Monday, June 17, 2013

Pejabat Tanah, MPK berjaya tingkat pendapatan Kerajaan Negeri RM300 Juta

SHAH ALAM, 18 JUN:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  memuji Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana  telah berjaya meningkatkan kutipan dari hasil cukai kepada lebih RM 300 juta.
Abdul Khalid berkata, Alhamdulilah kejayaan ini hasil usaha kakitangan dua agensi tersebut yang berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
 RM 300 juta itu adalah lebih daripada pungutan cukai Kerajaan Negeri Sembilan, yang mana populasinya adalah sama dengan populasi di bawah kawasan MPK.
“Pejabat Daerah Klang telah menunjukkan kemajuan pengurusan hartanah di Klang terutama dari segi kutipan hasil, kutipan hasil tertunggak dan kutipan premium tanah", katanya.
Menurut Abdul Khalid pendapatan ini menunjukkan Pejabat Daerah dan Tanah Klang sendiri mendapat sekitar RM 120 hingga RM 130 juta untuk menambahkan pendapatan.
Jika dicantumkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Klang sebagai satu agensi dimana jumlah penduduknya sama besar dengan Negeri Sembilan.
Katanya, "dan pendapatan dari Pejabat Daerah dan Tanah Klang, didapati melebihi dari Negeri Sembilan, bermakna lebih dari RM 300 juta.”
Abdul Khalid berkata demikian dalam di dalam sidang media dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di sini semalam.
Sebelum itu ketika menyampaikan ucapan dihadapan kira-kira hampir seribu kakitangan awam, Abdul Khalid menuntut agar mereka mengikis gaya pemikiran lama yang cukup sekadar dengan meminta maaf selepas melakukan kesilapan.
Abdul Khalid berkata meraka harus gantikan budaya itu dengan budaya meminimakan kesilapan.
Selain itu Abdul Khalid turut menyeru kakitangan awam Selangor agar menanamkan budaya ‘Bersih, Telus, Berkeupayaan dan Amanah’ ketika memberi perkhidmatan untuk rakyat Selangor.
Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI