Sunday, March 3, 2013

Kerajaan UMNO Perlu Bertangggungjawab Kejadian Menembak di Lahad Datu



SHAH ALAM: Pakatan Rakyat  mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban di dalam kejadian tembak-menembak di Lahad Datu, Sabah kelmarin  antara anggota keselamatan dan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.
azmin pc DNS 01

Presidennya Azmin Ali menggesa Kerajaan Umno-BN memberi penjelasan bagaimana situasi pencerobohan tersebut boleh berlarutan selama dua minggu sehingga dua anggota polis itu terkorban dan tiga lagi tercedera.
Sehubungan itu," saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham. Moga ruh pahlawan negara tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh,” katanya .

Beliau turut memberikan penghargaan dan tahniah buat seluruh pasukan keselamatan diatas keberanian serta dedikasi mempertahankan negara.
Laporan media hari ini menyatakan dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban itu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud.
Manakala tiga yang tercedera ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Koperal Mohd Qaiyum Afzal Zulkifli dan Koperal Azman Ampong.
Dalam kejadiaan pukul 9.50 pagi itu, 12 penceroboh terbunuh. Mereka sebahagian daripada 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
Kumpulan penceroboh itu telah berkampung di kawasan Lahad Datu selama lebih dua minggu bagi menuntut hakmilik kepada negeri Sabah yang mereka dakwa kepunyaan Kesultanan Sulu.
Azmin berkata adalah tidak masuk akal pencerobohan itu berlarutan selama hampir dua minggu.
“Kenapa YAB Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak mengambil tindakan tegas mempertahankan kedaulatan negara? ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Kita menggesa YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bertanggungjawab dan memberi penjelasan yang terperinci kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi serta kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu,” ujarnya lagi.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI