Thursday, February 7, 2013

Tandatanya Semua Rakyat Bubar parlimen 24 Februari, Najib Romah je yang tahu


Gombak : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menjangkakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari depan.

Ujarnya "Kita menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja selesainya perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari akan datang".
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai rundingan kerusi DUN dan Parlimen di Sabah melibatkan parti Parti Progresif Sabah (SAPP)

"Di Sabah ada 60 DUN. Kalau 40 sudah diwakili SAPP, dimana peranan KEADILAN, DAP dan Pas ? Sekarang kita 'sahabat baru' iaitu APS dan PPS.

Kata Azmin, pendirian SAPP untuk bertanding 40 kawasan DUN di Sabah tidak munasabah kerana perlu mempertimbang peranan Pakatan Rakyat dan 'sahabat baru' iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS)

"Saya semdiri terlibat dengan beberapa perbincangan dengan Presiden SAPPm Datuk Yong Teck Lee.

"(Namun) SAPP harus lebih munasabah dalam permintaan kerusi untuk kita boleh meneruskan perbincangan. Ianya harus dimuktamadkan segera.

"Kita ambil sikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang bersedia untuk mewujudkan muafakat bagi berhadapan dengan BN di Sabah khususnya," kata Azmin.


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI