Wednesday, July 1, 2009

Liputan Kempen Kesedaran One Stop Crisis Centre (OSCC), ANDA TRAUMA DGN GANGGUAN SEKSUAL DLL?? SILA HADIRKAN DIRI ..

21hb Jun, 2009-Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kehadrat ILAHI akhirnya program yang disusun atas permintaan Wirda (Women's Institute for Research Dev. & Advancement agar Pusat Khidmat Dun Gombak Setia dapat memberi kerjasama dengan mereka untuk menjayakan program ini..
Walaupun kami di Pusat Khidmat GS jadual terlalu penuh dengan program..ketika ini tetapi kami tidak mahu mengecewakan permintaan mereka maka dengan itulah Pusat Khidmat masyarakat DUN Gombak Setia telah berbincang dgn Yb Dato' Hasan Ali untuk menerima program ini walaupun last-last minit tetapi akhirnya proram ini dapat berjalan dengan baik atas kerjasama semua AJK yang terlibat..kerana apa yang kami fikirkan bahawa ada baik juga program ini dilangsungkan kerana bila dilihat modulnya sangat baik dan perlu didedahkan kepada semua kaum WANITA tidak kira Pelajar IPT, Ibu, Remaja/Kanak-kanak kerana penderaan seperti Kes Rogol, Penderaan Emosi, Gangguan Seksual yang berlaku tidak kira dimana saja samada di Sek, IT,Pejabat. Dengan itulah kami perlu meneruskan program yg banyak memberi manfaat kepada yang mendengar dan meluangkan waktu untuk kebaikan diri mereka sendiri.. TAHNIAH DAN SYABAS utk mereka.. bagi yang tidak dpt hadir..insya-allah akan dibuat lain waktu.. ana nak attachekdan rakaman video klip OSCC tp besar sgt filenya so tak dapat utk disertakan..mohon maf tak dpt nak kongsi ILMU..



Alhamdulilah majlis akhirnya di tutup oleh Ustazah Khatifah Zamani Sulong Ahli Majlis MPS/JKP Zon 11..
Ahli panel yg terdiri daripada :
Dr Patmawati Ibrahim- Penysarah UM
Dr Siti Norain Roslim-Ketua Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang
En. Ishak - Peg. kecemasan Daerah Gombak
Tn Asp Abd. Nasser B. S. Salleh-Ketua Polis Ibu pej. Polis Daerah Gombak
Pn. Afzan Harison-Peguambela & Peguamcara Ahli BAR Counsel.

Alhamdulilah pengisian mereka sungguh mantap buat semua peserta begitu teruja untuk terus mendengar dan tidak mahu berganjak..TAHNIAH kepad semua ahli panel..


TAHNIAH juga kepada semua Peserta yang tidak berganjak mendengar taklimat OSCC.. mndpt sambutan yang amat baik sekali.. moga ILMU yang diberi dapat membantu mereka mempersiapkan diri sebelum ditimpa musibah pada diri sendiri, keluarga/ jiran tertangga.. KATAKAN TIDAK pada penderaan!!!


Alhamdulilah Muslimat tidak pernah mengenal erti penat.. selepas program kaum Ibu 20/6/09 hari ini mereka juga menyumbangkan tenaga mensiapkan dewan, PA sistem dan lain2 tugasan, buah fikiran bagi meneruskan perjuangan ini untuk memastikan program OSCC berjalan dengan baik walaupun diberi notis program seminggu (Terima Kasih En.Omar mentarbiyahkan kami buat kerja dengan short notis.. (Lain kali buat lagi ye..hehe..) untuk melihat gerak kerja muslimat yang tidak pernah mengalah /mengeluh, kerana kami diajar dengan "Baiah" pada pimpinan setiap arahan diberi dengan apa sekalipun asalkan tidak melanggar syariat) hanya tawakal pada ALLAH moga semua urusan dipermudahkan.....walaupun muka nampak penat kepanasan mentari dlm program sambutan hari Ibu.. tetapi bila bertemu dgn sahabat2 semua tenaga kami disatukan.. syukran shbt2.. apa yg penting KERJASAMA..



Majlis dirasmikan oleh Yb Cikgu Mohd Radhi Yusof merupakan Pengarah Pusat Khidmat Adun Gombak Setia. Mohon maaf YB Dato' Hasan Ali tidak dapat hadirkan diri di program ini kerana beliau merasmikan program Bola Sepak yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Gombak Setia..alhamdulilah.. semua dapat memberi kerjasama dengan baik.


Doa menjadi tunggakan utama sebelum majlis dirasmikan bagi memberkati majlis tersebut.. Doa Dibaca oleh Yb Utz Amir daripada JKP Zon 11..

Alhamdulilah tak disangka2 progrm yg dirancang last2 minit mendapat sambutan org ramai..kehadiran yang tak disangka2 mencecah lbh daripada turget kami... sehingga makanan pun tak cukup.. huhu.. gastrik ana masa ni.. x dapat makan pagi.. tp nasib baik ada jg AJK JKP yg perihatin beli makanan utk ana.. tq SHBT..


AJK WARDA dan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia melayani kerenah anak2... ana juga teringin nak masuk... tapi xde harapan buat pertama kalinya ana kena uruskan Unit IT..hahah..lawak2.. seumur hidup berkhidmat dlm Unit IT dlm prog.. tp alhamdulilah semua berjalan dgn baik..bila lagi nak belajar sesuatu yg kita tak pernah buat..kan..kan... kalau tak hancur UMNO..

Wah kusyuk dan tawadhuk adik2 nak siapkan lukisan mereka, ni mak/anak yg ambil bahagian ni ye??

Cerianyale adik-adik ini bila mendapat hadiah saguhati...

Walau pun kalah anak-anak ini tetap diraikan dgn hadiah saguhati daripada Pusat Khidmat Adun Masyarakat GS..
Alhamdulilah dapat jg saya hadiah bagi pihak kaum ibu..



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI