Monday, January 9, 2012

ADAM Adli terus di kecam, Nizar seru mahasiswa bagkit menyatakan kebenaran

K.Lumpur : Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang menuntut pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua (TESL), Adam Adli masih terus di kecam oleh penyokong UMNO sehingga kini.

Katanya, sejak terjadinya peristiwa insiden menurunkan bendera Perdana Menteri , Najib Tun Razak , saya masih lagi menerima ugutan daripada peyokong UMNO-BN yang membuatkan ibubapa saya merasa bimbang.

Retentan daripada peristiwa itu, semua mahasiswa telah bangkit menentang kezaliman . Kemuncak kemarahan mahasiswa berlaku pada malam 31 Disember, 2011 insiden yang telah diprovokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di UPSI apabila ketika semua rakyat Malaysia menyambut tahun baru.

Saya percaya apabila mahasiswa bangkit , terbitlah sinar baru kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Hari ini, kita dapat lihat sendiri ratusan ribu rakyat yang hadir dalam Himpunan ini yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat tetapi mahasiwa juga turut hadir bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama di zalimi, kata Adam.

Jelasnya lagi, saya yakin penglibatan mahasiswa dalam menentang kezaliman bersama rakyat, ia mampu mengubah pengurusan pentadbiran Negara kata Adam apabila ditemubual oleh wartwan harakahdaily dalam Himpunan 901 pagi tadi.

Beliau yang turut hadir dalam Himpunan 901 bersama rakan-rakan mahasiswa yang lain menyatakan kehadiran mahasiswa di Himpunan ini bukan sahaja memberi sokongan moral pada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga tetapi ingin menuntut mengembalikan sistem keadilan dan kehakiman yang tulus, ujarnya.

Tambahnya lagi, Mahasiswa perlu bawa harapan yang baru.

“Saya menyeru semua mahasiswa bangkit bersama rakyat bagi menyelamatkan negara yang semakin tenat di bawah pengurusan kerajaan sekarang”.

Saya menyatakan demikian kerana telah terbukti, apabila mahasiswa di pulau oleh kerajaan , kini mahasiswa diangkat oleh rakyat sebagai wira, ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan.

Rakyat meletakkan harapan kepada mahasiswa untuk mengubah pentabiran Negara yang lebih baik, katanya.

Adam yang baru selesai menduduki peperiksaan juga menyatakan 3 petang ini, beliau akan di hadap kemahkamah bagi mengetahui adakah beliau bersalah atau tidak.

Dalam pada itu beliau juga melahirkan rasa kesal media yang mainkan isu dengan menyatakan saya akan di pecat daripada UPSI sedangkan mahkamah masih belum di jalankan dan tidak diketahui jawapanya lagi .

Katanya, Jika saya bersalah mungkin tindakan tatatertib akan dikenakan. Mungkin saya akan dipecat daripada UPSI, Apa sekalipun keputusan mahkamah akan kita ketahui 3 petang ini.

Sementara itu, Dato' Seri Ir Hj. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Menteri Besar Perak pula berkata, sempena keputusan yang diputuskan oleh Hakim, Mahkamah tinggi saya harap semua warga UPSI terutamanya mahasiswa, dapat memberi lonjakan terbaik.

“Semua mahasiswa perlu bangun menentang kezaliman kemudian menyatakan hak”.

Mahasiswa tidak perlu takut tetapi mereka perlu berani menentang kezaliman, meneggakkan keadilan dalam menyatakan kebenaran.

Saya menyeru kepada semua pelajar -pelajar agar terus menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU13 nanti.

Saya juga berharap semua pelajar yang balik ke UPSI selepas ini akan menyampaikan berita gembira ini kepada ibubapa mereka.

“Semua mahsiswa yang hadir dalam himpunan ini perlu memberi tahu kepada ibubapa mereka dengan keputusan yang dibuat mahkamah, telah terbukti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah tetapi di konspriasikan oleh UMNO, maka dengan itu mereka seharusnya meninggalkan UMNO-BN dalam PRU-13 nanti”.

“Saya juga menyeru kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terus memberi sokongan kepada Mahasiswa khususnya UPSI agar terus beri kerjajasama dalam apa juga keadaan agar matalamat menuju putrajaya tercapai”, kata Nizar

Menurut Nizar, seramai 250, 000 penyokong daripada perak telah hadir, namun terdapat juga yang terkandas untuk ke Himpunan ini apabila polis membuat sekatan jalan raya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI