Saturday, January 19, 2013

Penduduk Kesal Curi Air Berlaku



Gombak : Saat kerajaan negeri Selangor berusaha mengatasi kemelut masalah air di negeri ini yang tidak mendapat kerjasama Syabas dan Kerajan Pusat terdapat pula pengunaan curi saluran air di kawasan perumahan Taman Desa Minang, Gombak disini.
Penduduk menemui saluran getah disambung kawasan rumah

Norlina Kassim menetap di Lorong 5 berkata, semenjak kilang-kilang di bina di tapak tanah pertanian milik tanah kerajaan kami dapati tekanan air di kawasan rumah penduduk semakin kecil, dan kotor. Hal ini bukan berlaku di Lorong 5 sahaja bahkan setiap lorang kawasan perumahan taman ini.

Saya menyedari apabila setiap bulan penapis air di rumah saya terpaksa ditukar dan tekanan air semakin kecil. Apabila di siasat saya menemui beberapa saluran paip getah telah di tanam bawah tanah dan terus di salurkan di kawasan semua kilang.

Justeru, saya amat berharap pihak berwajib, Syabas, Majlis Perbadandaran Selayang (MPS), Polis membuat siasatan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Boleh dikatakan Kilang-kilang telah curi air di kawasan perumahan kami,  katanya.

 Yap Yin Sang, rata-rata penduduk disini meragui bagaimana kerja-kerja pemasangan paip getah di bawah tanah dilakukan tanpa pengetahuan penduduk.

“Patutlah bil air rumah semakin tinggi dan air yang kami terima kecil, kotor dan berbau busuk. Pihak kilang mengaut keuntungan dengan menggunakan saluran air penduduk sekitar disini, dan menjadi mangsa adalah penduduk.
Saluran Paip getah air di tanam bwh tanah ditemui disalur ke Kilang

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak sewajarnya kerajaan pusat, syabas menyalahkan kerajaan negeri Selangor tidak memberi kerjasama berusaha atasi masalah air sedangkan telah terbukti ada tangan ghaib yang menukarkan meter dan paip air sehingga memberi tekanan kepada penduduk”.

Pengurus Kilang TH Cycling,  Chin Chee Keong  ketika di temubual oleh wartawan telah menegaskan bahawa syarikatnya  telah berdaftar dan mempunyai bil air dan elektrik.

Namun apabila wartawan minta bukti bil air, pihak kilang gagal membuktikan bil air seperti yang dikatakan. Hal ini telah di tunggu wartawan hampir setengah jam di pejabat TH Cycling untuk mendapat kepastian bil air yang dinyatakan oleh kilang.

Selain itu, didapati terdapat banyak tangki air setiap kilang, saluran paip getah yang bermula di kawasan perumahan Taman Desa Minang  dan disalurkan ke kawasan kilang.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Taman Desa Minang Dato’ Haji Wan Mohd Safiain Haji Wan Hasan pula berkata, perkara ini disedari apabila kita membuat lawatan turun padang bersama penduduk  yang sedang membuat bantahan terhadap Kilang-kilang yang dibina disini kerana memberi gangguan bising.

Apabila kita berhimpun didapati terdapat kesan saluran air mengalir dan telah disedari beberapa penduduk.
Penduduk Bantah Curi Air oleh Kilang

Saya ingat paip air bocor tetapi tidak. Penduduk mengadu terdapat air kotor, tekanan air rendah berlaku dan apabila disiasat boleh dikatakan setiap lorong kawasan perumahan ini mempunyai saluran paip getah yang ditanam bawah tanah. Terdapat getah-getah yang telah rosak telah terkeluar dan diganti dengan getah baru.

Justeru, saya amat berharap pihak berwajib Ahli Majlis Perbadanran Selayang (MPS) Zon 7, Maznah Abdul Aziz , Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Sallehudin Nasir,  Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dapat membantu penduduk mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan.
Masalah air harus diselesaikan sebaiknya dengan mendapat kerjsama Syabas, dan Kerajaan Pusat,   katanya.

Menurut Dato’ Haji Wan, kerja –kerja yang dilakukan oleh pihak berkenaan menggambarkan mereka terdiri golongan  professional sehingga tidak dapat dikesan penduduk sebelum ini.   

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI