Monday, March 14, 2011

Kerajaan Negeri PR telah memperuntukkan sebanyak RM7350 bagi membayar yuran tahunan PIBG Sekolah Tamil


Batu Caves : Seramai 245 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (J) Tamil telah menerima bantuan yuran sekolah tahunan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor.

Sumbangan kupon yuran tahunan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amiruddin Shari baru - baru ini.

Amiruddin berkata, "alhamdulilah 3thn pemerintahan Kerajaan PR di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri akan meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) meskipun dengan pemberian ini ada yang beranggapan negara akan mengalami muflis. Ini adalah pandangan yang sangat negatif sedangkan semenjak PR memerintah di Negeri Selangor, pendapatan ekonomi negara menunjukkan Negeri Selangor berada di tempat ke - 2 dan sangat stabil".

"Dengan pengurusan kewangan yang betul tanpa mengamalkan rasuah maka hasil yang diterima oleh Kerajaan Negeri telah disalurkan kepada rakyat. Ini jelas terbukti Kerajaan Negeri PR telah memperuntukkan sebanyak RM7350 bagi membayar yuran tahunan PIBG dan pada hari ini pelajar-pelajar di sekolah tamil telahpun menerimanya. Semoga ibubapa/penjaga yang hadir dapat menilai sebaiknya".

Menurutnya lagi, " Bantuan sumbangan yang diberikan pada hari ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang dimana keluarga mereka ditaraf fakir miskin, golongan OKU, ibu tunggal dan berpendapatan rendah RM1500 kebawah".

Pelajar -pelajar ini akan diberi kupon bernilai RM30 setiap seorang untuk melangsaikan yuran PIBG mereka. Kita difahamkan oleh pihak sekolah walaupun 3 bulan berlalu seramai 245 pelajar masih belum melangsaikan yuran PIBG mereka. Maka dengan itulah Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membantu sekolah ini bagi meringankan bebanan ibubapa mereka, katanya".

Terdahulu, Kerajaan PR juga ada memberi bantuan kepada semua pelajar di Negeri Selangor dengan menyampaikan bantuan Beg, Kasut, Buku Tulis Rampaian Sekolah dan keperluan alat tulis yang lain. Tujuan pemberian ini adalah meneruskan agenda PR dalam menepati manifesto PRU ke 12 iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) tanpa mengira parti dan perkauman.

Besar harapan saya, dengan bantuan diberikan pelajar-pelajar tidak lagi memberi alasan untuk tidak ke sekolah kerana kelewatan ibubapa melangsaikan yuran pelajaran mereka. Saya juga merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menguruskan majlis hari ini bersama PR Batu Caves untuk menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar.

Sehubungan dengan itu, saya dan PKM DUN Batu Caves juga menjemput ibubapa/penjaga menghantar anak-anak mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bersama dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Insya-allah kita akan meneruskan program (PTRS) untuk tahun ke - 3. PTRS akan berlangsung pada Hujung bulan Mac, 2011. Tempat adalah terhad, setiap DUN di Negeri Selangor akan diberi peluang menyertai seramai 100 peserta sahaja. PTRS adalah dibawah kelolaan Y.B Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor,katanya dimedia.

Sementara itu, R. Traja a/l Raju, 49thn Timbalan Pengerusi PIBG berkata, "kita rasa berterima kasih kepada Kerajaan PR yang telah membantu pelajar-pelajar sekolah tamil disini. Dengan bantuan diberikan tanpa perkauman dan ideologi pemahan politik telah memberi berita gembira kepada keluarga pelajar disini yang rata-ratanya mereka adalah golongan yang susah".

Besar harapan kita semoga Kerajaan PR dapat membantu sekolah ini untuk memberi bantuan kerusi, meja sebanyak 500 buah dan dewan untuk keselesaan pelajar-pelajar disini. Terdahulu pihak PIBG Sekolah telah menerima bantuan daripada kerajaan PR sebanyak RM 20, 000 bagi melengkapkan pasarana namun masih terdapat kekurangannya lagi yang perlu dikemaskini.

Selain daripada itu, kita juga mengharapkan agar ADUN Batu Caves , Y.B Amiruddin Shari dapat membantu sekolah dengan memberi peruntukkan kepada guru-guru tuisyen bagi B.Melayu disekolah ini memandangkan pelajar-pelajar disini kurang faham dengan Bahasa Melayu. Dengan adanya kelas tuisyen ini, kita dapat memperbaiki kemahiran menguasai bahasa melayu buat semua pelajar, katanya.

Seorang penerima bantuan sekolah yuran tahunan Pn Muniamah a/p Marri, 42thn, merupakan ibu tunggal merasakan gembira dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PR. Ini merupakan satu kerja murni bagi meringankan bebanan rakyat terutamanya kaum india disini yang rata-ratanya adalah berpendapatan rendah. Beliau yang berpendapatan RM900 sebulan bekerja sebagai "security guard" tidak dapat melangsaikan yuran anaknya secepat mungkin memandangkan bayaran sewa rumah, bil api dan air perlu dibayar seorang diri. Untuk menjelaskan yuran dan buku sekolah anaknya dalam anggaran Rm 250 dalam masa terdekat rasanya mengambil masa yang lebih sedikit untuk menjelaskan yuran mereka.



Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI