Saturday, January 12, 2013

Perginya Guruku_Hjh Hindon Mohd Yusoff

Batu caves 13, Jan : Dalam kesibukan ana menyiapkan projek buku kuliah hal kematian, tidak di sangka 11 Jan, 2013 ana kehilangan guru yang dikasihi. Guru yang mendidik ana ketika usia 7 thn sehingga kini, dan arwah juga mendidik adik beradik ana. 
Kenangan indah bersama opah. Opah hapy dpt keluar hospital

Bagaikan tidak percaya sebaik sahaja ana bersama anak buah (Nana) habis bacaan yassin setiap khamis di Masjid tiba-tiba di umumkan berita kematian opah (guru) ana. Fikiran sejak akhir ini memang terlalu kuat namun keadaan kesibukan kerjaya kadangkala membuat ana lewat ziarah nya. 

Apabila pulang opah sudah tidur, cuma terdengar di corong telefon  mengadu sakit perut dan asyik muntah. Ana ingat adakah opah sakit hempedunya yang sudah 3 bulan selamat buat operasi pembedahan. Puas di pujuk pergi Hospital malam tu tapi opah enggan. Arwah tak suka masuk hospital. 

Sebelum ini, opah masuk hospital 3 minggu. Terseksa jiwa ana melihat keadaannya yang banyak dicucuk jarum.  Opah memang taknak bercakap dan makan kerana sakit. Ketika itu ana hanya mampu masakan agar-agar untuknya alhamdulilah opah makan juga untuk alas perutnya. 

Allah SWT sahaja yang tahu, sebaik saja pengumuman di buat, bagaikan lemah tubuh badan ana, menitis airmata ini mengenangkan opah. Rasa nak je cabut telekong kejar opah di rumah. 

"Di dalam sujud ini, hati ana berkata-kata memohon keampunan Allah kerana kelalaian diri sejak akhir-akhir ini. Emak ana sentiasa ingat tanpa jemu agar ziarah opah, sibuk macammanapun kita opah jangan lupa. Begitu juga dengan Ummi kamu.. Mereka banyak berjasa kepada kamu dan adik beradik walaupun dia seorang guru".
Di sisi opah ketika sakit

Ya, ana tak pernah melupakan jasa guru-guru ana, namun kadangkala ada juga yang guru tidak suka diperlakukan demikian sehingga kadangkala pertolongan yang hendak di hulurkan rasa terlalu kerdil. 

Selesai solat ana, bergegas ke rumah opah, nana dalam kereta asyik bertanya, Ateh menangis ye..janganlah nangis nana pun sedih opah meninggal. Nanti tak siapa boleh baca doa dan air penawar untuk nana. 

Kenapa opah tinggalkan kita ateh. Ateh macammana kalau wan pun tinggalkan kita. Tersentap hatiku. Terus ana potong katanya. 

Ana : Nana tak baik cakap macam tu, meskipun ateh sedih tapi sebagai orang Islam kita kena redha pemergian opah. Allah sayangkan opah. Nana jangan cakap kalau wan meninggal, insya-allah kita doa pada Allah semoga semua orang yang kita sayang dikurniakan kesihatan, iman yang baik. 

Nana : Ok ateh, tulah kita asyik sibuk je. Balik kerja lewat. Kan opah tinggalkan kita. 
Membuat persiapan kain kapan utk opah

Ana: Ye ateh minta maaf, satu kesilapan ateh tapi sesibuk ateh takpernah lupa ziarah opah. 

Nana : Ateh telefon wan boleh, wan pun asyik sibuk, kalau nana atau ateh meninggal wan nak tengok kita tak?? 

Ana: Aduhai anak kecil ini, asyik terasa hati sebab cuti wannya hari itu tidak memberi kepuasan padanya untuk bersama. Ana tak mampu nak buat apa kerana sedar di mana posisi ana, nana padanya. Memang terlalu kerdil. 

Nana, bila waktu ni kita tak boleh ganggu wan. Wan banyak kerja. Nanti bila wan senang insya-Allah wan call nana. (Semenjak di tinggalkan wannya 3 hari, nana boikot ana sebab wan tak luangkan masa untuk cuti bersamanya). Sedih hati ni hanya Allah yang tahu. 

K lah nanti kita cuti balik seremban dan jumpa mak ngah di perak (Guru ana, Cikgu Liza). Mereka yang dianggap seperti keluarga sendiri. Memang kami sangat akrab. Nana happy masa cuti hari tu wan seremban dan makngah bawa dia cuti. Terubat juga hati kami. 

Nana : Ye le tu, ateh janji tau bawa nana balik kg. lama tak jumpa wan seremban dan makngah. Ana senyum insya-allah.
alhamdulilah semua di mudahkan opah siap dikafan

Di rumah opah, ana terus kucup wajah opah, sekujur tubuh terbaring di katil tepi. berbagai perasaan yang bermain di hati. Teringat segala kenangan suka duka bersama opah. Tegak bulu roma ana bila teringat projek buku hari kematian. Malam pertama di tanah perkuburan. Ya-Allah terlalu kerdilnya hamba ini. Opah maafkan saya.

Tak dapat tidur dengan nyenyak sehingga pagi. Selepas solat subuh, sahabat ana Farhani telefon ucap takziah dan telah maklumkan dia dan famly telah ziarah opah. 

8 pagi ana bersama saudara mara buat persiapan urusan jenazah, mandikan opah. Tangisan yang tidak ada hentinya. Mak ana puas pujuk, tak baik menangis macam ni, sabar atas pemergian opah. Doakan opah ditempatkan dalam golongan beriman dan soliha. 


Daripada malam tadi sehingga opah dikebumikan orang ramai membanjiri rumah. Opah yang dikenali bukan sekadar guru namun dia juga dikenali dalam perubatan islam. Tiap hari rumah opah tidak putus di kunjungi orang ramai memerlukan khidmat solat hajat dan doa untuk anak-anak yang hadapi exam dan sebagainya. 


Banyak kali opah suruh ana belajar amalkan ilmu perubatan islam, namun ana selalu cakap untuk diri sendiri tu boleh opah tapi kalau berubat orang ni rasa belum ke tahap itu. Hanya orang beriman berhati mulia mampu amalkan ilmu-ilmu Allah yang sangat luas. (Kenangan itu berulang kembali). 

Alhamdulilah kami siap urusan jenazah opah 11.30 pagi, sangat mudah, dan selepas solat jumaat opah terus di kebumikan di tanah Perkuburan Islam Kg. Selayang Lama. 

Doa ana moga Allah terima opah, dan di tempatkan dalam golongan para syuhada'. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu urusan jenazah ini. 

 Terasa badan ana lemah dan panas, demam terkejut agaknya. Nak mengadu pada siapa lagi, tak mau susahkan hati mak ana, cuma pada yang rapat dengan ana je dpt meluahkan rasa. 


Al-Fatiha Allahyarhumma Hjh Hindon  Mohd Yusooff







No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI