Sunday, March 13, 2011

Norhidayah Abdul Aziz Dinobat sebagai Pelajar Cemerlang STPM (KISAS)

Kg Tengah Gombak - Baru-baru ini Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah membuat lawatan di Kawasan Kg Tengah untuk menyampaikan cenderahati kepada seorang pelajar cemerlang.

Beliau yang telah diiringi oleh Ketua Kg Tengah, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Nazir Masjid Ar-Rahimah, Greenwood dan beberapa ketua kampung Zon Gombak. Selain menyampaikan sumbangan kepada Adik Norhidayah Abd Aziz 21thn yang telah mencapai keputusan cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sesi 2010, Y.B Datuk Hasan juga telah memberi suntikan motivasi yang berguna kepada beliau dengan menggalakkan Hidayah terus menyambungkan pelajarannya walaupun menghadapi kengkangan kewangan memandang kehidupan keluarga adik Norhidayah adalah taraf sederhana.

Datuk Hasan berkata, “saya harap apa yang kita lakukan mestilah berlandaskan jalan yang diredai Allah, dan jangan hentikan usaha dakwah ke jalan Allah. Sentiasa jaga amal ibadah. Kalau Ibubapa kita berpendidikan tidak tinggi, jangan kita ikuti langkah yang sama. Kita mesti lebih kehadapan daripada mereka agar dapat membantu ahli keluarga. Jadikan diri kita sebagai ikon kepada adik beradik yang lain. Apabila sudah berjaya balas jasa mereka. Jangan sombong, kejayaan yang kita dapat adalah doa daripada mereka juga”.

Atas nasihat yang diberikan oleh Y.B Datuk Hasan, saya merasakan begitu semangat untuk meneruskan pelajaran meskipun kewangan keluarga tidak menggalakkan. Kata Hidayah ketika ditemui dikediamannya,"baginya itu bukan alasan untuk saya tidak meneruskan pelajaran, insya-allah semoga urusan saya untuk menyambungkan pengajian ke Menara Gading tercapai. Tolong doakan saya dengan mendapat pinjaman biasiswa daripada mana-mana pihak dan dimudahkan urusan dunia akhirat saya".

Katanya lagi, seramai 65 orang pelajar yang telah mengambil STPM tahun 2010. Saya seorang yang telah mencapai 4A keseluruhan mata pelajarannya iaitu Pengajian AM 1 & 2, Gred A, Bahasa Arab 1,2 & 3 Gred A, Syariah Gred A, Usuluddin 1 dan 2 Gred A dan sungguh memeranjatkan kerana saya telah dinobatkan pelajar cemerlang. Berkat usaha, doa daripada Nenek yang menjaga saya daripada kecil, keluarga dan guru-guru saya juga. Mereka tidak jemu-jemu memberi dorongan, tunjuk ajar kepada saya. Saya juga berhasrat untuk meneruskan pengajian dengan mengambil Jurusan Undang-undang (syariah). Universiti pilihannya adalah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti kebangsaan Malaysia (UKM).

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang sudi berkunjung diteratak saya. Memang tidak diduga mendapat kunjungan Tokoh Motivasi dan sangat disegani. Y.b Datuk juga telah menyampaikan Hadiah Anugerah dan wang sebagai dorongan kepada saya. Segala nasihat dan kata-kata yang penuh dengan motivasi amatlah saya hargai. Ini membuatkan saya rasa dihargai oleh pucuk pimpinan dan sekali gus memabakar semangat saya untuk meneruskan pengajian walaupun kehidupan saya yang mungkin tidak semewah orang lain. Namun pun begitu, saya tidak pernah menjadikan kemiskinan untuk saya mencapai kejayaan. Bahkan saya anggap ianya sebagai satu suntikan kepada saya untuk terus maju kehadapan.

Sementara itu, Pn Halimah Ismail, 67thn (nenek) beliau, merasa terharu dengan kunjungan Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bersama rombongan PKM DUN Gombak Setia. Katanya, "Kunjungan yang tidak pernah diduga ini sedikit sebanyak memberi dorongan kepada cucu saya. Hidayah seorang yang pendiam tetapi sangat rajin mengulangkaji pelajaran. Walaupun beliau begitu sibuk disekolah namun beliau tidak pernah melupakan saya, sentiasa pulang untuk ziarah saya yang tinggal keseorangan."

"Untuk melepaskan Hidayah belajar jauh, rasa terlalu berat juga hati ingin melepaskannya, kerana daripada kecil saya menjaganya sukar untuk duduk berjauhan. Cukuplah dia belajar di Malaysia. Senang apabila berlaku kecemasan mudah untuk saya melawatnya. Namunpun begitu saya sentiasa mendoakannya agar dirinya sentiasa berjaya dunia akhirat dan menjadi contoh terbaik kepada adik beradik dan generasi anak kampung ini", katanya.

Ketua Kg Tengah, En Edrus Md Yusof, 56thn berkata, "alhamdulilah kita bersyukur kepada ALLAH swt, kerana buat pertama kalinya Kampung Tengah, Gombak mencatat sejarah, dimana pelajar yang kehidupannya sangat sederhana mendapat 4A. Beliau juga telah dinobatkan oleh pihak Sekolah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Pelajar Cemerlang".

"Insya-ALLAH, sebagai ketua Kg disini saya akan terus membantu beliau bersama neneknya. Pendapatan Ahli keluarganya dalam RM600 sebulan hasil jual kuih muih. Duit perbelanjaan itulah digunakan untuk membesarkan Hidayah. Selain daripada itu, insya-ALLAH kita akan sentiasa memberikan maklumat pendidikan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor terutamanya untuk membantu mendapatkan bantuan pelajaran agar cita-cita Hidayah menjadi seorang peguam tercapai untuk membantu keluarganya".

"Pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia juga bercadang untuk memanggil Hidayah memberi ceramah kepada semua pelajar-pelajar di sekitar DUN Gombak Setia. Lebih-lebih lagi dalam semua program yang bakal kita anjurkan untuk pelajar-pelajar sekolah. Semoga beliau dapat memberi contoh yang terbaik kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaaan sesi 2011", katanya.


Editor :khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI