Tuesday, March 5, 2013

Manifesto Pakatan rakyat Untuk Semua Kaum


KUALA LUMPUR 6 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa manifesto yang dilancarkan 25 Febuari lalu  telah jelas membuktikan kesungguhan PR untuk membantu semua golongan tanpa mengambil kira dasar perkauman.
“Dalam manifesto kita, memang tak ada sebut bangsa Dayak, Melayu atau sebagainya tetapi kita sebut rakyat sebab ini adalah manifesto rakyat” kata Anwar.
Beliau mengulas kritikan daripada beberapa pemimpin Pakatan sendiri yang baru-baru ini mahukan manifesto tersebut mengandungi bahagian-bahagian khas bagi kaum mereka.
“Kalau kita cakap tentang sekolah, kita tidak sebut Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil atau Cina tetapi kita sebut semua sekolah, ini bermakna termasuklah untuk sekolah SJK Tamil dan Cina.
“Begitu juga dengan pendidikan percuma, walaupun kita tidak sebut OKU secara khusus, tetapi mereka juga akan dapat pendidikan percuma,” kata beliau semalam selepas penutupan Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia petang tadi.
Menurut Anwar, manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) merupakan penterjemahan prinsip gagasan itu untuk membantu semua golongan masyarakat yang memerlukan bantuan, tanpa tertumpu kepada kaum tertentu.
Ini menunjukkan iltizam PR untuk memperjuangkan nasib semua rakyat tanpa meminggirkan mana-mana golongan atau kaum termasuk kaum India dan golongan kelainan upaya (OKU).
Tambahnya lagi, manifesto yang dilancarkan di Shah Alam pada 25 Febuari lalu memberikan fokus kepada empat paksi utama; rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI