Sunday, March 13, 2011

Perancangan Membina Sekolah Agama Rakyat Bukit Antarabangsa




Hulu Klang, Gombak - Dengan kepesatan penduduk yang semakin meningkat sudah pasti pembangunan juga perlu dinaik taraf berdasarkan keperluan masyarakat.

Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Y.B Azmin Ali berkata selepas turun padang melawat tapak Sekolah di Bukit Antarabangsa baru-baru ini " terdapat 30,000 umat Islam di Bandar Tmn Bukit Antarabangsa, ekoran dengan kepadatan ini saya rasa umat islam memerlukan sekolah agama untuk anak-anak mereka. Dengan itulah saya bersama Pejabat Tanah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah mengadakan aktiviti turun padang bagi melawat tapak yang sesuai untuk diadakan Sekolah Agama Rakyat (SAR)".

"Alhamdulilah terdapat 2 kawasan yang telah dikenal pasti iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan dan tapak cadangan Sekolah Menengah Kebangsaan di Bukit Antarabangsa / Ukay Perdana
dan insya-allah kita akan melantik arkitek untuk membuat rekabentuk sekolah tersebut".

Pada 11hb Mac, 2011 saya telahpun menerima surat daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Salinan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dimana kelulusan diberi untuk membina sekolah agama dikawasan tersebut. Saya juga telah memaklumkan Kepada Datuk Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas perkara ini untuk dimaklumkan juga kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Alhamdulilah MB telah mengeluarkan surat kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia agar dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membina sekolah agama bagi melengkapkan keperluan asas penduduk disini".

Semoga Kerajaan Persekutuan dapat memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri dengan mempertimbangkan perkara ini sebaiknya untuk keperluan penduduk dan anak-anak bagi umat Islam disini dengan meluluskan peruntukkan pembinaan sekolah berkenaan. Turut hadir bersama Ahli-ahli Majlis Ampang Jaya (MPAJ), Ketua-ketua Kg, Jabatan Kerjaraya (JKR) katanya.



Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI