Wednesday, July 1, 2009

Hatiku mula bicara, Ya-ALLAH terimalah amalan hambamu..




Aduh..Luahan hatiku mula berbicara...

Kadang-kadang sedang asyik aku layari kehidupan,sibuk melakukan kerja-kerja dakwah,merintis khilafah yang hilang,aduh..tanpa aku sedari kurangnya aku bermuhasabah diri ini tentang apa yang telah aku lakukan saban hari.Ikhlaskah aku lakukan kerja ini?Cukupkah kerja yang aku lakukan ini untuk menempah syurgaMU ya Allah...

Sahabat-sahabatku..

" Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab". "Kecamlah dirimu sebelum dirimu sendiri dikecam Allah".
" Anggaplah dirimu sebagai orang yang paling berdosa". " Kalau ditakdirkan semua manusia masuk kedalam syurga kecuali seorang….aku akulah yang seorang itu."

Demikian titipan mutiara kata orang yang hampir dengan Tuhan. Pegangan diri para Rasul, Nabi dan Wali.Kerana keyakinan itu lahirlah manusia seperti

Abu Bakar - yang merasakan dirinya lebih hina daripada sehelai rumput;
Umar - yang merasakan nasib seekor anjing lebih bernasib baik daripada dirinya;
Abu Huzaifah- yang sentiasa curiga dengan iman dan islamnya;
Dan aku Bagaimana??

Kini kuasah rasa itu yang datang cuma sekali-sekala. Rasa yang bukan selalu bertandang di dalam hati. Bukan mudah menghinakan diri di depan Allah. Amat payah menekan ego dan bangga ke paras bawah. Jarang diri mahu luahkan kata-kata pahit yang terlalu sakit untuk didengar.

Kini ku adukan, mengapa sangat memberat langkah ini menuju Allah ? Mengapa begitu susah mata ini mengalirkan airnya tanda keinsafan..?

Aduh hinanya diri..

Mengapa diri seperti ditolak ke belakang dalam perlumbaan menuju khairat ( kebaikan ) dan maghfirah ( pengampunan )? Mengapa hati terhijab lagi dari taufik dan pimpinan ? Mengapa hati masih tertipu oleh tipuan nafsu, terpesona dengan nikmat dunia ? mengapa fikiran seakan tersumbat,jiwa lesu dan jasad memberat di jalan jihad ?Mengapa??

Ya Allah, masih adakah lagi petunjukMu buat insan yang derhaka sepertiku? Kulakukan dosa dalam sedar dan yakin KAU Maha Melihat. Aku lawan kehendakMu terang-terangan. Ya Allah, alangkah besarnya kederhakaanku kepadaMu. Ya Allah jauhkan aku dari kekufuran dan nifaq seperti jauhnya Timur dan Barat..

Inilah rintihan, oleh hati yang kian tertekan. Dari diri yang amat resah, amat gelisah. Jiwa ditusuk dek sembilu tajam. Terbenam di dalam luka yang paling dalam. Membuak darah, membengkak nanah yang parah.Bisanya sampai ke hulu hati. Membakar jiwa yang gersang daripada semua ketenangan dan ketenteraman.

Oh..mengapa sehitam itu lorong hidupku..walau diri ini mengaku sebagai pejuang merintis khilafah yang telah hilang, Pejuang??layakkah aku digelar pejuang..? Ku cari punca masalah hingga tafakurku terganggu jemu.Ku tangisi habis-habisan didalam tafakurku..walau insan lena dibuai mimpi..sejadah hijau milikku menjadi saksi.. ?

Ya Allah apakah punca yang menyebabkan aku jadi begini? Lemah untuk berjuang,Malas untuk berjuang..Apakah ini resah rasa yang makin menanah mendenyut bisa ? Telahku tinggalkan permulaan jalan, telah habis dayaku melangkah tetapi hujungnya masih jauh. Aku sesat dalam rimba keliru beribu liku. Apakah aku yang berjalan atau jalan yang berjalan ? Aku sangsi. Aku mahu lari ke hujung dunia. Mahu ku lontar jauh-jauh pilu dan duka ini. Mahu ku buang masalah yang memeningkan ini. Biar duka yang membengkak ini pecah…Biar memancut bisanya yang bergaul pedih. Aku tidak peduli.

Kadang aku termenung sendirian meminta jawapan hati kepada semua ini. Di mana puncanya? Di mana tapak mula semua keserabutan ini. Aku mengadu kepada Allah. Dia menjawab melalui sabda Rasul-Nya:

" Sesungguhnya yang dikatakan dosa itu ialah sesuatu yang mendatangkan keresahan hati"

Tetapi pelik aku mungkiri janji itu. Aku langgar lagi pantang larangNya.Kutempuh lagi jalan dosa. Aku tidak punya kekuatan untuk bertindak. Aku terbelenggu oleh nafsuku.


Aduh hinanya diri..

Ya Allah aku sakit…sembuhkanlah aku. Ya Allah aku lalai..ingatkanlah aku.
Ya Allah aku liar…jinakkanlah aku. Aku tempang, aku lemah…bimbing dan
pimpinlah aku.Aku sering berdoa Ya Allah Engkau sibukkanlah aku dengan kerja-kerja Jihad moga aku tidak lalai dengan nafsu yang menghina..

Namun ya Allah..aku belum berputus asa. Rasa berdosa inipun sudah sebesar rahmat. Hati yang masih boleh merintih petanda ia masih bernyawa. Masih berdenyut nadi kebenaran walaupun getarannya terlalu lemah. Masih ada titik kecil dalam jiwaku buat menampung peringatan dariMu. Aku syukur wahai Tuhan…kerana aku sedar selama ini aku tidak bersyukur.

Kini ku atur pelayaran baru…dengan kolekku bertampung seribu. Dayungnya pernah patah. Layarnya koyak rabak…dilaut luas ombak mengganas, badai bertiup buas. Namun aku akan terus berkayuh. Aku yakin KAU tidak jemu padaku selagi aku tidak berputus asa dengan-Mu. Dengannya akan kuburu taubat yang belum terlambat. Aku tidak akan mengah dan lelah lagi.

Kerana bekalku kini harapan, bernafas dengan janjiMU tentang Pengampunan.

YA ALLAH ENGKAU TERIMALAH SEGALA KERJA-KERJA ISLAM YANG TELAH KULAKUKAN UNTUK MERINTIS KHILAFAH YANG HILANG.WALAU KU TAHU MASIH SEDIKIT YANG AKU LAKUKAN UNTUK SEMUA ITU..TAPI YA ALLAH MOGA IA DAPAT MENJADI PEMBELA KEPADA AKU DIHADAPANMU KELAK..

Siri peringatan buat diriku yg lupa dan hina disis ALLAH. syukran buat shbt yg sudi berkongsi ilmu dan apa yg berlaku blog ini ada kaitan dgn diri ana jg sentiasa muhasabahkan diri..syukran buat tinta musafir..menyedarkan diriku yg alpa..

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI