilaian prestasi mirip peperiksaan SPM. Pelajar juga diberikan motivasi pecutan akhir peperiksaan dan motivasi ibubapa dan anak. Disediakan juga program smart learning dan nota pelajaran. Disaat tibanya peperiksaan pelajar-pelajar bersama ibubapa akan turut bersama dengan pihak penganjur untuk mengadakan solat hajat sebagai usaha terakhir katanya ketika ditemubual di pejabat ADUN Batu Caves.



Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI