Monday, January 9, 2012

Terbukti Anwar Ibrahim Tidak Bersalah



KUALA LUMPUR, 9 Jan — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkata “keadilan terbukti” apabila beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan liwat dan berjanji akan “menumbangkan” Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Alhamdulillah, keadilan terbukti. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum,” katanya kepada semua wartawan selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, berdepan tuduhan liwat kedua di mana beliau didapati bersalah 10 tahun lalu dan dipenjarakan selama enam tahun sebelum dibebaskan .

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dijangka akan mempengaruhi tarikh pilihan raya umum ke-13 yang mana dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

“Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan,” kata Anwar.

dalam pada itu, beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR yang memberikan sokongan.

“Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah,” kata Anwar.

Tambahnya lagi, “kemenangan ini adalah kemenangan rakyat tetapi perjuangan mesti diteruskan.

“Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula,” kata Anwar disambut laungan reformasi.

Sejak awal pagi tadi kawasan parkir kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibanjiri penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Dianggarkan hampir 100, 000 orang melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar” -


Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI