Monday, January 28, 2013

Kematian Adik William Yau Ambil Iktibar -Wan Azizah



KUALA LUMPUR 28 JAN: Tragedis kematian adik William Yau Zhen Zhon harus menjadi iktibar agar kejadian sedemikian tidak berulang lagi, saran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, masyarakat setempat, ibu bapa dan penjaga haruslah lebih berwaspada serta sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat  terutamanya di tempat-tempat yang sesak, taman permainan, pusat membeli belah dan sebagainya.

Wan Azizah berkata demikian merujuk tragedi menyayat hati menimpa Wiliam,6, yang ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Januari lalu selepas seminggu hilang dari rumahnya di Putra Heights, Subang.

Ujarnya “sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita,” kata Wan Azizah dalam kenyataan medianya.

"Negara pernah bersedih dengan berita kematian Nurin Jazlin (2007), Sharlini (2008) dan terbaru, kematian ngeri Dirang yang dibakar di Johor baru-baru ini.

“Mengenang kepada tiga peristiwa ini, sebak dan sayu pasti menyelubungi kita semua. Sikap prihatin sesama kita adalah tanggungjawab bersama,” Katanya.

Sehubungan itu,  Wan Azizah menggesa pihak polis  wajar  memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak.

“Keganasan rumah tangga, aktiviti pemerdagangan manusia, penculikan dan pembunuhan adalah kegiatan yang perlu diperhatikan oleh pihak keselamatan dengan serius dan tekad untuk membanteras.

“Marilah kita bersama-sama berpegang tangan, berganding bahu untuk terlibat secara total dalam pembangunan masyarakat khususnya dalam melindungi kanak-kanak,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI