Tuesday, April 21, 2009

ERTI PERJUANGAN

ERTI PERJUANGAN YANG SEBENAR






Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman danpengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.











Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali

" Hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman anjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan."



Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa,sebak dan sedih yang tidak terkata.Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya' ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula,angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir.




Islam apa ini namanya ?Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dankeluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat?Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidakkenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da'ie di alamini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong didalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjangmasa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi`manusia' yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannyamereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebabengkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.





Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama' dibisukan dengan dunia oleh umara'.Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, dihati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat



"Wahaiorang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidakmelakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakansesuatu yang kamu tidak melakukannya" Surah As Saff ayat 2-3".


Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan diakhirat sana. Insya Allah…


Anak_Pejuang1 Ramadhan 1422 hijrah11.26 pagip/s: aku terjumpa artikel ni dalam laptop. sekadar ingin berkongsi bersama sahabat. tulisannya sangat menarik bagiku. =) Selamat Berjuang walupun di mana kita berada WAJIB kita SEBARKAN DAKWAH...

Ketika berihram dibenarkan bunuh haiwan yang ganas {Tafsir Surah Al-Maidah:94-95}


Ketika berihram dibenarkan bunuh haiwan ganas -
tafsir surah Al-maidah : 94 - 95

Written by Presiden PAS

Apa yang penting kita mengikut hukum syarak. Dihalalkan binatang buruan yang diburu mengikut hukum syarak. Walaupun sebab nuzulnya (turunnya) ditujukan kepada orang-orang yang berihram, bersama-sama dengan Nabi s.a.w tetapi Allah berfirman yang bermaksud :
" Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sesuatu daripada buruan yang kamu dapat capainya dengan tangan kamu dan senjata kamu." (Al-Maidah:94).

Ia itulah binatang-binatang kecil yang ditangkap dengan menggunakan tangan dan menggunakan senjata kamu.Firman Allah yang bermaksud : " Supaya termaklum disisi Allah sesiapa yang takut kepadaNya, ditempat yang tidak ada orang dan dia juga percaya bahawa Allah Taala mengetahuinya. Maka sesiapa yang melampaui batas selepas itu baginya azab yang sangat pedih." (Al-Maidah:94) Seterusnya Allah menjelaskan lagi dengan firman Nya yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah membunuh binatang buruan dalam keadaan kamu berihram." (Al-Maidah:95)

Selagi di dalam ihram, diharamkan kepada kamu membunuh binatang buruan kecuali binatang liar yang mengancam keselamatan dan nyawa kamu termasuk ular, kala jengking, burung helang, tikus dan seumpamanya.Binatang berkenaan tidak termasuk di dalam kategori binatang buruan. Diharamkan binatang buruan bukan sahaja semasa ihram bahkan dikawasan tanah haram bagi mereka yang tidak berihram.Yang dimasukkan tanah haram disisi ulama ialah Makkah dan Madinah. Tanah haram Makkah termasuk sempadan yang ditandakan di tanah suci Makkah sekarang. Tanah haram Madinah ialah diantara bukit (jabal) 'Ir dan Jabal Thur (terletak dibelakang Bukit Uhud). Sementara Jabal Thur di Makkah dan satu lagi di Madinah.
Jabal Thur di Makkah ialah tempat persembunyian Nabi s.a.w ketika berhijrah ke Madinah.Manakala Jabal 'Ir ialah sebuah bukit yang panjang kelihatan seperti pedang dari jauh. Inilah sempada tanah haram Madinah.Diharamkan kepada binatang buruan di kawasan tanah haram di Madinah. Sejarah pengharaman binatang buruan di Makkah bermula pada zaman Nabi Ibrahim a.s sementara Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.Disebut di dalam hadis yang sahih, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Ibrahim mengharamkan Makkah dan sesungguhnya aku mengharamkan Madinah seumpama Makkah."Justeru tidak boleh dicabuli diantara sempadan Madinah itu termasuk tidak boleh dipotong pokoknya dan tidak boleh diburu binatangnya , kecuali pokok-pokok kegunaan untuk sayur-sayuran (ini dikecualikan).Yakni diharamkan oelh Allah kawasan tanah haram itu dengan nas sekaligus kita percaya dan berpegang dengan nas tersebut.
Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu membunuh binatang buruan dalam keadaan kamu mengerjakan ihram: (Al-Maidah : 95).Kecuali binatang-binatang yang dikecualikan oleh Allah SWT yakni yang dibenarkan hukum syarak untuk membunuhnya.Apa yang dimaksudkan dengan binatang buruan disini ialah memburu binatang.Yakni orang di dalam ihram tidak boleh memburu binatang. Adapun memakan daging binatang buruan yang diburu oleh orang lainataupun daging hasil buruan semasa tidak berihram yang dibawa daripada tempat lain dimakan ketika berihram di Tanah Haram, Mazhab Syafie mengizinkannya.
Sesetengah ulama lain mengharamkannya. Sementara ada ulama menafsirkannya dengan menyatakan bahawa sekirannya pemburu tidak berihram berada bersama orang yang berihram dan dia pulak berhasrat untuk memberi makan daging buruannya itu kepada orang yang berihram maka tidak dibenarkan orang yang di dalam ihram memakan dagingnya.Kemudian bagaimana pula binatang buruan yang dipelihara. Setengah dari kalangan kita membebaskan burung-burung yang dipeliharanya di mana disisi Imam Malik dan satu Qaul dalam Mazhab Syafie menyatakan bahawa seseorang itu tidak perlu membebaskan binatang buruan yang dipelihara di rumah.

ISLAM MEMENTINGKAN NASIHAT



Islam, agama mementingkan nasihat

Written by Presiden PAS
Friday, 17 April 2009


Nasihat menjadi tonggak penting dalam agama Islam, agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dapat dimansuhkan. Peranan untuk menegakkan nasihat menjadi kewajipan seluruh umat di semua peringkat dan lapisan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat." Para sahabat bertanya: "Untuk siapa? Sabda Rasulullah s.a.w: "Untuk Allah, Rasul-Nya, untuk kitab-Nya, untuk para pemimpin dan orang ramai." - Hadis Sohih riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Imam.


Nasihat untuk Allah ialah dengan menepati hukum-Nya, menegakkan agama-Nya dan hukum-hakam-Nya kerana Allah semata-mata. Bukan kerana mengampu, sehingga tidak berani untuk mencegah kemungkaran, tetapi hanya menyuruh yang baik secara terhad dan menjadi pengecut untuk mencegak kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa di dalam negara.
Umat Islam menjadi bertambah malang dengan kewujudan mereka yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya' 'Ulumddin' sebagai 'ulama su' yang bersekongkol dengan mereka yang zalim serta sanggup menjadi syaitan bisu.


Ini dilakukan kerana takutkan manusia sama seperti takutkan Allah SWT, atau lebih daripada takutkan Allah atau menganggap rezekinya di tangan pemerintah bukannya datang daripada Allah SWT.

Nasihat untuk Rasulullah pula ialah dengan menjadikan baginda contoh teladan di dalam semua perkara. Juga nasihat agar menepati sunnahnya dan meneruskan ajarannya setelah baginda wafat.


Nasihat kerana Rasulullah sentiasa hidup, tidak wafat dengan kewafatan baginda, juga mencontohi keberanian baginda yang tidak gentar menghadapi sesiapa, walaupun kuasa besar dunia yang zalim.

Juga percaya kepada amanat Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sohih bahawa menasihati kerajaan yang zalim adalah jihad akhbar (paling besar). Manakala riwayat yang menyatakan jihad hawa nafsu adalah paling besar, adalah dikira hadis daif, bahkan ada ulama hadis yang menyenaraikannya daripada kalangan hadis palsu, iaitu bukan hadis, tetapi kata-kata seorang yang bernama Ibrahim bin Ablah.

Nasihat kerana kitab Allah ialah dengan menegakkan isi kandungannya dalam segenap aspek. Ia termasuk akidah, syariat, akhlak, dan sistem kehidupan seluruhnya termasuk dalam perkara undang-undang supaya diamalkan dengan tepat.


Juga menasihati mereka yang tidak beramal dengan cara yang tidak tepat supaya memperbetulkannya dengan cara menepati matlamat hukum yang terdapat di dalam kitab Allah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Melalui nasihat, pemimpin berpeluang membetulkan rakyatnya yang tidak betul, bahkan berpeluang untuk membetulkan dirinya sendiri supaya menjadi contoh kepada rakyat. Nasihat juga mengajarnya untuk bersikap kepadanya dan dia tidak melenting apabila benar-benar melakukan kesilapan, kerana pemimpin adalah makhluk manusia yang tidak boleh berlagak menjadi Tuhan.


Nasihat juga menjadi hak rakyat, untuk memberi nasihat kepada pemimpin dan menerima nasihat di kalangan mereka serta menerima nasihat daripada pemimpin. Rakyat juga berperanan untuk menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan oleh kerajaan.

Allah berfirman melalui surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi Mass! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar."


Tetapi kewajipan nasihat ini telah diabaikan kerana terdapat sindrom yang melanda umat Islam di negara kita hingga ke tahap yang sangat membimbangkan.
Sindrom yang mengongkong para pemimpin : Negara dikepalai oleh barisan kepimpinan yang diikat dengan budaya menonjolkan diri dengan membariskan pimpinan bawahannya semata-mata untuk membina kekuatan kedudukannya, iaitu membariskan pelapis yang takut kepada siapa sahaja yang menjadi pemimpin utama. Pekara ini menyebabkan kita diperintah oleh kalangan yang tidak dapat membetulkan kelemahan-kelemahan yang berlaku.

Antara punca yang menimbul gejala ini ialah perkara-perkara berikut:
Hub al-Riasah wa al-Jah (Rakus untuk menjadi pemimpin dan gila kuasa.
Sifat ini menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk menaikkan dirinya, bukan sahaja sanggup mebaurkan wang, bahkan sanggup mengorbankan kawan sendiri. Berkawan bukan kerana Allah tetapi kerana ada kepentingan untuk naik lebih tinggi.
Dalam Umno, penghormatan yang sewajarnya tidak lagi diberi kepada orang yang sudah jatuh, yang dikira tidak boleh memberi apa-apa kepada orang lain, seperti Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba. Apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah malapetaka daripada sifat yang buruk ini.

Sebenarnya beliau dijatuhkan kerana adanya unsur perebutan kepimpinan. Tuduhan-tuduhan yang mengheret beliau ke mahkamah dipercayai oleh kebanyakan orang sebagai penyangkut yang dicipta untuk menjatuhkan beliau. Hanya segelintir rakan-rakan daripada Umno yang menunjukkan semangat persahabatan dan terlalu sedikit yang sanggup bersama. Kebanyakan mereka selama ini lebih bersemangat mangampun untuk kepentingan diri masing-masing.

Penyakit ini menyebabkan pemimpin tidak mendapat pertolongan dan keberkatan Allah S.W.T. Sangat benar sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya iaitu Abdul Rahman bin Samurah maksudnya: "Wahai Abdul Rahman Samurah! Janganlah anda meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan yang diberi kepadamu kerana permintaan engkau sendiri, nescaya ia akan diserakan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya ia diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau akan diberi pertolongan." (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-Ahkam)
daripada buku 'Qazaf mangsa fitnah, halaman 45-49

Monday, April 20, 2009

LIN NISA' WARRIJAL -Say no 2 couple





Bismillahirrahmanirrahim..



Aku menegurmu teman, Atas tautan ukhwah Juga atas satu dasar yang kukuhNan Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an-nisa' Engkau sedia maklum,Engkaulah hiasan dunia,Lantaran fitrah itu,Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,Tetapi

itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi, Dan tentulah temanmu yang diimpi,Seorang serikandi..Wahai temanku an-nisa'Aku mengetahui halusnya perasaanmu,Engkau ingin disayangi, Ingin dimanjai,Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..Dan aku juga tahu,Temanmu ar-rijal juga begitu..Tetapi temanku an-nisa'Ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah!!!


Kalau benar engkau mengasihinya, kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah, Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNYA, Engkau tak kan bisa,Melunakkan soutul engkau, Engkau tidak kan bisa, Melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal. Dan engkau mengetahui,Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu, Namun nafsu itu sentiasa beraja, Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,Nafsu raja yang menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa'Dia kan terjerumus ke dalam api yang membaraAndai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?Wahai temanku ar-rijalAndai engkau mencintainya,Cintailah ia keranaNya,Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa,Mengajaknya bermukah di taman sepi,Kerana engkau tahu,Dia punya 9 nafsu, 1 akal,Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu? Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa menyentuhnyaWalaupun yang ringan-ringan,Kerana engkau tahu,Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!Dan engkau tahu bukan?Zina tempatnya di api yang menjunam?Apakah engkau benar mengasihinya,Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?Sahabatku an-nisa'Sahabatku ar-rijalAku mengasihimu LILLAH,Lantaran itu,Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?


Bercinta tak salah, Tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yg hakiki,Dan engkau kan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..Andai DIA yg engkau dahului,Engkau takkan gelisah,Andai dia tidak mengirim sebarang sms,Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,Engkau tidakkan rindu,Andai sehari tidak besua, Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan "I love you".Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..Lantaran DIA yg terbaikDIA akan menentukan yg terbaik untukmu,Dan andai dia yang terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHANDan itulah yg terbaik buat kalian…Kalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?



Maafkan aku teman, Bicaraku penuh ketegasan,Aku tidak membencimu, Tetapi aku membenci munkar itu,Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,Aku menegur yang mana mampu, Kerana aku takut,Andai aku tidak menegurmu,Kita kan sama-sama meredah lautan api...Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!Na'uzubillah min zalik…Sama-samalah teman Pagarilah imanmuAgar si iman itu tidak terlepasCintailah Ia,Kerana DIAlah penjaga iman kita..Yakinlah dengan Ia..Serahkan segalanya pada DIA..Kerana DIA tahu yang terbaikSedangkan kita tidak…….




Alllu'alam….Akhirul kalam Letakkan si DIA dalam hatimu, Engkau akan merinduiNYA.Andai harimu tiada ingatan kpdNYA Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanMu, Engkau kan rindu, Andai DIA tidak memandangmu,Engkau kan tak keruanandai Doamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerna engkau yakin, Di sana adanya sebuahPertemuan di taman Syurga yang Indah..Bercintalah kerana ALLAH..Dan Engkau akan merasakanErti bercinta yang sebenar Insya-ALLAH..







NO "LOVE" BEFORE MARRIAGE!!! YA-ALLAH AMPUNILAH UMATMU YG TERLEKA YANG SERING MELAKUKAN PERKARA LAGHA DGN HAMPIRI ZINA.. BERILAH KEAMPUNANMU PD KAMI, SEKIRANYA KAMI TERLUPA BERILAH KAMI PERINGATAN..AMIIN YA RAB..





















BUAT MATA YG SEDANG MENANGIS..AIRMATA KEINSAFAN



BUAT MATA YANG SEDANG MENANGIS
Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkinkah tika ini kau sedang bahagia,
mungkin juga kau sedang berduka

Apapun situasimu,air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
Ialah anugerah Allah yang tak terhingga

Ia mampu membuang racun.Ditubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah padaNYA Kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis…
Aduh…Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan menangis itu 1 kelemahan Malah menganggapnya 1 lambang ketidak matangan Sedangkan Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNYA “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangisdan mereka bertambah khusyu’”(Surah Al-Isra’:109)“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka,maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.”(surah Maryam:58)
Duhai mata yang sedang menangis…
Tahukah dikau,jika dikaji dari perspektif sains,tangismu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahayaTatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya dijana tubuhmu.Airmata secara semulajadi boleh membuangnya,Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada airmata.Bukan itu sahaja,tangisan menambah jumlah dengupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat-uratdada.Setelah tangisanmu reda,kembalilah dengupan jantung ke asalnyadan ketenangan mula menguasai jiwa.SubhanaAllah hebat sungguh penciptaan airmata!!!

Duhai mata yang sedang menangis…
Tangisan bukan keaiban tapi 1 keperluan.sama ada kau lelaki atau wanita,Kau perlu pada tangisan.Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.Ia meringankan ketegangan jiwa.Ia mengungkapkan kesedihan laluMengungkai kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan???Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu 1 kelemahan dalam Mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu.Sendiri oleh didikan silam.Apa pun,tak siapa dapat menafikan kau juga insan Yang punyai hati dan perasaan.Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisanUntuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.Usah menipu diri berlagak kuat denganmenafikan airmata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.Tahukah dikau penyanyangNYA Allah padamu hingga DIA menciptakanKelenjar-kelenjar airmatamu lebih besar daripada lelaki.Tidak hairanlah kajian ilmiahMenunjukkan kau menangis 4 kali lebih banyak daripada lelaki.Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.Masakan tidak,airmatamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.Doktor pakar mata berkata,airmata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
Duhai mata yang sedang menangis…
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.Usah ditahan tangisan itu.Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Allah.Benar, tangisanmu itu tidak mampu tak mampu mengembalikan masa lalumu.Jangan birkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkanAmal dan perubahan hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita Ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.Dengarilah pesanan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan kalam Yang Esa,“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takutKepada Allah”.(Riwayat Ahmad & Nasa’i).
p/s:jom pakat nangis(*_*) mengenangkan segala dosa disedari/ x.., maksiat yg telah kita lakukan dgn hampiri zina..

Wednesday, April 15, 2009

Koleksi foto P.Raya Bukit Gantang bersama shbt2 seperjuangan dlm mnyebarkan dakwah



Kpdmu TUHAN Kami sandar harapan setelah kami usahakan dgn sggh2 moga Kerja ini ALLAH campur tangan tidak sekali ditindasi oleh org2 yg musuhi ISLAM.








Provokasi yg dilakukan oleh pihak BN ketika PRK Bukit gantang dijlnkan.








Pihak PAS & PKR cuba menenagkan keadaaan bersama pihak polis diatas provokasi yg dilakukan oleh BN.




sempat juga ana mnjd jurufoto sebgai bukti pihak BN yg mulakan perengketaan di tapak PRK dijalnkan










Petugas PAS yg mnjlnkan tgjwb mereka sbg perayu undi membantu pengundi OKU berbagai bangsa.







Erm. Uncle & Auntie yg cukup petah berckp hal politik.Kuat semangat depa walapun dh berumur.











Petugas muslimat yg bertungkus lumus mara kehadapan membantu mnjadi perayu undi bagsar panas.. walapun kulit terbakar dgn suasana yg panas tp hati muslimat tetap menjadi kental utk mengekalkan keadilan demi ISLAM tercinta..









Petugas India jgn beri sokongan Padu kpd MB Nizar.. tertanya dihatiku Mengapa Bangsa lain boleh terima Pemimpin ISLAM dgn cara yg baik ttp mengapa Org ISLAM sendiri menolak kempimpina ISLAM..sedangkan dalm Al-Quran terang2 dah dituliskan Jgn sekali -kali kamu memilih org2 musyrik,kafir, munafik menjadi pemimpin kamu,jika kamu memilih maka mereka akan menjadi musuh pd kamu & nescaya ISLAM tidak akan selamat lgi..




Petugas IT yg bertungkus lumus menyemak data pemilih ..kesian masa ni system asyik down nama perngundi jg byk yg xde.. seolah2 kami disabotaj ..dgn pihak yg tidak bertanggungjwb









1hari sebelum menghadapi perang PRK..kenangan di Pasir hitam petugas dibawah ana utk edaran risalah, memberi sumbangan bantuan ikhlas kpd pengundi cina yg kurang berkemampuan.









Petugas dihadapan balai polis pasir hitam.Adik yg bangsa cina ini usianya 15thn tp dia tidak siuman atas tekanan yg dihadapi oleh keluarga yg tidak berkemampuan. Disini semua rakyat cina menghadapi tekanan hidup kalau dulunya jumlah pengundi adalah lebih krg hampir 300 ttp atas desakan hidup maka rmai anak2 muda berhijrah mencari rezki yg lebih elok. Tenaga elektirik disini digunakan dgn tenaga solar untuk mendpt minuman mereka hanya menadah air hujan.Malangnya nasib rakyat walupun 50thn merdeka ttp rakyat sengasara.. dimana hak rakyat..duit rakyat.????






Kenagan bersama adik2 NIsa gombak





Permata hatiku selesai solat bersama Tok guru Nik Aziz..sebeleum 3hari mengundi Tebok










Kenangan di Klinik Desa Pasir Hitam














RASA GEMBIRA SGT DPT BUAT KEBAJIKAN PD ORG LAIN.BUAT BAIK KPD SEMUA ORG WALAUPUN DIBALAS DGN KEJAHATAN..PESAN TOK GURU HADI AWANG.. DEPAN RMH PENGUNDI pASIR HITAM..mENGALAH KAN yb LE ANA RASA BILA RAMAI YG EXCORD ANA..HE..HE.1HARI NANTI DOAKAN ANA YE JD PEMIMPIN YG BERTGJWB & SOLIHA..







mELAYAN KERENAH TEMAN2 & PENGUNDI cINA DI pASIR hITAM







Berakit2 dahulu berenang2 kemudian bersakit2 dahulu bersenang kemudian..koko cayok.. kenangan bersama adk2 nisa gombak & shbt2 Kota raja utk edaran risalah di Pasir Hitam..\dakwah terakhir sblm p.raya















Akan kami rentasi lautan api, laut dan bukit bukau demi mempertahankan kemengan ISLAM, menyebarkan dakwah pd semua NOn Muslim.. Dakwah itu Wajib..Syukran kpd semua ptgs Gmbk, Kota Raja, S.Alam(Muslimin) bg full komitment dgn ana sehingga kami semua slmt sampai ke destinasi utk beri sumbangan pd mereka yg memerlukannya..










Program Sukan Rakyat bersama pimpinan muslimat negeri selangor K.Wan


Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Bersama saf pimpinan Gombak Dr Hatta Ramly, YB Shaari Sungib bersama isteri 2pimpinan & ana jg...di Sg Tinggi













Kediaman jentera2 FRU, POLIS, SB..kacantik kan hbs le duit rakyat..membazir..kami bertugaspun duduk markaz, berkhmah bwh pkok lg.. tarbiyah ALLAH pd kami utk hadapi saat2 kesusahan..





Pasang Banting tepi parit pun jadi jg muslimat serba boleh..














Program Ziarah Medic 1hari sebelum prk.











Gelagat adk2 ku senyum riang mu mengubat hati menghilangkan segala kepenatan, Bagaikan permata dicelahan kaca sukar utk dibezakan pdmu TUHAN ku sandar harapan moga tidak salah pilihan.. Suasan 2hri p.raya perang poster, banner, banting membakar semangat perjuangan.>Kudoakan moga kemenagan ttp kpd ISLAM.. Insya-ALLAH{Sunggihnya diri ini tidak lain hanyalah miliknyan dipinjam demi sebuah PERJUANGAN menuju cintanya demi sebuah Jln Dakwah yg dituntut bg diri ini "ALLAHHUMMA YAMMUQALLIBAL QULUB,THABBIT QULUBI 'ALADINGHKA WA'ALA THA'ATIQA, AMIIN YA RAB..
















SIMFONI KASIH TAUTAN HATI