Monday, March 14, 2011

Nasib Peniaga Gerai Greenwood Terima RM5000 daripada Kerajaan Negeri PR





Gombak - Nasib 20 peniaga yang terlibat dalam mangsa kebakaran gerai greenwood seminggu yang lalu telah mendapat peruntukkan daripada Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) petang tadi.

Penyerahan Cek RM5000 seorang telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor /Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Turut bersama Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Y.B Hj. Mohamed Azmin B. Ali, ADUN Batu Caves Y.B Amiruddin Shari, Timbalan YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tn Hj Jaid Ehsan, Pegawai-Pegawai Pejabat Tanah Daerah Gombak, Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semua ahli-ahli Majlis MPS Zon Gombak dan Ketua-ketua kg Zon Gombak.

Berkata Y.B Datuk Hasan "Seperti yang kita janjikan Kerajaan Negeri PR Selangor akan membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Alhamdulilah hari ini Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Alam telah melunaskan janji tersebut agar semua peniaga dapat meneruskan perniagaan mereka dengan berjaya".

"Kerajaan Negeri Selangor merasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat. Semoga dengan peruntukkan bantuan diberikan dapat meringankan bebanan kepada semua mangsa. Insya-allah semua mangsa yang terlibat akan dapat memulakan operasi perniagaan mereka dalam masa terdekat ini.

Walaubagaimanapun pihak kami memohon maaf kerana terdapat penangguhan untuk peniaga beroperasi dalam masa seminggu yang lalu memandangkan apabila dikaji faktor keselamatan peniaga amatlah tidak sesuai diletakkan semua peniaga di Lot Jual Buah Durian walaupun semua peniaga bersetuju. Oleh itu perbincangan bersama MPS, Ahli Majlis dan Ketua-ketua kg. Mesyuarat telah memutuskan untuk memindahkan semua peniaga yang terlibat , agar di tempatkan ke Kawasan Tmn Berlian, Gombak. MPS telahpun mneyediakan 20 buah khemah buat semua peniaga".

Katanya, sebagai ADUN Gombak Setia, saya benar-benar melahirkan rasa simpati diatas musibah yang menimpa kepada semua mangsa. Insya-allah saya akan memastikan kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan secepatnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak Y.B Azmin Ali berkata, "Sebagai pimpinan dibawah pemerintahan Kerajaan PR, insya-allah kita akan berusaha membantu semua mangsa yang terlibat. Kita merasa simpati dengan peniaga-peniaga disini . Saya telah mendengar rintihan hati peniaga-peniag disini dengan mengadu mereka tidak dapat memulakan perniagaan semenjak musibah yang menimpa".

Saya amat berharap peniaga-peniaga yang terbabit bersabar dan insya-allah segala masaalah ini akan selesai secepatnya dengan mendapat kerjsama semua pihak. Alhamdulilah kita difahamkan juga Timbalan YDP MPS juga telah bersetuju untuk membantu mangsa-mangsa terbabit dengan tidak mengenakan kutipan sewa dalam masa 3 minggu ini kerana ingin membantu mangsa. Insya-ALLAH Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Saya juga merakamkan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang terlibat terutamanya kepada MPS, Ahli Majlis MPS, JKR, Bomba, Polis yang terlibat membantu meringankan beban mangsa, katanya.

Seorang mangsa Khadijah Hussain berusia 63thn yang membuat perniagaan nasi berlauk semenjak 1988 berkata, "alhamdulilah tidak disangka saya dapat rezeki hari ini. Walaupun seminggu tidak dapat memulakan perniagaan namun digantikan yang lebih baik. Semua peniaga telah diberikan RM5000 seorang dan diberikan bantuan untuk mendirikan khemah perniagaan sementara waktu. Disamping itu MPS juga telah bersetuju untuk tidak dikenakan sewa bagi beberapa minggu. Setidak-tidaknya dengan pemberian ini meringankan beban kami. Katanya lagi baru-baru ini, UMNO/BN ada beri bantuan sebanyak RM500 seorang sahaja tiada memberi bantuan apa-apa lagi".

Terima kasih kepada Kerajaan PR yang begitu prihatin kepada semua mangsa yang mengalami musibah. Semoga ketulusan PR memerintah di Negeri Selangor ini akan diberkati allah swt, hendaknya, katanya.



Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI