ERTI PERJUANGAN YANG SEBENAR
Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman danpengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.
Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali
" Hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman anjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan."
" Hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman anjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan."
Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa,sebak dan sedih yang tidak terkata.Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya' ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula,angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir.
Islam apa ini namanya ?Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dankeluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat?Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidakkenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da'ie di alamini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong didalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjangmasa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi`manusia' yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannyamereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebabengkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.
Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama' dibisukan dengan dunia oleh umara'.Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, dihati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat
"Wahaiorang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidakmelakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakansesuatu yang kamu tidak melakukannya" Surah As Saff ayat 2-3".
Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan diakhirat sana. Insya Allah…
Anak_Pejuang1 Ramadhan 1422 hijrah11.26 pagip/s: aku terjumpa artikel ni dalam laptop. sekadar ingin berkongsi bersama sahabat. tulisannya sangat menarik bagiku. =) Selamat Berjuang walupun di mana kita berada WAJIB kita SEBARKAN DAKWAH...
salam.hehe. kak su...rindunya...alamak, mana gmbar yan n k.su? xdak pon..huhu~ ;P
ReplyDeletesalam yan.. hehe.. tule.. gmbr yan asyk bnyk mkn je segan akak nk tepek ti muka yan merah padam.. insya-allah akan di tampal jg dlm blog ni.. sykran yan
ReplyDelete