Monday, April 20, 2009

BUAT MATA YG SEDANG MENANGIS..AIRMATA KEINSAFAN



BUAT MATA YANG SEDANG MENANGIS
Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkinkah tika ini kau sedang bahagia,
mungkin juga kau sedang berduka

Apapun situasimu,air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
Ialah anugerah Allah yang tak terhingga

Ia mampu membuang racun.Ditubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah padaNYA Kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis…
Aduh…Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan menangis itu 1 kelemahan Malah menganggapnya 1 lambang ketidak matangan Sedangkan Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNYA “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangisdan mereka bertambah khusyu’”(Surah Al-Isra’:109)“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka,maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.”(surah Maryam:58)
Duhai mata yang sedang menangis…
Tahukah dikau,jika dikaji dari perspektif sains,tangismu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahayaTatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya dijana tubuhmu.Airmata secara semulajadi boleh membuangnya,Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada airmata.Bukan itu sahaja,tangisan menambah jumlah dengupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat-uratdada.Setelah tangisanmu reda,kembalilah dengupan jantung ke asalnyadan ketenangan mula menguasai jiwa.SubhanaAllah hebat sungguh penciptaan airmata!!!

Duhai mata yang sedang menangis…
Tangisan bukan keaiban tapi 1 keperluan.sama ada kau lelaki atau wanita,Kau perlu pada tangisan.Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.Ia meringankan ketegangan jiwa.Ia mengungkapkan kesedihan laluMengungkai kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan???Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu 1 kelemahan dalam Mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu.Sendiri oleh didikan silam.Apa pun,tak siapa dapat menafikan kau juga insan Yang punyai hati dan perasaan.Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisanUntuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.Usah menipu diri berlagak kuat denganmenafikan airmata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.Tahukah dikau penyanyangNYA Allah padamu hingga DIA menciptakanKelenjar-kelenjar airmatamu lebih besar daripada lelaki.Tidak hairanlah kajian ilmiahMenunjukkan kau menangis 4 kali lebih banyak daripada lelaki.Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.Masakan tidak,airmatamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.Doktor pakar mata berkata,airmata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
Duhai mata yang sedang menangis…
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.Usah ditahan tangisan itu.Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Allah.Benar, tangisanmu itu tidak mampu tak mampu mengembalikan masa lalumu.Jangan birkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkanAmal dan perubahan hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita Ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.Dengarilah pesanan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan kalam Yang Esa,“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takutKepada Allah”.(Riwayat Ahmad & Nasa’i).
p/s:jom pakat nangis(*_*) mengenangkan segala dosa disedari/ x.., maksiat yg telah kita lakukan dgn hampiri zina..

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI