Thursday, February 7, 2013

Tazkirah Jumaat : Sibuk Urusan Dunia Tinggal Perintah Allah



Islam melarang sekali umatnya yang terlalu sibuk dengan urusan dunia dengan meninggalkan segala perintah Allah.

Contoh: Kita begitu sibuk uruskan harta kekayaan dunia, pergi kerja subuh hari baliknya malam kumpul harta, wang ringgit, bina rumah besar yang kononnya untuk isteri dan anak-anak tetapi ianya menjadi satu kerugian apabila kita meninggal dunia. 

Semua yang dikumpulkan untuk orang yang hidup tetapi bekalan untuk diri sendiri berhadapan dengan Allah SWT tiada langsung.

Ingatlah wahai  suami, isteri yang bergelar ayah dan ibu jangan kita terlalu sibuk urusan dunia sehingga tidak ada masa untuk anak-anak yang merupakan amanah Allah SWT kepada kita.

Carilah masa untuk beribadah dan melibatkan aktiviti kemasyarakatan, berhubung dengan ahli keluarga dan memberi kasih sayang kepada mereka.

Jangan sekali kita membawa pulang kerja–kerja di pejabat di dalam rumah. Jangan Jadikan rumah sebagai pejabat sehingga isteri, anak-anak rasa terpinggir dan tidak mendapat kasih sayang lagi.

Hanya foto hiasan tiada kene mengena hdp & mati
Kesibukan kerja kasih sayang dalam rumahtangga terabai. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh Nabi Muhammad SAW dan ia juga puncanya berlaku sikap dingin, kasih sayang pudar dalam kekeluargaan, berlakunya curang dalam rumahtangga. Anak-anak pula akan mencari jalan untuk mendampingi orang lain untuk mendapat perhatian dan kasih sayang.    


Kadangkala jalan pintas akan dilakukan isteri dan anak-anak dengan melakukan hubungan rambang sehingga peningkatan anak luar nikah meningkat, anak-anak mencari hiburan luar dengan melakukan apa sahaja untuk mendapat kepuasan mereka sehingga sanggup membunuh diri.

Nabi Muhammad SAW seorang ketua pemimpin, berurusan dengan berbagai orang namun masa untuk ahli keluarga, masyarakat dan beribadah kepada Allah SWT tidak diabaikannya.  

Justeru, sekali lagi diingatkan kepada semua  jangan terlalu sibuk urusan dunia, apabila tibanya hari kematian apa yang dikejar  semasa hidup tidak boleh membantu kita untuk berdepan dengan Allah SWT melainkan amalan solih yang pernah kita lakukan semasa hidup. Itulah bekalan yang amat bermakna.


“Mereka yang rugi adalah orang yang banyak kumpul harta kekayaan sehingga lupa kepada Allah SWT . Harta yang dikumpul untuk orang lain dengan tidak melakukan kerja-kerja amal”


{ Hadis Nabi Muhammad SAW} 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI