Thursday, February 7, 2013

Rakyat Selangor Berhak Dapat Air Percuma Jika Syabas Jalankan tanggungjawab


SHAH ALAM : Rakyat Selangor yang duduk di Selangor sudah boleh menerima air percuma sekirannya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melakukan tanggungjawabnya dan selesai menukar semua meter pukal kepada meter individu enam tahun lalu.

Ini kerana mengikut perjanjian penswastaan perkhidmatan air 2004, Syabas perlu menukar kesemua meter pukal di kediaman ke meter individu dalam dalam tempoh dua tahun dari 2004 hingga ke 2006. Sekiranya Syabas telah melaksanakan tanggungjawabnya, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ujarnya lagi, tidak ada kediaman yang tercicir daripada skim 20 metre padu air percuma yang diperkenalkan sejak 2008.

Abdul Khalid mendedahkan fakta tersebut semasa mengulas kes mahkamah yang sedang berjalan di mana 711 individu mengemukan saman terhadap Kerajaan Selangor berkenaan dasar pemberian air percuma.

Pendedahan syarat perjanjian 2004 itu adalah bukti terbaru yang Syabas, syarikat yang mengendalikan pengedaran air di Selangor, gagal dalam melaksanakan tugasnya secara cekap dan amanah.

Contoh terbaru adalah Syabas didakwa lambat dalam melaksanakan proses pertukaran meter pukal ke meter individu di 76 kawasan pangsapuri walaupun kesemua flet di kawasan tersebut telah memenuhi syarat dan bersedia bertukar ke meter individu.

Keadaan ini berlanjutan walaupun kita sudah beberapa kali mengingatkan Syabas supaya mempercepatkan proses ini,kata Abdul Khalid.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa kes saman tersebut akan dibicarakan pada satu tarikh yang akan ditentukan selepas permohonan untuk mengenepikan saman tersebut ditolak.

Kerajaan Negeri akan mengemukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu bukanlah bermakna kemenangan kepada mereka yang memfailkan saman itu. Mahkamah sekadar memutuskan kes tersebut hendaklah dibicarakan sepenuhnya.

Justeru, kenyataan-kenyataan Umno bahawa mereka telah menang dalan kes ini adalah silap fakta, kata Abdul Khalid.

Pada ketika ini, hampir semua pangsapuri di Selangor telah menerima manfaat daripada skim tersebut samada melalui pertukaran meter pukal ke individu atau melalui rebet yang diberi setiap bulan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa sejak Sept 2012, 92 peratus pangsapuri kos rendah telah menerima faedah daripada skim air percuma.

Abdul Khalid berkata penghuni pangsapuri hanya perlu mengisi borang bagi mendapat faedah dari skim itu.
Kita telah melancarkan program Lapor dan Dapat pada Jun 2010. Pihak pengurusan pangsapuri kos rendah hanya perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Bangunan untuk layak menerima air percuma.

editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI